guest

SAYA BUAT IKHLAS DARI HATI BUKAN KERANA BALASAN.

ASSALAMMUALAIKUM W.B.T


"Bilamana kamu memberi dan melakukan sesuatu kebaikan biarlah ikhlas dari hati semata2 untuk mendapat keredaan dan keberkatan dari ALLAH,bukan kerana ganjaran dan pujian dari manusia"

Ya,itu adalah prinsip yang saya cuba terapkan dalam diri bilamana saya memberi sesuatu kepada orang lain.Saya didik hati agar ikhlaskan setiap pemberian itu semata2 kerana ALLAH.dan bukannya mengharapkan balasan dan pujian dari orang sekeliling.biarlah ALLAH yang menentukan dan memberi ganjaran terhadap apa pun kebaikan yang saya lakukan.dengan harapan semoga perbuatan baik itu menjadi sumber pahala yang sentiasa mengalir untuk saya di barzakh sana bila sudah tiba masanya, ketika mana pencarian pahala sudah terhenti di dunia..insyallah.


Rasa senang dan gembira bila melihat orang lain gembira.apatah lagi jika dia gembira kerana apa yang kita hulurkan.betul tidak?namun terasa kacau minda bila ada yang bersedih dan berkecil hati disebabkan kita.

Kalau diikutkan hati dan rasa memang saya nak mengembirakan semua hati follower setia BHM.tapi apalah daya, dengan berbekalkan kudrat yang ada dan masa yang terhad, saya hanya mampu lakukan apa yang terdaya.

Saya senang bila anda gembira,namun saya bersedih bila anda kecewa.Jikalau saya menguris perasaan siapa-siapa ,jutaan kemaafan saya pinta.bukan keadaan begini yang saya pinta,maafkan saya jika keputusan yang saya coretkan bisa mengundang amarah.


wassalam.


-Sekian Terima Kasih-

10 comments:

Dieyna said...

Ada yang pertikaikan keikhlasan ker?? Akak tau arina ikhlas membuat header percuma untuk follower arina.Sayang arina...muah muah (BUKAN KOMEN MEMBODEK YER)

Cik Aini Lavender's said...

Alolo mama alesya..xmo sedih2..xmo2 =p
ni pun mmg di kira pahala tau mnyedekahkan header byk2 kat kitaorg..ngeeee =p

Operasi Hitam said...

yup.. betul tu.. kalau ikhlas, dapat la ganjaran daripada-Nya.. bukan mengharap pujian atau penghargaan drpd org lain..

Ms Velentine said...

peduli jak drg 2

@ deqla manjew said...

hukhuk....sedeh pulak baca entry mama kali ni...deqla taw mama ikhlas...deqla pun ikhlas dan pasrah kalo x dpt header dari mama...menteng senyum jew ni taw... =)

nuyui a.k.a miss YUI said...

nape ni sis??mcm sedih aje..xmow sedih2 ea..

salam kenal sis ♥♥

Solehah Shamsuddin said...

Its really true.I like BW here,and read your entry.But sometime I not comment after read your entry.I'm so sorry,Arina.Actually my blog is full with contest that I joined.So when u see my blog,there have many followers its mean they want to know contest that I joined,so they want join too.If no contest I join a day,I'll update my entry with my writing.eheee If Arina want join contest too,come visit me ya.Cheers~!!!

Yana Libra said...

Amat susah untuk puaskan hatu semua orang kak..kita hanya manusia biasa..bukan malaikat yang sempurna..

just do what u think is the best, asalkan benda tu baik dah la kan~ :D

9n0L4 said...

banyak pahala dengan menggembirakan orang lain. saling memberi hadiah adalah sunnah rasulullah. ;)

Misz Mieza said...

Bagus sangat niat murni mama rina tu.. Teruskan dengan apa yang mama buat tu. InsyaAllah, kegembiraan orang lain akan buat kita turut gembira.. =)

COPYRIGHT,DOODLE, AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY ARINA SHAMSUL wink