guest

DOA UNTUK KEBAHAGIAAN DUNIA & AKHIRAT




Robbana atina fiddunyaa hasanah, wa fil-akhiroti hasa-nah, wa qinaa 'adzaaban-naar
"Ya ALLAH, berilah kami kebaikan di dunia dankebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka".

Amin ya rabbal alamin..


-Sekian Terima Kasih-

CERAMAH USTAZAH KECIL..

Bismillahhirrahmanirahim
Assalammualaikum wbt..

DI hari yang mulia ini,ustazah kecil kita ini akan memberi ceramah tentang"Anak solehah"..mari kita lihat gelagat si ustazah kecil mama ni memberi ceramah..boleh ka tidak boleh.ihik..

USTAZAH!!OO..USTAZAH KECIL!! Da tiba masa untuk memberi ceramah ni,
AAaa??Ya ka?MASYA ALLAH!!Terlupa lah..ustazah kusyuk tengok katun ni la..ok kejap lagi ustazah datang ok,tunggu sekejap.
EEemmm..Rasanya kemas sudah ni..cantik sudah..
Isk..asal belum lap lagi meja ni..banyak debu,tidak apa bersihkan dulu..

Betulkan microfon ni dulu..asal senget pulak ni..

kamu yang tinggi tu,duduk dulu..

Bismillahirahmanirahim..assalammualaikum wahrahmatullahi wabarakatuh..
Kawan-kawan,
Untuk menjadi anak yang solehah,kita kena taat kepada perintah ALLAH S.W.T.Kita juga kena patuh kepada ibu bapa!!menyebut tentang anak yang solehah itu memang mudah kawan-kawan,tetapi untuk melaksanakannya tidak semudah kita menyebutnya..sedangkan dengan menyebut'UH!!" sahaja itu sudah dikira dosa besar inikan pula kita menjawab mereka dengan ayat yang berjela-jela sehinggah menyakiti hati mereka..
SUBHANALLAH!! Mari kita renungkan bersama kawan-kawan,bagaimana adab kita kepada ibu-bapa kita selama ini,adakah kita layak dipanggil anak solehah??
Ingatlah kawan-kawan, api neraka yang disediakan ALLAH itu,teramat-amat pedih azabnya.Kita tidak akan mampu untuk mengharunginya..nauzubillahminzalik..


Jauhkan lah kami semua dari AZAB KUBUR DAN AZAB NERAKA MU YA ALLAH..sesungguhnya kami tidak layak menduduki syurga mu,namun kami tidak sanggup menghadapi api neraka mu YA ALLAH,Golongkan kami di kalangan orang-orang yang beriman YA ALLAH,Panjangkan umur kami YA ALLAH, agar kami berkesempatan untuk menjaga dan membahagiakan kedua ibu-bapa kami YA ALLAH..Amin ya rabbal alamin~

OKey..ada sebarang soalan?

Apa?12x12 jawapannya berapa?emmm..sekejap ya,ustazah cari jawapan dulu..

Jawapan tiada lah dalam buku ni..emmmmm..mana ni..isk..itu soalan apa Aaa..

Ni kena telefon papa ni,tanya apa jawapan..

Alaaaa..handphone habis bateri pulak,ni yang geram ni..Gggrrrrrrrrr!!!!!

Tidak apa,Soalan tu kita simpan dulu,nanti ustazah jawab lain kali ya..

" Eaaa..kenapa kepala alesya ada asap tu..Comotnya muka alesya,laa..alesya belum mandi pagi lagi rupanya..terlupa..
Alesya pegi mandi dulu ya,mama pun sudah sediakan air mandi alesya tu..nanti kita jumpa lagi..Assalammualaikum...(mesti sambut tau,kalau tidak dosa)..;-D


Wah!wah!wah! bukan main lagi ustazah kecil mama ni..ada gaya tersendiri kan?ihik..harapan mama,semoga apa yang disampaikan engkau kotakan wahai anakku..amin~

sekian wassalam..


-Sekian Terima Kasih-

KADANG-KADANG GERAM DENGAN BENDA NI !


BISMILLAHIRAHMANNIRRAHIM..

Assalammualaikum wbt..

Alhamdulillah ku sudah selesai bersahur untuk puasa yang ke-9 tahun ni.YA ALLAH,panjangkan umur kami agar kami,dapat meneruskan puasa kami hingga akhir ramadhan kali ini,berikan kami kekuatan,kesabaran dan semangat untuk melakukan amalan-amalan yang terbaik, teristemewa di bulan ramadhan yang penuh berkah ini,untuk bekalan kami dunia dan akhirat.amin~

Setelah selesai solat subuh dan melakukan apa yang patut,ku pandang puteri ku,hati kecil ku berbisik"oh masih terlena dengan lelapnya si puteri ku ini,ada peluang ni mau buat satu entri"ku on lappy-lappy kesayangan ku,terus ku log in blog kegemaran ku"NEW POST"ku pilih tajuk entri pagi ni"AKHIRNYA PURPLE YANG TERPILIH"tapi tertunda bila puteri bergerak lalu merengek..

Ku,tinggalkan catatan ku,ku ambil puteriku dari buaian,ku baringkan ke sisiku untuk di susukan..ok seperti biasa sekejap sahaja puteri akan terlena bila didakap ketika sedang mamai.Dengan penuh perlahan ku bangun,kalau boleh tidak mahu ada bunyi sedikitpun,agar tidak mengejutkan puteriku,kerana puteri ku ini,memiliki telinga yang sangat sensitif dengan bunyi-bunyian terutamanya ketika tidur.pantang ada bunyi sedikit.pasti akan terjaga.

Tiba-Tiba "PPSSSSSSTTTTTT!!"bunyi yang dikira kuat bila dalam keadaan sunyi terutamanya malam dan subuh.Bunyi ini yang selalu membuatkan ku berangin naik ke kepala,dan selalu membuatkan ku terkejut sendiri.Dek kerana terkejut,puteri pun merengek semula"ADUH!!BENDA NI,KALAU LAH MANUSIA SUDA KU SELOTEP MULUTNYA!!..emosi ku sekejap..hehe.Terpaksa ku baring semula untuk tidurkan putri..NAH!! kali ini puteri sudah benar-benar terjaga,mata sudah membulat..memakan masa yang lama untuk melelapkannya semula..emmm terbengkalai la engkau wahai entri..

Mula menaip jam 6.00am..terbengkalai..,kini sudah 7.50am barulah puteri terlelap lagi,ok ku sambung semula.tajuk entri yang mula-mula tadi sudah ku delete.Dek kerana untuk melepaskan geram dihati,ku mulakan entri yang ini pulak."KADANG-KADANG GERAM DENGAN BENDA NI".Inilah benda yang ku maksudkan itu.mesti kamu familiar dengan benda ni kan??


Sebenarnya ku suka dan sayang dengan benda ni,biarpun kadang-kadang ku emosi dengan benda ni,kerana selalu mengejutkan lena puteri ku dan kadang-kadang membuatkan ku terkejut,tetapi benda ni sentiasa memberikan ku haruman yang menenangkan.terima kasih la AIR WICK..;-D

PPPSSSSSSSSSTTTTTTTTTTTTTT!!!!!

Nah!! puteri ku pun sudah terjaga semula.kali ni memang masa dia untuk bangun pagi.kalau ditidurkan semula pun memang tidak akan lena kerana setting masa untuk makan dan mandi suda sampai.masa untuk melayan dia pulak..
sekian wassalam..


-Sekian Terima Kasih-

KU DAPAT AKHIRNYA..

Assalammualaikum wbt.

Alhamdulillah kerana ALLAH panjangkan umurku,sedar tak sedar rupanya kita suda menjejaki ramadhan ke-8 hari ini,YA ALLAH panjangkan umurku,ahli-ahli keluargaku,sahabat-sahabat ku,serta semua kaum muslimin dan muslimat YA ALLAH,agar hamba-hamba mu ini dapat mencari keredaan dan keberkatan MU di dunia dan untuk bekalan akhirat.AMIN~

Alhamdulillah,hari ini ku dapat menghasilkan 3 jenis kuih muih untuk juadah berbuka puasa dengan air tangan sendiri.biarpun baru pertama kali mencuba akhirnya kuih ku terhasil juga seperti yang di jual di bazar ramadhan.hehe.

Tahun ini amat berbeza dengan ramadhan2 yang lalu kerana,sebelum ini kebanyakan juadah berbuka ku terutamanya kuih muih adalah "kuih tunjuk sahaja".apa yang ku maksudkan disini,kan kalau kita pergi bazar ramadhan,bila kita membeli,macik tu akan tanya"mau yang mana satu dik?"..lantas jari telunjuk kita pun dengan lurusnya menunjuk satu persatu juadah yang kita mahu,kena-kena pulak jari telunjuk tu ada cincin berlian 24 karat,terkesima juga macik jual kuih tu sekejap.hah! tu lah kuih tunjuk yang ku maksudkan.

Tapi petang ini 8 ramadhan,dengan usaha yang gigih,ku berjaya membuktikan ku pun boleh jadi seperti macik-macik terer yang menjual di bazar tu.walau tidak sehebat mana jika dibandingkan dengan kamu,hehe.inilah hasilnya:
KUIH SAGU DELIMA,ONDE-ONDE & SERI MUKA



Semangat membuat kuih ini muncul apabila setelah beberapa kali membeli kuih-muih dari bazar,rasanya tidaklah secantik rupanya.kadang-kadang tawar,terlebih garam dan gula,berpasir,dan macam-macam lagi lah rungutan dalam hati ku bila menjamah kuih itu.lepas tu sudahlah ciput je potongan kuih tu,harga tidak berbaloi2..isk,ni dah lebih2 ni,sudah!sudah!sudah!jauh sudah ku melalut ni.lari dari tajuk sudah.sia2 kang berdosa..minta ampun ya macik-macik bukan niat ku mengutuk tapi sekadar meluahkan ketidak kepuasan hati ku ini..haraf diambil perhatian..ahaks!!

kuih-kuih yang dipaparkan adalah diantara kuih-kuih kegemaran ku,kuih-kuih melayu kurang berminyak.sedari ku kecil memang kuih-kuih ini tidak pernah membosankan ku sehinggahlah sekarang.biar pun dulu aku jarang sekali menjamahnya.namun bila suda bersua,akan ku nikmati senikmat-nikmatnya.NAH!!kini ku sudah pandai menguli tepung sendiri makanya ku akan membuat seberapa banyak yang ku suka,yang boleh ku makan bila-bila sahaja.tetapi tempahan masih belum dibuka..ihik.

Biarpun sebenarnya cara membuat kuih-kuih ini sangat mudah,namun ketiadaan masa terluang sebelum ini,membuatkan ku tidak pernah berkesempatan untuk menghasilkannya dengan tangan sendiri.jika pun ada masa,namun jika bahan-bahan tidak mencukupi,itu juga salah satu faktor kenapa aku tidak menghasilkannya..pada'l,malas juga la..ihik.

Andai hari esok ALLAH masih panjangkan umurku,insyaallah akan ku mencuba pulak lain resepi,diharaf sajian-sajian ku ini menjadi santapan kesukaan suami tercinta,dan ahli-ahli keluarga yang lain kerana selera kami sama,tidak suka makanan yang berminyak.

pesanan buat suami:kalau makan komen yang ikhlas a papa,luahkan sahaja apa yang terpendam di hati yang suci..mama terima dengan hati terbuka..ihik.

ok lah,setakat di sini entri kali ini..wassalam..


-Sekian Terima Kasih-

NUR AFEYA ALESYA 6 BULAN



Assalammualaikum wbt.

sepantas detik waktu berlagu sepantas itu lah juga pantasnya pembesaran puteri mama,Dalam sedar tak sedar rupanya usia puteri mama kini suda menjangkau 6 bulan pada 05 ogos 2011.Perjalan waktu yang jarang dihiraukan kini,semakin tidak terasa disebabkan kesibukan harian setelah bergelar ibu.

"Hari ini puteri mama kena suntik tau sayang..tahan sakit okey,jangan nangis-nangis ,sebelum ni kan tidak nangis,alesya kan kuat"bersertakan senyuman menguntum di bibir seorang ibu,mama cuba menenangkan hati si puteri,biarpun rasanya terlalu awal untuk dia memahami setiap butiran kata itu,namun mama tetap berkali-kali menyuarakannya,seolah-olah mama terasa tenang dengan mengeluarkan kata-kata itu.

Beginilah mama,seminggu sebelum waktu puteri mama diberi suntikan,hati tidak akan tenang dan sentiasa berdebar-debar bila memikirkan nanti puteri mama akan merasa kesakitan ketika disuntik,terasa luruh naluri keibuan bila melihat anak yang dilahirkan berada dalam kesakitan.tetapi bila memikirkan kebaikan kepada puteri, hati yang berkocak akan tenang semula.macammana lah nanti akan mama menghadapi setiap kesakitan yang tidak pernah diduga di masa mendatang..YA ALLAH..Berikan Nur Afeya Alesya kesihatan dan keselamatan yang terbaik,jauhkan lah dia dari sebarang penyakit dan bencana-bencana yang tidak diingini,panjangkanlah umurnya YA ALLAH..amin ya rabbal alamin..

Di usia enam bulan ini puteri mama semakin pintar,semakin sihat dan cergas,semakin aktif dan tidak lari juga sifat semulajadi anak-anak iaitu semakin nakal.ALHAMDULILLAH..

PINTAR
Kini suda pandai menonton tv sendirian,channel kesukaan baby tv dan zikir munajat astro oasis.puteri akan tersenyum-senyum sendiri bila melihat setiap aksi yang dipertontonkan,sudah pandai meloncat kegembiraan,bila tiba waktu azan,menangis macammana sekalipun akan berhenti seketika sehingga azan selesai kemudian menangis akan bersambung semula,begitu juga bila melihat segmen mengaji di tv.bebola mata akan bergerak menuruti setiap baris-baris ayat yang bergerak,seolah-olah membaca dan memahami.(biar betul anak ku ini)aksi yang paling mama suka mulut puteri akan ternganga mata akan jadi kuyu kemudian akan teranguk-anguk(hehehe..comell)

SIHAT DAN CERGAS

BERAT BADAN semakin bertambah,dulu 5 bulan 6.8kg,kini 6 bulan sudah mencecah 7.3kg.pipi semakin tembam,kaki dan tangan semakin padat dan semakin kuat.perut semakin berbabat.hehe.

Kalau DULU bila tiba masa untuk tukar pampers,puteri akan berada dalam keadaan diam dengan mainan yang berada didalam gengaman,jadi kerja mama pun senang,KINI,bila dibaringkan,akan berusaha untuk meniarap,kalau dihalang punggung akan diangkat dan kemudian berpusing sehingga 90darjah itupun kalau dihalang,kalau tidak pusingan boleh mencecah 180darjah(hehe..cam kipas)tukar pampers kini mesti ada yang menolong.

DULU,hobi suka di angkat,KINI,bila diangkat suka melucutkan badan,mahu turun dan berjalan sendiri(ada hati padal di pimpin..hehe)bila diajak duduk tidak akan duduk diam,bila kita duduk dia akan berdiri dan suka melompat-lompat sehinggah lengguh tangan melayan.Adakalanya melompat terus bergantung di tangan.(ish2 nak..kalau selalu begini bermucle la lengan mama,hehe)

SEMAKIN AKTIF
DULU tidur di katil mama dan papa tidak risau KINI,kerisauan sentiasa terpaut dihati kerana puteri kini sudah pandai bergolek-golek dari hujung katil ke hujung katil.ada satu malam tu hampir-hampir terjatuh katil.kaki sudah tergantung,separuh badan lagi masi berada diatas katil dan tangan terpaut kuat memegang cadar,nasib baik mama sempat ambil,mama sangat-sangat bersyukur,nasib baik belum terjadi..alhamdulillah..lepas ni kena buka katil la nampaknya terpaksalah tilam berpisah dengan buah hatinya si katil.

NAKAL
Nakal yang mama maksudkan disini bukanlah nakal yang teramat nakal,tetapi perilaku puteri mama ni bolehlah mama kategorikan sebagai nakal,mana tidaknya puteri mama kini sudah pandai menjelir lidah,entahlah dari siapa dia belajar mama pun tidak tahu,tapi mama tetap suka sebab comel..ihik..bila tiba waktu makan,sudah pandai sembur2 bubur bila sudah kenyang,mulut akan dimuncungkan dan bubur akan disemburkan kedepan,suka main air liur,perkara yang sama dengan makan bubur akan dilakukan bila sudah bosan."ish2 nak kecil-kecil bolehlah macam ni,kalau sudah besar,tidak boleh macam ni tau! kalau macam ni juga tau la mama apa yang patut dibuat!!jangan amalkan,nanti jadi tebiat,bahaya tau!!FAHAM?!!..hehe..begitulah amaran separuh sayang yang selalu mama suarakan dengan puteri mama,biarpun dimanjakan tetapi ada masanya mama perlu bertegas kerana mama berpegang pada pepatah"melentur buluh biar dari rebungnya"

P/S untuk puteri mama:Harapan mama,semoga puteri mama menjadi anak yang solehah.anak yang sentiasa mendoakan kesejahteraan kedua ibu bapanya nanti.amin~kerana kunci segala kejayaan dan perbuatan baik itu adalah datangnya dari keimanan dan ketakwaan kepada ALLAH SWT.INGAT ITU WAHAI ANAKKU...

setakat ini dulu entri mama kali ini,lain kali mama cerita lagi..


-Sekian Terima Kasih-

COPYRIGHT,DOODLE, AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY ARINA SHAMSUL wink