guest

8 SIKAP WANITA YANG DISUKAI LELAKI



Wanita Solehah Perhiasan Indah di Dunia. Inilah salah satu persediaan kita untuk menjadi wanita yang disukai oleh suami. Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yg bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Betul tidak kaum lelaki?

Wajah yg keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas ,gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing-masing.

Mahu tahu apa 8 sikap tu?mesti tidak sabar kan?mari ikut mama
razz:

:n:Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan,
memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mencari hujung pangkalnya." kata mama untuk papa"agak2 papa la kan?mama sesuai tidak dengan fakta ni?hehehe"

:n:Menghargai
Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki.Jika wanita inggin dilayan dengan lembut,semestinya lelaki pulak inggin dihargai,dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.setuju tidak kaum lelaki? kata mama untuk papa"papa jangan risau mama cuba buat yang terbaik okey"wink


:n:Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya.

Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yang tidak suka isteri yang masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3 kan??" kata mama untuk papa"mama selekeh ka di mata papa?hihihi"

:n:Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda.

Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.kata mama untuk papa"pada sudut pandangan papa mama macam mana pulak?ada kebetulan dengan fakta ini?muahaha..(perasan sungguh)"

:n: Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah & mempesona.kata mama untuk papa"menurut keikhlasan dari papa,mama begitu ka?kekeke"wink


:n:Menghormati Diri Sendiri
Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya.

Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.kata mama untuk papa"yang ini mama tidak perlu tanya papa la, biar mama jawab sendiri.hihi"wink

:n: Pandai berbicara
Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik.

Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka.kata mama untuk papa"emmm..rasa2 papa mama ni pandai bicara?muahaha"

:n: Keanak-anakkan
Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yang menyenangkan.

Misalnya, kemanjaan wanita yang membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.kata mama untuk papa"aaa yang ni papa jangan kata apa2 okey pendam2 jak,sebab ini rahsia antara kita..hahaha"
mrgreen


lolOkey cukup 8 sudah kan?lapan2 mama suda gitau kan?mama tamatkan penulisan suda ni,tapi ingatlah:
“Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat.”

:12:

p/s: Bukan semua fakta ada dalam diri penulis ok?penulis pun serba kekurangan juga.sentiasa ingin membuat anjakan paradigma dari yang baik kepada yang terbaik.mari kita sama2 amalkan,insyaallah pastinya kita menuju kepada kesempurnaan di mata insan tersayang..
:face12:



-Sekian Terima Kasih-

JANGAN LEBIH 40 HARI


Apa yang jangan lebih 40 hari ni,mesti kamu mahu tahu kan?inilah yang mama maksudkan dengan jangan lebih 40 hari.mari baca ni,insyaallah pas ni buat ok?



"Nabi saw telah menasihati kami agar merapi misai kami, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu kemaluan, dan jangan dibiarkannya lebih dari 40 hari." (HR Muslim)

1. Potong: Memotong atau memendekkan atau trim misai adalah lebih afdal dari mencukur atau mencabutnya kerana lebih menepati sunnah.

2. Cabut: Mencabut bulu ketiak lebih afdal dari mencukur atau memotongnya kerana lebih menepati sunnah.

3. Cukur: Mencukur bulu ari-ari lebih afdal dari memotong atau mencabutnya kerana lebih menepati sunnah.

eemm hehe..mesti kamu senyum2 baca entri ni kan?(kebarangkalian la)

Nah! lepas ni kalau ehem2 tu, ingat2 entri mama ni.jangan silap pulak..hihihi..
jangan marah




wink


-Sekian Terima Kasih-

10 Surah dapat Menghalang daripada 10 ujian Besar Allah



Pernahkah kita tanya diri kita sendiri,

Kenapa kita lebih suka membaca novel dan majalah hiburan dan bukannya kitab suci al-quran?

kenapa kita lebih suka buka internet bila ada masa terluang dan bukannya kitab suci Al-quran?

Kenapa kita selalu berdamping dengan handphone dan bukannya kitab suci AL-quran?

Kenapa?kenapa?dan kenapa? cuba kita renung dan kita tanya diri kita bersama....

Adakah kerana kita tidak tahu membaca Al-QURAN?

Adakah kerana kita tidak memahami apa yang termaktub dalam AL-QURAN?

Adakah kerana AL-QURAN tidak mengandungi gambar2 seperti majalah?

Adakah..! Adakah....!....dan Adakah?

Andai saja kita sedar dan tahu setiap keistemewaan dan kebaikan beramal dengan ayat2 ALLAH yang terkandung dalam AL-QURAN,subhanallah.. pastinya kita tidak akan pernah berengang dengan AL-quran.pastinya bibir kita tidak pernah kering daripada membaca Al-QURAN..

Tahukah kita bahawa:

1- Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.

2- Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
3- Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
4- Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
5- Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.
6- Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.
7- Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
8- Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
9- Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
10- Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was..
Subhanallah andai saja kita tahu selama ini,pastinya sudah menjadi amalan kita sehari-hari.Tetapi rasanya belum terlambat lagi untuk beramal dengan surah2 ini.

Peringatan:
  1. Al-Quran untuk dibaca bukan dijadikan perhiasan.
  2. Al-Quran tidak menjadi syifa’ (ubat) bagi orang yang ingkar dan zalim.
  3. Al-Quran menjadi petunjuk kepada orang-orang yang bertakwa.
  4. Hati yang keras boleh dilembutkan dengan hidayah al-Quran dengan keizinan Allah.
  5. Pesan Nabi saw: Aku tinggalkan dua perkara yang jika kamu berpegang kepada kedua-duannya, nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu Kitab Allah (al-Quran) dan Sunnahku (al-Hadis).
:65: Jika ada kesilapan tentang fakta ini mohon sudi tegur dan perbetulkan,
Apa yang baik itu datangnya dari ALLAH,dan apa yang buruk itu datangnya dari kelemahan diri mama sendiri
.Terima kasih



:131: Selamat beramal..
lol


-Sekian Terima Kasih-

9 PERKARA YANG WANITA SUKA



Adakah kaum adam ni sudah cukup memahami sifat kaum hawa?sudah cukup masak dengan perangai mereka?Rasanya ada sesetengah mereka yang tidak banyak mengetahuinya kan?So Entri kali ni mama mahu kongsikan diantara perkara2 yang kaum hawa suka buat

Ini adalah pendapat(peribadi)mama tentang wanita,adakah ianya betul ataupun sekadar persepsi semata-mata,let's check them out.....

APA YANG KAUM WANITA SUKA


:94:Wanita suka dibelai
wanita memang suka dibelai,ni mama yakin!tak percaya buatlah..contohnya waktu tengok tv atau waktu sebelum tidur,try belai rambut dia ke,urut2 kaki dia ke,memang dia suka punya la.tapi pastikan dulu mereka tidak bad mood,
ops!tapi penyataan ini untuk mereka yang mempunyai perhubungan yang halal sahaja ok,yang belum dapat pengesahan HALAL jangan coba2..


:94:wanita suka dipuji
Lebih banyak kamu puji lebih besar kembangan hidung dia,so rajin2 la memuji ye..muahaha..


:94: Wanita suka handbag dan kasut
Kalau buntu mencari hadiah dan tidak tahu mahu bagi hadiah apa,bagi sahaja handbag dan kasut.pastinya mereka akan tersenyum lebar.
razz


:94:Wanita suka pegi shopping
Ni confirm(kecuali yang poket da kosong)Betul tak kaum wanita?So,mama tak perlu hurai lagi fakta ni ye..
wink

:94:Wanita suka yang cantik2 dan comel2
Wanita mana yang tidak suka cantik dan comel,betul tidak,kalau jawab tidak tu,tipu la tu!padahal' jauh di sudut hati memang sudah terpatri naluri itu kan?masih menafikannya lagi?
emmmm...
confused


:94:Wanita suka kalau ada yang ambil berat pasal dia
yer la..jiwa orang perempuan kan lembut.memang sudah lumrahnya begitu.tapi tengok keadaan juga la,tengok juga orang yang ambil berat tu,kalau yang dia memang menyampah,memang sah2 tidak suka lah..setuju orang perempuan?
question

:94:Wanita suka terasa dan menangis
Betul tidak?wanita akan cepat terasa bila mendengar ayat2 yang sinis dan berbentuk sindiran..bila sudah tidak dapat bertahan maka berguguran lah titisan2 jernih membasahi pipi.Ada tidak wanita yang tidak pernah menangis...??kalau ada yang jawab ada,maka itu bukanlah sorang wanita...

:94:Wanita suka bergosip
Aaaa..fakta yang ni agak sensitif sikit ni..so mama tak perlu huraikan la ye..tepuk dada tanya selera,tepuk kaki,tanya diri..bawa2 lah bertaubat ya kaum wanita..(tidak terkecuali diri sendiri)
wink

:94:Wanita suka lelaki baik yang boleh membimbing ke jalan yang diredai ALLAH S.W.T..
Betul tak kaum wanita?betul kan?kan?so mama tak perlu hurai panjang2 ye.sendiri mau ingat..


rolleyes
Renungkan wahai kaum hawa..
“Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh. Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api.”


SO,..setakat disini entri mama kali ni,semoga ianya bermanfaat untuk kamu wahai kaum adam..
smile


-Sekian Terima Kasih-

TIPS BERKESAN KURANGKAN BERAT BADAN JILID 1


Dek kerana tidak selesa dengan pergerakan harian disebabkan pertambahan berat badan kini,mama selalu mencari atikel2 yang berkaitan diet,tetapi dengan cara diet yang sihat lah,bukannya diet yang mendadak dan membahayakan diri sendiri,setuju atau tidak?

Secara jujurnya mama bukanlah perunding ataupun pakar diet,cuma mama ingin berkongsi pengetahuan yang ada. so,ingin mama kongsikan di penulisan kali ini beberapa tips yang boleh diamalkan untuk menurunkan berat badan.

Info ni sebenarnya, ada yang menurut pengalaman mama sendiri, ada yang diadaptasi dari sumber2 tertentu ,ada yang datangnya dari nasihat dan tunjuk ajar orang lain.
so mama gabungkan sekali di penulisan mama kali ini.tentang"Tips Cepat dan berkesan kuruskan badan"

APA YANG PATUT DIAMALKAN



ideaMinum banyak air masak sekurang kurangnya 2 liter sehari.


ideaBanyakan makan sayur dan makanan yang berasaskan soya


ideaDigalakkan untuk bersenam sekurang kurangnya 30 minit sehari.(jalan kaki pun berbaloi)

ideaDigalakkan memakan makanan yang direbus sahaja.


ideaKamu boleh mengambil daging,seafood,keju,tapi ingat jangan makan nasi atau roti!(Kepada yang tidak boleh berpisah dengan nasi,asal tidak jumpa nasi seharian,badan sejuk tidak keruan, macam mama jg,oleh ambil nasi atau roti tetapi cuma dalam kuantiti yang sedikit ok)


ideaSebelum tidur tanamkan semangat pada hati dan minda kamu akan berdisiplin untuk mengurangkan berat badan.

APA YANG KAMU TIDAK BOLEH BUAT!!


exclaimJangan makan makanan yang tinggi kandungan gula atau garam yang tinggi seperti ikan masin,kicap,sos cili,sos tomato,dan sebarang jeruk.


exclaimJangan makan frozen food(makanan sejuk beku)seperti sosej,bebola ikan,burger dan sebagainya.

exclaimJangan atau mengambil minuman yang mengandungi banyak kafein seperti kopi,teh dan coklat.kerana kafein melambatkan pembakaran lemak.

exclaimJangan ambil makanan yang mengandungi kabohidrat tinggi.

exclaimJangan makan makanan yang mengandungi banyak lemak dan berminyak.


rolleyes
INGAT!!
“Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.”


sekian,selamat mencuba.
wink


-Sekian Terima Kasih-

COPYRIGHT,DOODLE, AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY ARINA SHAMSUL wink