guest

SEBAK RASA HATI BILA MEMIKIRKANNYA

Tadi saya singgah beli ikan bakar.sambil2 menunggu sambil2 menikmati ABC..huh!bayangkan bila suda ABC melalui anak tekak yang kering,kemudian sejuk ais tersebut perlahan2 menyusuri liku2 usus menuju ke perut..bunyi rangup jagung dan kekacang yang dikunyah pulak mengiringi perjalanan mereka.huh! sungguh nikmat.alhamdulillah..wah,gitewww..terliur dak?hahaha.takpe lepas ni gi cari ABC ye..hihihi.

Tengah syok2 melayan,tetiba macik penjual tu duduk sebelah dan memulakan cerita beliau.saya pun layan la.saya kan peramah..ahaks.:P.

"Tengok sana tu,ramai betul orang kan?"saya pandang arah yang dimaksudkan macik tu."Ada apa mereka kumpul ramai2 tu macik?"

"Dorang sibuk cari budak perempuan umur 5 tahun yang hilang minggu lepas".Gulp..Nikmat ABC tadi terus bertukar seperti menelan sebiji batu pulak.saya sangat2 sensitif kalau dengar pasal budak2 hilang ni.mencik dengan penganiayaan!!

"Camna boleh hilang?"

"Budak tu baru pulang sekolah tadika,dia mengadu lapar dengan mak dia,lepas tu mak dia suruh beli maggi dan telur di kedai runcit berdekatan,pas tu budak tu tidak pulang2,agaknya dah diculik.penculik tu pun dah tertangkap.suami isteri,tapi budak tu tidak dijumpai lagi"jelas macik tu,panjang betul huraiannya.

Terasa sebak dada bila dengar cerita panjang mengurai macik tu.panas telinga.bergenang air mata.terbayang keadaan budak tu,kalaulah dia diculik dalam keadaan lapar begitu.diikat tangan dan kaki dilayan pulak dengan kejam ..YA ALLAH..lindungi dia.jauhkan dia dari sebarang kejadian yang tidak diingini.SESUNGGUHNYA ENGKAU MAHA MENGETAHUI APA YANG KAMI TIDAK KETAHUI.SELAMATKAN DIA YA ALLAH.AMIN~

Isk.saya betul2 dibelenggu dengan kes ini,bagaimana rasanya perasaan parents budak tu.huhu.berat mata memandang,berat lagi bahu yang memikul kan?

Mari kita doakan keselamatan budak tu.mudah2an dia selamat dan dijumpai cepat.
kes ni ada keluar berita kan?budak hilang di seri Alam masai johor baharu.Ada dengar berita ni?



-Sekian Terima Kasih-

11 comments:

Syasya Johan said...

kak,zaman sekarang memang banya kes budak hilang.btw, blogger pun banyak buat entry budak hilang :/

Dieyna said...

kalau ikut paper budak tu baru umur lima tahun.. baru bangun tidur, mengadu lapar, mak dia suh turun belikan mi megi dan telur kat kedai bawah.. lepas tu dah tak jumpa2 dah budak tu.. berita tadi, polis kata siasatan hampir selesai..

Boni JLL3 said...

kesiannya...sama2lah kita doakan agar budak tu akan selamat ye

Nurul Amanina said...

baru baca berita harian tadi. moga budak tu selamat. aminnn

Yana Libra said...

tak tengok berita, tp ada terbaca..kat paper..moga budak tu cpat dijumpai..

Ms Velentine said...

budak perempuan..bikin takut skg ni....

deqla manjew said...

ada dgr berita ni.. nape la mak dye biarkan anak pegi kedai...hurm...tp mende da nk jd kan...cuma doakan anak dye selamat...byk betol kes budak hilang sampai skrg x jumpa2...

Masz Sidek said...

ada baca tentang berita ni... semoga budak tu dijumpai dlm keadaan yg selamat...

Cik Nur said...

Sedihkan..! cik nur pun sensetif kalau bab budak2 hailang ni.. ingt lagi kes nurin tu.. sedih sungguh cik nur rasa..!

moga adik yg hilang tu, di temui dalam keadaan selamat..Amin..!

@ deqla manjew said...

Al-fatihah buat Arwah adik Dirang.. dan takziah buat keluarga Arwah...

etuza said...

YA ALLAH..lindungi dia.jauhkan dia dari sebarang kejadian yang tidak diingini.SESUNGGUHNYA ENGKAU MAHA MENGETAHUI APA YANG KAMI TIDAK KETAHUI.SELAMATKAN DIA YA ALLAH.AMIN~
Apakah yg mereka nak pada kanak2 kecil ni...

COPYRIGHT,DOODLE, AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY ARINA SHAMSUL wink