guest

BERSABARLAH WAHAI SUAMI KU


Entri ni khas untuk suami tercinta:

Kalau kamu pun mahu membaca,boleh juga tapi jangan mengutuk pulak,bukan hendak menuduh yang bukan-bukan tapi sekadar mengingatkan,tapi saya tahu kamu memang tidak begitu kan?

ok aku nak mulai sudah ni,
betul mahu membaca ni?
ok mari sini.

kini,seperti selalunya bila aku menjenguk kedapur setelah pemergian suami mencari rezeki,aku akan tersenyum bila melihat kesan suami menyediakan sarapan sendiri


kesian suami buat masa ini kadang2 terpaksa menyediakan sarapan sendiri kerana kini aku selalu sibuk melayan kerenah puteri kami di awal pagi.si puteri ni susah hendak di tinggalkan,kalau sudah terlepas dari dakapan mulalah menyuarakan teriakan..



Tapi Pagi ini bila aku kedapur,ku lihat semuanya bersih,


ku buka periuk bubur nasi masih tidak terusik,ku lihat roti yang selalu menjadi bekal suami pun begitu juga,masi belum berkurang,tiba-tiba terasa sayu di hati, rupanya suamiku hari ini berkerja tidak sempat sarapan pagi.tidak juga sempat membawa bekalan untuk sarapan pagi.mungkin kerana terlewat lagi.atau kah kerana sudah boring dengan juadah yang sama setiap hari?

suami memang macam ni,suka makanan yang dimasak dari rumah.suami selalu kata "abang tidak suka la makan di luar tu banyak sangat minyak"suami jenis yang tidak suka makanan berminyak,sebab itu dia akan pulang rumah bila lunch.kalau dulu aku akan pastikan masakan aku disukai suami agar dia rasa berbaloi balik jauh-jauh semata-mata untuk lunch di rumah.tapi kini aku selalu sibuk mengurus si puteri,jadi tugas yang sepatutnya menjadi tanggungjawab aku diambil alih oleh emak dan adik-adik yang kini masi lagi di sini.terima kasih ibu dan adik-adik ku.

Bersabarlah wahai suami,ku haraf sangat suami dapat memahami,situasi ketika ini,tunggu la sedikit masa lagi,insyaallah semuanya akan kembali.

setakat ini,papa memang suami yang sangat memahami,mama sangat-sangat berterima kasih semoga cinta kita sentiasa bersemi dan kekal abadi.


-Sekian Terima Kasih-

KINI AKU SEORANG IBU



pagi ini ku dikejutkan oleh rengekan si kecil,alamak waktu subuh sudah hampir tamat.si kecil pulak masi merengek di dalam kesamaran cahaya lampu,macam mana mau solat ni,cepat-cepat ku belai si kecil,dan secepat itu lah juga dia akan terlena di dalam dakapan ku.kemudianku persiapkan diri untuk mengadap yang maha esa,dengan harapan agar ibadah ku di terima disisi NYA.beginilah rutin harian ku kini.banyak benda yang akan tertunda jika si kecil suda celik mata,makin hari makin banyak perkembangannya.hatiku semakin berbunga2 melihat kecerdikan dan kecergasannya kini.terima kasih YA ALLAH

jika suatu ketika dahulu aku hanya mengurus diri serta suami tercinta tapi kini suda ada si kecil kurniaan dari yang maha pencipta.jika dulu aku tidur dengan lena,kini tidak lagi.
rasanya terlalu cepat kegelapan malam itu ditelan oleh sinar mentari.secepat itulah juga pembesaran si kecil tidak terasa.jika dulu si kecil tidak mengenali siapa ibunya kini setiap kali dia ternampak ku dia akan merengek melaungkan tangisnya.

setiap masa ku habiskan bersama sikecil,melayan setiap tingkahlaku dan kerenahnya.bibit-bibit kasih sayang semakin mekar berbunga antara kami dan pastinya tidak akan layu hinggalah sampai ke penghujungnya.

doaku ku sentiasa mengiringi setiap hembusan nafasmu wahai anakku,akan ku didik engkau dengan belaian kasih sayang tanpa memikirkan rasa jemu.kerana engkau adalah tanggungjawab terbesar dari yang maha berkuasa.harapan ku semoga si kecil ku ini kelak dewasa akan menjadi anak yang solehah,anak yang akan selalu mendoakan kesejahteraan ibu dan bapa nya.amin~

ku panjatkan doa pada yang maha esa semoga ku diberi kesabaran dan kekuatan untuk membesarkan si kecilku ini.Panjangkanlah umur ku dan suami ku YA ALLAH agar kami dapat menunaikan amanah yang ENGKAU berikan ini dengan sebaik-baiknya.insyaallah..

pesanan untuk anakku:cepat-cepat besar ye sayang..besar nanti jangan nakal-nakal,taat pada ALLAH,taat pada ibu bapa.jadi anak yang solehah yang disenangi dan disayangi semua orang..mama dan papa sayang Alesya..





-Sekian Terima Kasih-

TIPS PANJANG UMUR






Ini bukanlah kisah atau cereka. Ia juga bukan cerita atau jenaka. Ia adalah perkara di dalam kitab yang mana dihuraikan untuk kefahaman yang mudah.

Jadi jangan buang masa mari kita hayati bersama,

Ini adalah salah satu tips panjang umur bagi umat islam. Ia adalah tips yang melibatkan konsep 'give and take' dimana anda perlu memberi atau membayar dahulu dan akan memperoleh keuntungannya kemudian.

Ia bukan skim cepat kaya atau ajaran sesat. Ia adalah aturan Allah untuk amalan mulia hambanya.

Setiap hari selepas solat, kita biasanya akan berdoa. Selalunya kita akan berdoa untuk diri dan keluarga. Antara doa yang popular ialah doa kesejahteraan dunia akhirat dan dijauhkan sanak-saudara dari azab kubur.Anda pun mesti baca doa tu juga kan?alhamdulillah..

Ada doa yang mendoakan muslimin dan muslimat dijauhkan dari azab kubur. Sebenarnya inilah doa yang perlu anda laburkan untuk mendapat kembali pulangan pelaburan daripada ahli kubur selepas tempoh tertentu.

Kita tahu bahawa doa yang cepat sampai ialah doa dari anak kepada orang tua dan doa daripada darah daging sendiri.

Doa daripada orang luar kepada kita agak lambat sampai ke dalam 'registry'. Ini bukannya masalah 'software' atau 'server' di langit yang lembab, tetapi ini adalah 'system' yang telah ditetapkan oleh Allah.

Pertalian darah itu memberikan kelebihan kepada ketangkasan proses doa untuk sampai ke langit.

Demikianlah 'system' Allah supaya kita mendidik anak-anak dan ahli keluarga menjadi orang yang beriman kerana apabila mereka memahami agama, dan sentiasa mendoakan kita, maka itulah ubat kepada kita di alam barzakh nanti.

Maka amat rugi bagi mereka yang lalai mendekatkan keluarga dengan agama.

Ketika manusia disiksa di alam kubur, maka malaikat tiba-tiba berhenti daripada menjalankan tugasnya.

Maka terpinga-pinga dan terkulat-kulat muslimin dan muslimat yang sedang menjalani siksa kubur dan tertanya-tanya, "Wahai Malaikat, mengapa terberhenti siksaan tersebut?"

Lalu malaikat menjawab, "satu mesej baru sahaja tiba, bulan lepas si Abu ada mendoakan supaya siksaan kubur orang kampungnya dikurangkan. Jadi, tuhan sudah 'approve' dan kami beri kamu rehat 3 hari dari siksaan kubur. Selamat berehat".

Demikianlah ilustrasi yang agaknya berlaku di alam kubur tetapi konsepnya adalah sebegitu.

Maka disini, muslimin dan muslimat yang disiksa itu terus memanjatkan doa supaya si Abu tadi dipanjangkan umur kalau boleh sehingga hari kiamat kerana doa-doanya akan meringankan siksa kubur muslimin dan muslimat yang beruntung memperoleh dari kerajinan ibadat dan doanya.

Demikianlah kita kalau rajin mendoakan ayah ibu dan sanak saudara yang telah pergi agar dijauhkan dari siksa kubur.

Ketahuilah mereka akan sentiasa mendoakan, semoga kita dipanjangkan umur agar kita terus menyumbang doa lagi kepada mereka dimasa mendatang.

Kemudian didoakan semoga murah rezeki supaya kita ada lebih masa untuk beribadat dan berdoa untuk mereka. Ketahuilah azab kubur itu amat berat.NAUZUBILLAH MINZALIK

Mereka akan sentiasa mahukan tiket pelepasan dari azab ini. Beruntung ibu dan ayah memiliki anak yang soleh dan solehah. Beruntunglah mereka yang mendidik keluarga dan keturunan ke jalan Allah.Moga anak mama Nur Afeya Alesya jadi anak yang solehah..amin~

Inilah tips bagaimana kita inginkan orang mendoakan kita supaya panjang umur dan murah rezeki.

Bayangkan kalau setiap hari kita mendoakan seluruh muslimin dan muslimat semoga diringankan azab kubur. Sekiranya doa kita sampai, berjuta dan berbilion daripada mereka mendoakan kita.SUBHANALLAH!

Maka janganlah membuang masa dan jadikanlah ia amalan harian kita.Insyallah mendapat berkat dengan meyakini agama yang satu ini. Wallahua'lam.

Yang baik kita jadikan tauladan,
yang buruk kita jadikan pengajaran.



-Sekian Terima Kasih-

SIAPAKAH NUR AFEYA ALESYA??




Assalammualaikum w.b.t

Anak ayam dimakan biawak,
biawak di pukul oleh kak tini,
apa khabar wak?
sihat hari ni?

Hehehe..boleh terima pakai ka pantun mama tu,boleh juga la kan?tidak apa abaikan pantun tu,mari kita mengenali NUR AFEYA ALESYA ni.

Nur Afeya Alesya ni sebenarnya puteri tunggal mama buat masa ni..mana tau ada rezeki lagi lepas ni,bukan tunggal lagi namanya kan?hehe.

Hari ni(24 julai 2011) umur si puteri mama ni suda genap 5bulan 19 hari.sudah bermacam-macam kerenah dia sekarang ni,mahu yang itu mahu yang ini,kadang-kadang pening juga mama melayan puteri mama seorang ni.

SUDAH PANDAI SEBUT "MAMMA,NENEK DAN AMBIK":
Percaya tidak?hehe.dulu mama pun tidak percaya,pada mulanya mama rasa dia sekadar tersalah sebut,tapi sekarang benda tu suda jadi sebutan harian dia,kena-kena masa menangis,selalu panggil "mamma",bila mama tidak layan pandai pulak panggil "nennek"..kalau sudah nenek, memang jenis yang tidak boleh dengar si puteri menangis,layan juga la si puteri biarpun penat.kesian papa nak, bila la boleh sebut "PAPA" ni..bersabar ye papa..ihik.

TERLALU AKTIF DAN CERGAS:
suka lompat-lompat,lenguh juga tangan melayan.pantang ada peluang berdiri terus tidak sedarkan diri,melompat kalau boleh mahu dia berlari,nasib baik belum pandai berdiri..hehe..

SUSAH KAWAL EMOSI:
Hah!! ni lagi satu hal,sekarang ni dia cepat geram,pantang ada benda di depan,satu badan menggigil mahukan benda tu.kalau tidak dapat pulak benda tu mesti teriak sekuat hati kalau tidak menangis.bila suda dapat benda tu pulak mesti masuk dalam mulut..tidak kira benda tu apa pun,segala plastik,mainan,pakaian,tuala,kesimpulan semua benda yang ada depan dia masa tu.kalau dapat digapai tv tu,mungkin masuk mulut juga..hihi.ish2..ko ni nak mama mengandung dulu memilih juga makanan..hehe.

MUKA AKAN JADI MACAM NI KALAU SUDA GERAM..


SUKA GOLEK-GOLEK:
Mama dengan papa sekarang memang tidak boleh tidur lena-lena.Puteri mama ni kalau tidur satu padang belum tentu cukup.Dari hujung katil ke hujung katil dia bergolek,pantang terhalang memang dia menendang,kadang-kadang pandai pulak tu menumbuk?macam tidak masuk akal kan?baby umur 5 bulan macam puteri mama seorang ni.tapi inilah realiti.mama selalu menjadi mangsa tumbukan tangan,papa pulak jadi mangsa tendangan kaki..hehe..tidak apa kecil-kecil mama bagi peluang nak,kalau sudah besar macam ni juga..mama tau lah mau buat apa..hehe

TIDAK SUKA TIDUR:
Benda ni yang selalu buat mama bengang ni,puteri mama ni memang tidak suka tidur kalau boleh tidur tu dia mahu hapuskan.hehe.bila tiba masa untuk tidur mula lah buat kerenah,MENANGIS!MENANGIS!DAN MENANGIS.mata tertutup mengantuk tapi tidak mahu tidur..ish2..kalau baby mahu tahu..mama ngandung dulu suka pulak tidur..ihik..pecah rahsia..tapi berbatas juga la..ahaks..

Semalam dia tidur jam 10pm dia terbangun jam 2am sampai ke subuh 4pm baru tidur semula.apalagi mama terpaksa bercengkang mata..aduhai nak..

TENGOK NI MAIN-MAIN JE MEMANJANG



SUKA JALAN-JALAN:
Emmmm..pantang buka pintu gril semestinya tersentum lebar.kuat menangis macammana pun kalau suda dibawa keluar rumah memang senyum-senyum punya lah..mungkin kerana time mengandung dulu mama suka keluar dating dengan papa..ihik.siapa yang harus dipersalahkan?salah ibu mengandung??hahaha..tidak semestinya!!

SENYUM MACAM NI HAH..


Banyak lagi perangai2 baru si puteri mama ni,tapi inilah perangai yang menonjol setakat ni.kalau hendak diceritakan di sini,memang panjang berjela lah entri mama ni,tengok tu awak pun dah berbinar biji mata melayan entri mama ni kan?apapun terima kasih kerana sudi meluang kan masa ;-D

Mama mahu akhiri entri mama ni dengan pantun la..boleh?mama ni tidak juga suka sangat berpantun,tapi mama tengok macik "USTAZAH NUR BAHYA"tu suka sangat berpantun diawal dan diakhir ceramah beliau,rasa seronok pulak mama rasa..ihik..mama pun mahu buat macam dia juga la sebab dia tu idola mama..haha..

pak busu malas mandi pagi,
kalau rajin baca entri yang lain lagi.


wassalam.



-Sekian Terima Kasih-

HARAMKAH REBONDING??




Assalammualaikum w.b.t...

Entri ni tidak terniat untuk menyinggung sesiapa,tetapi sekadar untuk menjadi renungan kita bersama.marilah kita saling mengingatkan diantara satu sama lain,supaya kita tidak lalai sehingga ditengelami arus kemodenan. Sehingga mengabaikan mana yang dilarang dan mana yang dibolehkan oleh islam.

apa yang terkandung dalam entri mama ni bukan sepenuhnya pendapat mama,tapi berdasarkan beberapa fakta yang benar dan gabungan pendapat dari ustaz.

Para ulama telah berselisih pendapat dalam menentukan hukum sebenar bagi teknik rebonding ini sama ada untuk meluruskan rambut atau mengkerintingkannya. Ini kerana tidak terdapat dalil yang khusus melarang atau mengharuskan perkara ini secara jelas. Dalil-dalil yang digunakan oleh kedua-dua pihak lebih bersifat umum sahaja. Disebabkan itulah berlaku perselisihan di kalangan ulama kepada dua pandangan iaitu mengharamkan dan mengharuskan.

Namun secara peribadinya saya lebih cenderung untuk mengatakan bahawa harus pada sesetengah keadaan bagi seseorang perempuan itu membuat teknik rebonding di atas sebab-sebab tertentu. Lebih-lebih lagi jika isteri membuat teknik ini semata-mata untuk memperagakan di hadapan suaminya sahaja. Begitulah kesimpulan daripada pandangan Imam Nawawi di dalam kitabnya Raudah al-Tolibin dan pendapat Imam Ramli di dalam kitabnya Nihayah al-Mujtahid.

Selain itu, perkara yang perlu diteliti juga berkaitan dengan teknik rebonding ini ialah:

1. Apakah niat dan tujuan rebonding?
2. Bahan apakah yang digunakan untuk rebonding?
3. Siapakah yang melakukan rebonding?
4. Untuk siapakah rebonding itu diperagakan?
5. Apakah kesan rebonding?

Sekadar peringatan: Syukurilah nikmat Allah SWT yang sedia ada. Allah Taala tidak akan menzalimi hambaNya.

Oleh yang demikian,marilah kita sama-sama renung-renungkan, semoga kita tergolong dikalangan orang-orang yang diredai ALLAH SWT. amin~

Apa yang buruk itu datangnya dari saya,
Dan apa yang baik itu datangnya dari ALLAH SWT..

Sabda Rasulullah SAW bermaksud:
Sesiapa yang memiliki rambut hendaklah dia muliakannya.
(Riwayat Abu Daud).


-Sekian Terima Kasih-

SUAMI TERCINTA




Assalammualaikum dan salam satu malaysia..

Entri ni khas buat suami tercinta...
aik??awak pun nak membaca?ok tidak apa..teruskanlah..
tapi....suda sedia bakul sampah?mana tau menyampah!!lalu termuntah!!
tapi jangan pulak menyumpah!kemudian mengata!,nanti ALLAH marah!!tidak takut masuk neraka??ish!!jauh-jauhkan lah!!

okey abaikan pesanan yang tertera,
mama mau mulai bicara,
jom kita terjah!

kesian suami dari kemarin mengadu sakit gigi,bukan sebab malas gosok gigi,tapi ada bengkak tepi gusi,semalam pulak ajak suami jalan kesana kesini,bukan sebab mama tidak memahami,tapi masa tu suami belum bagitau lagi..

Suami memang seorang yang penyabar,semua situasi dihadapi dengan istighafar,
belum pernah mama nampak suami hilang sabar,biarpun kemarahan tengah berkobar-kobar.suami suka selesaikan masalah dengan tenang,buat hati mama selalu berkunang-kunang.

suami seorang yang penyayang,buat mama makin hari makin sayang,bukan niat dihati untuk menayang,tapi inilah hakikat bukan bayang-bayang.suami tidak pernah tinggi suara,biarpun mama kadangkala suka marah-marah,namun suami selalu ceria,buat mama selalu rasa bersalah..segunung keampunan mama pinta.

Suami melayan kerenah anak tidak pernah jemu,biarpun selalu kena tidur jam satu,betapa sayangnya suami pada anak yang satu,bagai menatang minyak yang penuh,dihati mama memang papa la yang nombor satu.

Suami memang baik hati,setiap apa yang mama hajati,semuanya suami turuti,
jarang sekali untuk berdolak dali,kalau mama mahu,suami akan beli..mama pun senang hati..semoga suami diberkati dan dirahmati..amin~

Terima kasih suami..
Diatas kasih sayang dan pengorbanan selama ini,
berpanas berhujan semua engkau harungi
demi memastikan cinta kita sentiasa bersemi....

Terima kasih ALLAH,diatas jodoh yang ENGKAU tentukan,sememangnya dari dulu jodoh beginilah yang mama impikan,seorang suami soleh seperti semua wanita idamkan.semoga jodoh kami dunia akhirat berkekalan.amin~

pen merah pen biru,
i love u,
mama cau dulu,
jaga diri selalu.



TERIMA KASIH SAYANG..


-Sekian Terima Kasih-

SELERA SEMAKIN BERTAMBAH




Assalammualaikum dan salam sejahtera..
ayat pertama pembuka bicara,ihik..ayat ini sungguh skema..
http://www.emocutez.com
Kebelakangan ini selera mama semakin bertambah,tidak kira apapun makanan bedal sahaja,kecuali yang haram tidak disentuh lah!..ish sungguh merunsingkan kepala,tapi apakan daya perut mama selalu krok sini krok sana..tambahan pulak si puteri mama hobinya menyusu tidak kira masa.kalau kemahuannya tidak terlaksana,jeritan tangisnya dengar jiran sebelah..nak buat macammana..bagi sahaja lah..

Lepas menyusukan si puteri perut mesti rasa lapar,kalau tidak makan tangan terketar-ketar,daripada mama bergegar,lagi baik makan dari berlapar.

Sarapan pagi memang tidak boleh terlepas,kalau tidak,satu badan rasa kebas.tengah hari lauk pulak best-best,apalagi semuanya mama kebas..makan malam pulak lain cerita,
kalau tidak tambah nasi memang tidak sah..tapi bila da makan hati pulak gelisah,kenapalah time makan tadi semuanya tidak terasa.rasa sedap semua mama belasah..

Itu baru basik makan,majoriti orang makan begitu kan?mama ni usah dibahaskan,setiap jam cari makan.Niat dihati mahu mengurangkan kalori,tapi bukan berkurang malah meningkat lagi.ish sungguh mama susah hati macam ni.

Berat badan tidak lah bertambah banyak,cuma bahagian perut ni banyak lemak,
almaklum lah,lumrah dah jadi emak,ada orang kata'tidak apa bini orang sudah,apa nak susah-susah"ish!mama sungguh tidak setuju dengan penyataan inihttp://www.emocutez.comkerana cantik seorang isteri itu adalah untuk suami..

mudah-mudahan ramadhan tahun ini,berkurang la berat badan ini,biarpun sedikit cukuplah untuk menyenangkan hati,HARUS!!MESTI!!DISIPLINKAN DIRI..haraf-haraf lah menjadi..hehehe.

sekian dulu coretan mama kali ini,bertemu kita di lain entri..

wassalam..

http://www.emocutez.com


-Sekian Terima Kasih-

LUAHAN RASA SEORANG IBU.



Assalammualaikum & salam satu malaysia..http://www.emocutez.com

Pagi itu 05 februari 2011 ketika Sedang asyik dibuai keseronokan menonton TV.Tiba2 rahim seperti dicarik duri.tidak perna ku rasa sebelum ini.rasa keseronokan bertukar menjadi ngeri,adakah ini saat yang ku nanti-nanti..YA ALLAH..perasaan takut kini menguasai diri,Ku kuatkan hati lalu aku berdiri,alangkah berdebarnya hati bila mendapati aku seolah2 kencing berdiri.Air ketuban mengalir deras sekali.

Ku cuba untuk menenangkan diri,biarpun kini emak yang tidak berdiam diri,berlari kesana kemari mencari handphone entah dimana tersorok tadi.Bila handphone sudah ditemui,terus aku hubungi suami..pelan2 ku luahkan apa yang ku alami,namun masi terngiang di minda ini apa pesan si suami"KALAU SUDA DATANG SAKIT CALL ABANG,CERITAKAN DENGAN TENANG,SUPAYA ABANG TIDAK PANIK,TIDAK DRIVING PULANG LINTANG PUKANG".

Suami yang di nanti kini telah tiba,melihat diriku yang gundah gulana,suami pecut kereta menuju ke hospital penawar seperti yang telah dirancang sebelumya.setibanya disana hatiku hiba,marah semuanya ada,melihat layanan si jururawat mukanya seperti seekor buaya.kalau ikutkan hati yang sedang marah sudah ku teriak sekuat2nya,,namun ku kuatkan hati dengan membaca kalimah NYA.LA' ILAHA' ILLA ANTA SUBHANAKALLAH INN NI KUNTU MINAZZOLIMIN"mudah2an semuanya dipermudahkan oleh NYA.

Jam 10,11,12,1,dan dua aku masi boleh tersenyum,melihat senyuman si suami yang sentiasa menguntum,suda tidak sabar rasanya menanti kelahiran permata hati yang selama ini dinanti-nanti.namun keriangan di wajah masi diselaputi kerisauan di hati.

"YA ALLAH,AKU PASRAH DENGAN TAKDIRMU APA AKAN BERLAKU NANTI,KERANA INILAH KESAKITAN KEDUA SELEPAS MATI,YA ALLAH,HANYA ENGKAU YANG MENGETAHUI APA YANG AKAN TERJADI,DAN HANYA ENGKAU YANG MENGERTI APA YANG KU RASAI,YA ALLAH BANTULAH HAMBAMU YANG LEMAH INI.ENGKAU PERMUDAHKAN LAH KELAHIRAN ANAK KU INI"AMIN YA RABBAL ALAMIN~"

Kini jam sudah hampir tiga setengah,sakitnya suda datang menjelma,tetapi datang cuma sekali sekala.doktor berkata"awak anak pertama,proses kelahiran memang lama,mungkin awak bersalin jam 12 setengah.(12.30am)atau keesokan paginya..YA ALLAH jika ini yang sudah tertulis aku pasrah YA ALLAH.akan ku harungi sampai berjaya.

Ku pejam mata,mengalirlah titisan jernih di bawah kelopak mata,menahan sakit yang tidak terkira,kini baru jam enam setengah tetapi sakitnya YA ALLAH perih tidak terkira,badan terlentang hanya kaki yang meronta-ronta,ku gigit tuala untuk menahan segalanya,air mata usah dikata,bagai air sungai mengalir ke muara..http://www.emocutez.com

ku tekan dahi ku gengam tangan sekuatnya,hanya itu yang ku rasa dapat membalas kesakitan yang bermaharaja lela.kulihat suami tidak tentu arah,sebak melihat aku yang bagai ditusuk panah.

Jam 7.10pm nurse datang menjengah,alangkah gembiranya hati tidak terkira pabila nurse berkata"jalan sudah ada,suda tiba masa melahirkannya"Rupanya jangkaan doktor tidak kena kerana ALLAH yang menentukannya.

kini ku bertarung dengan kesakitan yang teramat-amat sakit.seperti satu badan di cubit-cubit.Doktor yang ditunggu sudah bersedia,menyambut kelahiran anaknda,si suami sudah pun bersedia,hanya menanti aku untuk bergadai nyawa.ku kerah setiap tenaga yang ada untuk melahirkan anak tercinta,teran pertama tidak berjaya teran kedua ALHAMDULILLAH..Sayup kedengaran azan di telinga.ALHAMDULILLAH anaknda lahir ketika MAGHRIB tiba,TERIMA KASIH YA ALLAH

Anakku kini terdampar di dada,hilanglah semua kesakitan yang ada,ku kucup pipi teriak la dia lahirla anaknda "NUR AFEYA ALESYA"kini status "AKU" suda bertukar menjadi 'MAMA'.







TERIMA KASIH UNTUK SEMUA KELUARGA,
TANPA KASIH SAYANG KALIAN MAMA AKAN LEMAH


setakat disini sahaja entri mama kali ini..mama cau dulu..http://www.emocutez.com

p/s:kebarangkalian penggunaan ayat yang terlalu skema membuat anda menyampah!awal2 maaf dipinta..jangan marah... ;-)



-Sekian Terima Kasih-

SUKA MEMBACA DARI MENULIS


Assalammualaikum salam satu malaysia..

Jam menunjukkan 2.17am.satu entri pun mama belum ada.oleh kerana keasyikan melawat blog mereka2 yang berkenaan,sehinggakan niat mama tidak terlaksana.Entri kali ni pun mama buat dengan susah paya..ketika menulis entri ni otak tengah ligat memikirkan hal lain,cerita2 dan info2 yang mama baca seawalnya.Bermacam blog yang mama singgah.singgah disitu pulak sampai berpuluh-puluh minit lamanya.
Macam mana la catatan mama bertambah...

Sewaktu berhadapan dengan tugas2 harian yang lain,bermacam idea yang ligat di fikiran mama,kononnya modal untuk menulis entri seterusnya.hati suda tidak keruan,seolah-olah kerja yang dilakukan ingin ditinggalkan begitu sahaja,namun bila sudah menerjah masuk ke halaman blog semuanya sia-sia.mama lebih suka membaca dari menulis rencana.

Mencari idea pulak satu hal lamanya.semua idea yang asalnya tersusun rapi di kotak fikiran,hilang entah kemana.Kemana lagi hendak dicari.terasa kelopak mata ini memberat seperti ada seekor gajah berpaut di hujungnya..aduuu..mengantuknyaa..
Andai disorong bantal ketika ini,fikiran terus lesap entah kemana.

Tika ini minda dibelenggu dengan pangilan mimpi2 indah,Namun kini terus berusaha untuk mencari idea seterusya..aduuu..mama kehilangan segalanya,tiada idea seketikka.Andai esok masi ada,akan mama perbaiki segalanya..selamat pagi untuk semua..:-)

p/s:coretan ini dalam mood separuh sedar separuh lena,jadi kalau ada yang tidak kena,haraf memahaminya..ihik..jangan marah....







-Sekian Terima Kasih-

SUP ITIK PAK PANDIR

Assalammualaikum dan salam satu malaysia..

sihat hari ni wak?http://www.emocutez.com?mudah-mudahan sihat walafiat..amin~

Entri kali ni mama mau kongsi lawak pasal si pak pandir,tidak pasti la lawak sesangat ka tidak,tapi keberangkalian boleh juga la buat awak tersenyum sendirian..ceritanya begini:

Suatu pak pandir teringin sangat hendak makan sup itik,pada pagi itu pak pandir pun pergilah ke pasar untuk mencari itik untuk dibuat sup.tetapi sungguh malang nasib pak pandir kerana semua itik suda habis dijual.

pak pandir pun pulang ke rumah dengan penuh kehampaan.dalam perjalan balik pak pandir telah ternampak sekumpulan itik sedang berenang-renang di sebuah tasik.

alangkah gembiranya pak pandir ketika itu.Dia terus berlari sekuat hati menuju ke rumahnya dan membawa sebuku roti dan terus duduk di tepi tasik itu sambil mencelupkan rotinya sedikit demi sedikit seolah-olah sedang menikmati juadah di restoran ternama.

pada ketika itu pak kaduk melalui kawasan tasik itu lalu menyapa si pak pandir:

pak kaduk:oo pandir buat apa tu??

pak pandir:ni hah!!tengah menikmati sup itik ni..mai la sekali..

Bila mendengar pelawaan pak pandir pak kaduk pun terus melulu kearah pak pandir memandangkan ketika itu dia pun tengah lapar:

pak kaduk:Ai pandir mana supnya??

pak pandir:Ni Hah!!kan banyak ni!! celup je roti kat dalam tasik ni..nampak itik tengah berenang-renang tu??tak ke sup itik namanya ni...mai la rasa sekali..

pak kaduk:????


Habis cerita suda..faham ke wak?boleh juga ke ketawa?ala senyum pun kira ok la tu..jangan serius sangat membaca tu..senyum skit.http://www.emocutez.com.hah!!macam tu la..kan comey!!

key la wak mama cau dulu..


-Sekian Terima Kasih-

PAK PANDIR O PAK PANDIR..

Assalammualaikum dan salam satu malaysia..

hii wakk.http://www.emocutez.com.mama ketawa dulu,nanti awak ketawa kemudian,nanti dulu!! baca dulu!!!..baca ni..baca ni..


Di suatu malam yang hening... Pak pandir dan bininya sedang mendengar ceramah agama dari surau yg berdekatan dengan rumah mereka. Antara ceramahnya adalah membaca doa sebelum makan.

" Ya tuan-tuan sebelum makan hendaklah kita membaca doa dahulu, ini adalah kerana syaitan akan makan makanan kita dan membuatkan kita makan tak kenyang-kenyang...." kata ustaz itu.

Lalu pak pandir ni pun baliklah bersama bininya malam tue. Semasa sedang makan malam tu, pak pandir tiba-tiba bangun dan meluru ke tandas berkali-kali. Tak cukup dengan tu, tidur malam tu pulak pak pandir nie asyik terkentuuooot memanjang.

Bininya tak tahan, maka tanyalah bininya kepada Pak Pandir, "Awak makan apa sampai jadi camni?".
"Tadi aku makan julap tak baca doa, biar padan muka syaitan tu.... berak-berak makan julap....muahahahahahaha!!!!!http://www.emocutez.com

Sesungguhnya... niat pak pandir memang suci...

Tapi jangan ikut pakcik pandir ni tau wak..bahaya!!jadi makan jangan lupa baca doa dulu..barula berkat kan??;-)perut kenyang hati pun senang..

key mama cau dulu.http://www.emocutez.comtake care.





-Sekian Terima Kasih-

PANDAI MEMBILANG

Assalammualaikum dan salam satu malaysia..
pa khabar hari ni wak??sihat??
http://www.emocutez.com
begini ceritanya:

Cikgu bertanya kepada murid-muridnya, “Siapa yang pandai membilang?”

Seman mengangkat tangan.

“Betul ke kamu pandai membilang?”

“Tahu Cikgu. Ayah yang ajar.”

“Baik, cuba kita lihat. Selepas tiga, berapa?”

“Empat.”

“Bagus. Selepas enam?”

“Tujuh.”

“ Selepas sembilan?”

“Sepuluh…”, jawab Seman.

“Bagus sekali. Rupanya ayah kamu benar-benar tahu bagaimana mengajar membilang. Selepas sepuluh berapa?” tanya Cikgu lagi.

Dengan senyum penuh keyakinan, Seman menjawab, “Jack, Queen, dan King cikgu!!”

ish2..senyum2 je wak??kurang best pun kan?emm.emm..jangan ikut cam bapa budak ni wak..kurang sivik sikit bapa budak ni..hehe..whatever..haraf awak enjoyy...!! ;-))


-Sekian Terima Kasih-

Buku Tidak Bermutu

Assalammualaikum dan salam satu malaysia

hi awak..http://www.emocutez.com haraf awak gembira ya..ceritanya begini..


Noni masuk ke sebuah perpustakaan dan berdiri di depan seorang pegawai perpustakaan tersebut sambil berkata, “Saya mahu komplain!”

“Ada apa, Cik?” petugas perpustakaan bertanya.

“Minggu lalu saya meminjam sebuah buku dari perpustakaan ini, dan buku tersebut sangat tidak bermutu!” jelas Noni.

“Kenapa pula Cik?”

“Hurufnya kecil-kecil, tidak ada ruang di antara perkataan, tidak ada perenggan, semuanya hanya huruf-huruf, tidak ada gambar menarik, dan yang paling menyedihkan, buku itu sama sekali tidak menceritakan apapun padahal ada banyak nama orang di dalamnya!”

Petugas perpustakaan itu langsung terbeliak dan berkata, “Aha …. Jadi Andalah orang yang membawa buku telepon kami yang hilang minggu lalu!”

ihek...amacam..seronok juga ka cerita ni??emmm..haraf awak enjoyyyy...


-Sekian Terima Kasih-

COPYRIGHT,DOODLE, AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY ARINA SHAMSUL wink