guest

BEN ASHAARI : BLOGLIST APRIL 2012






Assalammualaikum

Alhamdulillah,saya berkesempatan juga join SEGMEN BEN ASHAARI : BLOGLIST APRIL 2012.Ini adalah pertama kali saya join segmen sebegini dari beliau.terima kasih BEN,sebab menganjurkan segmen terbaik seperti ini.

Memetik kata2 ENCIK BEN ASHAARI "pertukaran bloglist ni mmg berbaloi la .. Terbukti memberi kesan pada blog blog yang baru nak mencari tapak untuk mengembangkan lagi sayap mereka".wow!!Bilamana terbaca kata2 jaminan ini saya pun laju2 buat entri.Ecehhh..tangan ketar2 tahu dak?hahaha..takut tidak sempat woo..hihihi.

Menurut syarat ke-3 iaitu "Jelaskan kenapa mereka patut pilih blog anda ?"
Emmm..bab ini sebenarnya susah nak jawab ni,hehe,tetapi memandangkan ini adalah syarat yang ditetapkan makanya saya kena jawab juga la kan?ihik.Oklah dengan rendah hati saya katakan kenapa kamu patut pilih blog saya sebab:

Entri2 saya insyallah tidak akan menjolok anak tekak kamu.means memualkan pembaca la tu..kekeke.tapi kalau yang pregnant tidak pasti pulak..then cara penulisan saya santai dan bersahaja,namun banyak pengajaran yang tersembunyi di sebaliknya.Eheeee..segan nak cakap tahu dak?ahakss..

So,blogger2 yang lain mari kita ramai2 join segmen ni,lagi ramai lagi meriah kan?hehe.kalau nak join,klik je banner tu ok. :) tak pun klik je SINI

OK dadaaa..
Assalammualaikum :)




-Sekian Terima Kasih-

RAMBUT COLOURFUL?CANTIK ke?nak try boley ?ihik.

Bila zaman makin maju,perkembangan otak manusia juga makin proaktif,kadang2 ada yang berfikir dan melakukan sesuatu perkara melebihi tahap kemampuan sendiri.ish..ish..inilah dunia akhir zaman kan?macam2 yang berlaku.


Tapi saya tidak akan mengupas satu persatu isu tersebut.Saya nak fokus tentang rambut je,wa guna ayat formal gitewww.ahakss!..

Kalau dilihat fesyen2 rambut zaman sekarang macam2 ada kan?macam2 colour ada,kadang2 tu ada yang warnakan rambut ala2 burung kakak tua dah saya tengok..ish2..cantik ke?cantik la kot pada pandangan mata dia.tapi dia tak fikir pun pada pandangan ALLAH macam mana kan?emmm..

Jumpa minggu lepas rambut colour oren,jumpa minggu ni dah tukar colour hijau pulak.kadang2 mencuit hati juga tengok fesyen seperti ini,ini ka yang dinamakan up to date?

Adakah perwarna2 selain inai itu halal?kalau halal sekalipun,dengan mengubah warna rambut kurniaan Allah kepada macam2 colour tu nampak sangat kurang bersyukur dengan pemberian ALLAH kan?Allah dah bagi hitam nak silver pulak.eh? adakah silver?lum jumpa lagi la..hihi.

Mandi wajib pulak macam mana?warna2 tersebut tidak ke menghalang air daripada mengenai dan meresap kedalam anggota kita?kalau sudah mandi wajib tidak sah,macammana dengan ibadah kita yang lain?so mari la kita fikir2 kan bersama.


Bagi saya fesyen2 begini,yang bertentangan dengan perintah ALLAH tidak perlulah up to date sangat kan?setuju?ngeeee.


Awak jangan pulak emo baca entri saya ni,relax je..ambik kopi..hirup2 dan renung2kan..boleh?


senyum skit :)


Kata mama:

Saya bukan ustazah,bukan juga pendakwah,bukan juga penceramah,tetapi saya hanyalah hamba ALLAH yang kerdil dan serba kekurangan yang berusaha untuk menjadi hamba yang terbaik disisi ALLAH.insyaAllah.. :)


kalau mama buat rambut fesyen begini,boleh?pun? hahaha






-Sekian Terima Kasih-

BILA MEREKA SUDAH BERGABUNG...tengok sendiri apa yang jadi..hihi

Hubungan yang sangat akrab antara Alesya dan papa selalu buat mama tersenyum bila melihat gelagat mereka berdua.Alesya yang lincah dan papa yang sappoting selalu buat mama ketawa terbahak2,namun ada kalanya telatah mereka buat mama geram rasa nak gigit keduanya tapi dalam hati ada taman.hihihi.


Awal2 pagi mama selalu kemas elok2 katil dan barang2 yang alesya geledah malam tadi.itu sudah menjadi sebahagian rutin pagi mama,kesimpulanya mama tukang kemas,alesya tukang geledah..tapi selalu mama yang mengalah,mama biarkan barang2 tersebut berterabur selagi alesya belum tidur,sebab dia tidak akan senang duduk bila tengok barang2 itu kemas di tempat asal.salah satunya almari pakaiannya sendiri..anak mama..anak mama..

tengok ni,apa sudah jadi ni..

sekarang beralih ke port kedua pulak..em..em..



Bila papa tiada bersama dengannya,itu sahajalah port yang selalu digeledahnya,namun bila mereka sudah bergabung,maka terhasilah kuasa power rangers yang sangat susah untuk dihalang..apakan daya mama ni ada kuasa sailormoon je,mereka gabung tenaga,sudah tentu mama akan kalah ye dak?haha..


ok,ini rupa katil yang mama sudah siap kemas di awal pagi,kira kemas juga la kan?biarpun tidak seperti kemas cadar hotel .hihihi.






Tengok ni,inilah hasil bila mereka sudah bergabung..kemas sangat kan?hahaha..sebenarnya ada lagi yang teruk dari ini,tapi biarlah mama saja yang tahu camna ruponya..hahaha..


ini gambar candid mereka,bukan mereka sedar pun..ihik..masing2 layan katun masing2 bila sudah puas bergurau.heeee..


Namun bila tengok,muka mereka yang tersengeh2 selalu pandang mama,bila mama stat panas enjin nak membebel,terus ejin sejuk..camna??

Apalagi..mama pun join lah..bayangkan bila sudah 3 beranak bergabung tidakkah power sudah jadi dragon ball tu..hahaha.ish..ish..ish..




-Sekian Terima Kasih-

ADOIiiii....SAYANG,BUAT APA DENGAN MICROWAVE TU?..ish..ish..

Assalammualaikum w.b.t

Hari ini usia puteri mama suda mencecah 1 tahun 3 minggu dan 2 hari.Alhamdulillah,saya panjatkan kesyukuran yang tidak terhingga padamu YA ALLAH kerana masih memberi saya kesempatan,kekuatan,ketabahan dan kesabaran untuk menjaga,mendidik dan membesarkan amanah darimu ini.


Biarpun baru setahun tetapi cergas dan cerdiknya Alesya selalu membuatkan hati kami berbunga-bunga.Dengan telatahnya yang lincah,memang selalu menghiburkan hati kami.bila mama mahu marah,memang sah akan terbantut lah..sebab apa?sebab alesya akan sengeh2 manja sambil menunjukkan lekukan lesung pipit yang menghiasi senyuman manisnya dan akan menunjukkan 6 batang barisan giginya..hihi..tomei anak mama..ihik.muah!.alhamdulillah..

ibu mama yang jadi marah kalau anak senyum begini?

Sekarang ini ada tabiat baru,suka bangun waktu subuh,dia sangat sensitif sebenarnya dengan azan,bila dia dengar azan,dia akan toleh sana sini mencari dari mana bunyi azan tu,mungkin sebab dia lahir awal seminit sebelum azan maghrib agaknya..alhamdulilah.
Handphone papa ada setting azan,so,kalau masuk solat subuh,azan akan berkumandang dalam bilik yang sunyi sepi.so alesya la yang akan bangun dulu,lepas tu dia akan tampar2 mama atau papa,tak kira la,tampar di perut ke,di muka ka,di mana saja lah di suka..haih..anak mama..anak mama..kalau dah besar jangan sesekali buat cam tu!! faham!!

ala mama,janganlah marah..ihik..ihik..

Nak dijadikan cerita,tapi pagi waktu mama prepare breakfast untuk papa,alesya pun join sama,mama biarkan jelah dia geledah sana sini.hobi dia memang macam tu,layan je la,lagipun baik untuk perkembangan otak kan?hihi.bila mama tengah kusyuk buat kerja,entah camna lah mama boleh terlalai.alesya sudah memasukkan kepalanya kedalam microwave.ish2..nasib baik micro tu tak on.lama dah dia berminat nak tahu apa yang ada dalam micro tu,tapi mama selalu menghalang..so hari ini,dia merealisasikan impiannya..hihi..tahniah sayang sebab pandai cari peluang..haha.


lagi satu,Bila kepala sudah masuk dalam,dia menangis la pulak,ketakutan agaknya,ataupun dia nak angkat kepala,tapi terhantuk..mama pun panik sekejap pas tu berabis ketawa..hahahaha.bila mama tarik dia keluar,automatik berhenti,kemudian tersengih2..eeeee..anak mama..anak mama.grrrrrrrrmmmmm!!!!!

adoiiiii kepala alesya sudah pening da..ngeee




Bila mama cerita dengan papa,papa pun gelak sama..nasib baik tidak marah..terima kasih cinta..ahaks.harap2 la apa yang dah berlaku hari ini jadi pengajaran buat anak mama,supaya tidak lagi mendekati microwave tu.hihihi.

Tapi ada lagi satu impian yang belum terlaksana..nak tahu apa?dia mahu tahu macammana mahu buka peti sejuk.selalu sangat dia dok belek2 di sekeliling peti sejuk tu..hihihi.


ok cerita dah habis

pesanan untuk puteri:

Sekarang mama bagi can,tapi besar jangan buat perangai yang pelik2 ye sayang..kalau buat juga,tahu lah apa mama kena buat..ngeee :) -papa mama sayang alesya..love u dear ..muah!!


-Sekian Terima Kasih-

DIA INIKAH YANG DINAMAKAN ULAT BUKU?hihihi..

Assalammualaikum..


korang ulat buku dak?saya tak ngaku tau,sebab apa,saya bukan ulat.haha.saya betul2 nak jumpa siapa yang mencipta perumpamaan ni,nak juga saya interview adakah beliau memiliki buku yang berulat dan kategori apa yang disandang oleh ulat tersebut,comel ke,cantik ,ke hensem(ada tanda soal disitu)haha.selain itu nak juga berposing dengan ulat2 tersebut..dan yang paling glamour nak autograf mereka..akahakhak..adakah?hihi.

Dulu saya ulat buku,tapi sekarang tidak lagi kerana sudah naik pangkat dari ulat buku menjadi ulat online?pernah dengar dak?hihi.lepas ni,dalam proses nak naik pangkat lagi,nak jadi hantu online pulak..ahaks.hati2 la awak..bila saya dah dapat ijazah hantu online ni,saya akan selalu menghantui awak..pulangkan lah..pulangkan..hiiiihihihihi..

ok stop merapu petang2 ni,kita layan gambar mamat si ulat buku ni,
















taradaaaaaa..



hihihi..rajin betul abang ni..kalau dapat boyfriend camni,nak tak..hahaha.



Ini ulat buku ke,apa ni?konfius aku..nak kata study cam pengsan pun ada,nak kata pengsan,tak pasti pulak..hihihi.korang rasa2 dia ni kenapa?terlebih study mungkin kan?ahaks..

Saya dulu study juga dalam library,tapi tiada la pulak jadi camni..ish..ish..paling teruk pun tertidur mulut ternganga je..pas tu sendiri terbangun sebab ada nyamuk masuk mulut,apa lagi tersedak kau!! hambekkk!sapa suru tidur dalam library kan..hakhakhak..

ko pun mesti ada sejarah tu kan?ala taknak ngaku letewww..hakhakhak.


-Sekian Terima Kasih-

Eeee SUSAH BETUL MENGAWAL NAFSU SERAKAH NI..urmm..

Assalammualaikum..




Awak! awak rasa2 mana lagi senang nak kawal?kawal budak2 ke?atau kawal nafsu makan?hihi.kalau bagi saya la kan,kawal budak2 lagi senang tau,daripada kawal nafsu makan.huhu.

Saya sekarang ni,nafsu nak makan kenmain lagi over tau!ahaks..asyik nak menelan je kerja..erk? kejap2 cari makanan,apatah lagi ketika mengadap laptop,kruk...kkrak je bunyi keluar melalui bibir mungil saya.ahakss..banyak kunyah mengunyah dari bersenam..ish2.mana tak gendut dah perut ni.urm.

Risau juga kalau ada pertambahan berat yang mendadak nanti.baru je turun berat 3kg,sekarang membedal makanan tak hengat dunia..macammana?

Perut ni kalau dah lari setting macam tu la kan?hihi.pstt kamu,silakan ajar saya macammana mahu setting kembali nafsu ni..hihi.saya fikir puasa adalah jalan terbaik..
jom puasa jom..hihi.


pesanan:
Awak..
Puasa ramadhan tahun lepas yang tertinggal tu dah qada belum,hihi.baik qada awal2 sebelum apa2 terjadi,hutang dengan ALLAH kena langsai cepat2 tau,sebab kita tidak tahu bila malaikat maut akan menjemput kita..ngeeee...


bye..take care.:)



-Sekian Terima Kasih-

Segmen Tambah Follower Tanpa Blogwalking by MD





Assalammualaikum :)saya merajinkan diri join segmen lagi..ihik.segmen ni dianjurkan oleh MD.(mr.doctor)

Jom sama2 join segmen ni,segmen ni nampak macam seronok tau,tu sebab mama join..hihi.Sesiapa yang nak follower ramai tu baik join segmen ni,bak kata MD"Korang tak perlu blogwalking ke blog lain tinggalkan pesanan "I follow you, follow me back".. Tapi korang boleh main follow-follow terus dalam blog ni."


Macammana?berkenan dak?so apa tunggu lagi..mari join ramai2..

Untuk keterangan lanjut,sila lawat blog MD

Saya Tag:

Ayuni

Cik nur

Cik lavender's




la~la~la~la~..






-Sekian Terima Kasih-

Segmen : WRFW ! (walk,review,follow,win)


Assalammualaikum ;)


Dipetang yang damai ni,sambil2 menghirup kopi dan menjamah pisang goreng baik saya join segmen.Baru namanya 3 in 1 kan?.hihihi.

Segmen ni dibuat oleh adik adibbbb,syarat2 nak join pun senang je,jom ramai2 kita join,lagi ramai lagi meriah kan?


TARIKH TUTUP :
1 MAC 2012

Untuk keterangan lanjut klik SINI


saya tag:

-cik nur
-masz sidek
-eima-caa






-Sekian Terima Kasih-

WAH..HEBAT BETUL..hihihi

Assalammualaikum dan salam satu malaysia..




Pindah.tau kan pindah?tau kan?tapi cuba sebut pindah tu banyak kali mesti boleh menimbulkan kekeliruan.,rasanya macam tidak faham apa itu pindah,bukan pindah je,perkataan lain pun sama.percaya tidak?cuba sebut banyak2 lepas ni,tapi sembunyi skit kang orang sekeliling fikir kamu tekanan pulak..haha.

Apalagi jika kamu sebut sambil tengok gambar marvelous ni.memang senyum meleret la.ahaks..
















Hebat betul mereka ni kan?saya agak2 la kan,ni kes sayang sangat dengan rumah lama ni,tu pasal jadi cam tu.sayang nak robohkan,angkut sekali bawak pindah.hihi

Tapi yang buat aku tergelak,tu pacik atas bumbung tu,apa fungsi dia kat situ tu?sebagai pemberat ke?ke sebagai penahan zink terbang?ke sebagai pengimbang?..ahahahak..ish2,baik turun je pacik,kang tak pasal2 jatuh..tak ke cari nahas namanya tu..haha.yang sorang tu pun sama gak,kan sejahtera kalau duk je dalam rumah tu.ke dah full dengan barang2 juga..konfius2..haha.


Boleh ke buat camtu?kalau boleh saya pun nak try juga,haha.bawa rumah pegi mana2.jimat duit untuk sewa kan?nak2 yang selalu outstatin tu,cubalah cara ni,takyah susah2 sewa hotel,jimat belanja..betul tidak..muahahaha.



Pesanan mama:
wahai kaum adam blog pun blog juga,jangan pulak TERlupa pegi solat jumaat ye.ngeee.Yang kita kaum hawa ni pulak,jangan tinggal2 solat ye,solat diawal waktu lagi baik..ngeee..


bye take care.


-Sekian Terima Kasih-

PERNAH JUMPA TAK IKAN BERSIAR2?NI DIA..hahaha.

Saya bela kucing,tapi tak pernah pun bawa keluar bersiar2,saya hanya membuka pintu kandang dan biarkan dia pergi bersiar2 sendirian,takpe berikan dia sedikit kebebasan..takkan dia nak pegi jumpa kekasih hati dia pun saya nak kena temankan,ya dak?sapotting la sikit..hahaha.

Saya kan tuan yang sapotting,ahaks.tapi kalau anak saya atau adik perempuan saya yang pergi dating.jangan harap boleh lepas.nak dating,suruh lelaki tu datang rumah.dating la korang di ruang tamu bertemankan saya di penjuru sofa..hakhakhak.

Tapi saya salute dengan pacik ni,sangat2 berperi kebinatangan,sampaikan ikan pun dia bawa bersiar2 di bandar.im proud of u uncle..hakhakhak..















Taraaaaaaa..kenal ke pakcik ni?ikan dia tu? kenal?hihihi







Kamu macammana?pernah dak bawak ikan emas korang jenjalan?pegi klcc ke?pegi mydin ke carikan dia baju yang cantik?hahaha.saya tak pernah lagi..dalam perancangan..hikhikhik.


Kata mama:

Kenapa ada sesetengah manusia tidak berperikemanusiaan?sehingga ada yang sanggup membuang dan mendera anak?sedangkan itu adalah darah daging sendiri?huhuhu.bertaubatlah..sesungguhnya azab ALLAH itu tiada tandingan pedihnya.nauzubillahminzalik..




-Sekian Terima Kasih-

Wordless Wednesday# Dia ada ini kamu ada apa?ihik..




Biarpun hanya selipar ini yang mampu dia miliki,namun dia sangat menghargainya..bersyukur lah dan hargailah setiap apa yang kita miliki.Adakah anda setuju?


-Sekian Terima Kasih-

PENGALAMAN PERTAMA KALI BERBEKAM..huh ngeri..ihihik

Entri sebelum ni saya ada tulis mengenai saya pegi pesta layang2 sedunia kan?so saya berbekam pertama kali di situ.yang belum baca kalau rajin leh lah BACA..ngeee.yang dah baca kalau nak baca lagi,boleh saja.jangan tension sudah!bila dah tension,kang tarik2 rambut sendiri kang sapa susah?haha

Memula tu macik tu suruh tiarap,buka baju separuh la dulu.wah?buka baju?korang jangan menyeleweng dari highway ok..highway kena jalan terus takleh u turn!bahaya!ahahak.

Lepas tu macik tu baca2 ayat,tak pasti lak ayat apa,sebab nada macik tu berbisik saja,yang jelas Bismillahhirahmanirrahim je yang sayup2 berkumandang melimpasi cuping telinga saya.hihi.lepas tu macik tu mula la meniarapkan cup tu kebelakang saya,maka berlakulah tindih menindih antara saya dan cup tersebut,saya tiarap atas katil,cup tu pulak tiarap atas belakang saya.haih..semput!haha.

Then macik tu sedut pulak cup tu,bukan sedut guna mulut,gile?tak pasal2 macik tu rebah pengsan ke pangkuanku..haha.dia tarik guna penyedut khas la.tau kan camna cup bekam tu?takkan tak tahu,goggle cepat!ngeee.

Bila dah tarik tu,rasa bertarik2kan belakang badan ,ok cool..tak sakit lah!..ok tahan,padahal saya berlakon je,depan macik tu,kalau lah macik tu takde kat situ,saya dah bengkok sana sini dah tahan sakit..haha.boleh guna ayat bengok begitew?..haha.then rasa gatal pulak,huh,kalau dapat garu memang nikmat lah..haha.

Lepas tu macik buka cup tu..huh lega,ingatkan dah habis,tau apa macik tu buat?dia ambik pisau cukur yang nipis tu,tau kan?ala pisau gellate tu,eh?betul ke spelling gillate tu?dah lupa dah,sebab lama dah tak guna menda tu.uhuk.ok lupakan spelling tu,jilat ke gillete ke,gellete ke,pedulik la,yang penting ko faham,faham dak?hihi..

Waktu tu,mata mama dah membesar 100% dah bila nampak pisau tu.dup dap dup dap my heart you know?haha,dalam hati sudah bermain perasaan,nak tahu apa macik tu buat?hah! dia carih2 belakang saya.huh?bukan carih cam carih daging tu,itu kejam namanya.ini carih sikit2 je,ala sekadar untuk memberi jalan untuk darah keluar bersiar2.kan?jangan takut la,takde apanya..cuma carik cam buat titik2 tu je.pernah belajar dulu kan?waktu kecik2 memula buat titik?hah!camtu lah.hihi.kenapa takut?takyahlah..sedap tau sedap!haha.kan saya dah cakap tadi gatal kan?so bila gatal,kena pulak gitu..sedap la kan?haha.betul..tak sakit.tak caya try.


Bila dah carih,macik tu sedut semula,fuh! terasa nyilu satu badan,terasa sangat darah tu ngalir keluar,tapi relaxla..macik tu ada kat situ.apa2 hal melalak je.haha.bila dah banyak darah ,macik tu buka then lap,tapi apa yang lagi menyeramkan,darah saya dah jadi cam jelly.kental kehitam2an.eeee..geli dak?geli?jangan lah..tu darah saya tau!semua manusia bermula dari segumpal darah juga kan?kan?so jangan kata geli..hihi..ugutan ke tu?bukan..rompakan!ahaks.

Begitulah proses seterusnya,sehinggahlah siap,bila dah siap,takut lak pegang belakang,bekas bekam tu,keras da,kalau sentuh cam ada satu penutup keras di belakang,berbonggol2 lak tu,belakang aku dah jadi grouble daaah.eee seram nak sentuh.sampai rumah tengok cermin,memang cantekkk!! belakang ada corak congkak.kalau dapat nak juga susun batu main congkak sekali,tapi sayang takde lubang.timbul adalah..ikikik.

Sampai pagi hari ni,masih terasa perihnya.mungkin sebab luka sedikit yang dicarih tu kan?memang tidak salah lagi.itulah puncanya tu kan?sebab bila jogging tadi petang bila berpeloh2 tu rasa pedih lak..huhuhu.


Nak rasa pengalaman ni dak?try la,baru rasa nikmatnya berbekam..alhamdulillah rasa selesa satu badan,angin dah kurang,darah kotor pun dah kurang..apalagi yang kurang?banyak..cari la apa faedah berbekam..selain dapat pahala ikut sunnah nabi banyak sangat kelebihan..kalau nak tahu goggle je..ihik..

Tempat mama bekam hari tu,dia cas 1 cup rm15.kalau berkemampuan bolehlah buat banyak tempat.hari tu mama ambik 5cup je,ambik point2 yang penting je..tak berani lagi try satu badan..huhu.dah try ni,insyaAllah nak buat satu badan lak..ahakhak.try la..try la..sangat2 disarankan untuk yang mempunyai penyakit kronik.mama lak banyak angin dan asid dalam badan,mana tak,suka sangat makan seafood and tidur berair-con.lepas pantang dulu pun belasah juga buka air-con.huhuhu.

ok cerita dah habis..babai..take care.jangan nakal2 tau,jangan main hujan..ahaks..









-Sekian Terima Kasih-

PESTA LAYANG2 SEDUNIA PASIR GUDANG.sungguh tidak ku sangka2 begitu pulak keadaanya.

Semalam bawa alesya pegi jenjalan,tidak pulak planing kemana.sampai satu simpang tetiba pulak nampak banner kat tepi jalan ada pesta layang2 sedunia di pasir gudang.pusing stereng, terus menuju kesana.tidak xcited sedikit pun malah hati berbelah bahagi tolak campur lagi..ihik.

Tapi bila sampai di pengkarangan pesta,bagai kanak2 riang saya dalam kereta melebihi keriangan alesya.mama pulak yang melebih dari anak..haha.mana tidaknya kalau nampak sangat2 meriah..entah camna lagi nak cakap..meriah lah sangat.haha.sure heboh pun kalah..ahaks..gerai2 yang ada melebihi 200 gerai kot.takde pulak saya mengira semalam.main agak je.kalau ada yang perihatin sila beritahu.ahaks.

Kami menyusuri lorong2 gerai dengan langkah yang sangat berhati2 untuk memastikan tidak akan terpijak lidah siapa-siapa.manalah tahu ada diantaa mereka yang menjelir lidah tiba2 kan?..hahaha.lorong tidaklah sesak manapun.sebab waktu kami sampai tu,ramai orang sudah memulangkan diri mereka.haha.itulah untungnya datang lambat.terhindar dari kesesakan manusia.hihihi.


Apa yang kedengaran sana sini"lelong2..murah2,yang sepuluh ringgit turun 5 hinggit"wahh..murah tu,macam2 ada..astro tu pun kalah.ahaks.yang bestnya barang2 lebih murah dari harga biasa.siok kan?apa lagi mama pun sudah mula rambang mata.mata kejap kekiri kekanan,keatas kebawah.memang rakuslah waktu tu bagi yang kaki shopping macam saya..haha.

Tapi yang tidak bestnya pulak kawasan berlumpur,hujan kan beberapa hari di sini,susah sikitlah nak pusing2 belek2 barang..hihi.Tapi dalam banyak2 barang tu pun hanya bantal kekabu, 3 pasang seluar,serta 1 helai tudungyang menarik perhatian saya .ngee.guna dak bantal kekabu?ihik.

Jam sudah menunjukkan 9malam.kami singgah satu gerai mengurut.untuk memanjakan diri seketika.ahaks.mama urut kaki,papa berbekam.saya planning nak urut kaki je,tetapi memandangkan macik yang urut kaki saya tu kuat merasuk,so saya pun terasuk untuk mencuba bekam belakang badan.bekan dalam bilik tau bukan open camtu..gile?nak  seperuh bogel situ..hahaha.

Pengalaman pertama bekam memang mengerikan saya..huhu.nanti saya cerita next entri pulak ye.ihik.siap berbekam jam 11.15malam.gerai2 pun sudah banyak yang tutup,so apa tunggu lagi,kami pun menghayun langkah menuju ke kereta untuk memulangkan diri..ihihi.

Perasan dak aku banyak menokok tambah imbuhan yang tiada dalam piawaian?haha.suka2 hati saya je kan?maaf ye cikgu BM.yalah nak balas dendam sikit,almaklum dulu waktu sekolah,langsung takleh buat camtu kan?nak fail?try la..haha.so sekarang bila menulis blog sendiri tiada yang akan menge-fail-kan karangan saya lagi..haha.

maaflah gambar takdek,,lupa tangkap..ihik

oklah cerita dah habis,tunggu entri seterusnya..esok..insyaallah..ahaks.

bye..take...care...







-Sekian Terima Kasih-

KALAULAH SAYA AMBIL TEMPAHAN HEADER,ADAKAH ORANG YANG NAK?ahaks..

Ngeeee..sebelum apa2 jom kita senyum dulu..senyum lah..senyum lah..ahaks.tunjuk sikit barisan gigi kita yang putih melepak ni.hihi,tapi melepak ke?ya melepak la sangat kan?haha.

Cuba angkat sikit bola mata awak tu keatas,baca tajuk tu semula,da baca da?aaa,rasa2 awak la kan?camna?ada ke yang nak tempah dengan mama ni a?segan juga nak promot ngeee..tapi encik husben suka menghasut tau,dia kata cam ni" bagus mama ambik tempahan header,mama kan suka sangat tukar2 header".hihi dia lak yang semput tengok mama,ahaks.so mama pun berfikir,banyak kali dah fikir,tapi masih tidak dapat buat keputusan lagi.ahaks.apa kata awak pulak?setuju dak?hihi

Sebenarnya masih kurang yakin la nak ambil tempahan,sebab takut juga jumpa customer yang cerewet..ahaks.almaklum mama bukan pro sangat pun.boleh lah sikit2..ahaks..header kat atas nu,mama yang buat,apa komen awak?huhu.

Kalau ada lebih 20 orang yang setuju, saya akan ambil tempahan header,tapi kalau tak cukup,tak dapek la nak nolong..hihihi.

So?awak?setuju dak?ahaks..cakap la..cakap la..huhu.




-Sekian Terima Kasih-

ALAHAI..LAMBATNYA LOADING..tapi takpe,selow2 pun saya suka,haha.

Eherm..assalammualaikum..hai awak..

Tadi memula masuk sini,loading header lembab dak?saya tau,lembab kan?.takpe, cakap je,saya sudah sedia maklum.ahaks.saya pun kalau mula2 log in memang slow sikit tirai header tu nak turun,konon nak bagi suprise sikit,(padahal)memang selowww.haha.jadi kesabaran amat diperlukan disini.ding dong..ahaks..jangan menyampah pulak tau.ngee.


Mana tak selow kalau header besar gedabak cenggitu kan?tapi takpe,selow2 pun kita suka..ahaks,yalah hasil tangan sendiri kan,memanglah suka kan?betul kan?kan?jangan cakap tak betul pulak.kang mama acu senapang ke lubang hidung kamu kang..nak?haha..joke ok joke...anyonyonyo.adek manisss,jangan marah adek manis.ahaks.


Perasan dak mama dah dua hari tak update entri?hala tak perasan la tu,kan?ya la sapa la saya dihati kamu kan?hanya sekeping tisu premier dalam gengaman yang menanti masa untuk dicampakkan.ahaks..ayat bajet kesian la tu..haha.kesian lah..kesian la..haha.

Ini semua gara2 edit blog ni la ni,huhu..saya sebenarnya minat sangat dengan design men-design ni,ahaks..walaupun hasilnya tidaklah sehebat mana,tapi bolehlah sekadar melayan minat saya ni,tu sebab,rajin sangat tukar baju blog ni.hihi.Ada hati juga nak bertahan lama satu2 template,tapi memandangkan kerajinan untuk mendesign datang menyerang,jadi saya pun membalas serangan tersebut..hihi.kalau sebelum ni,green land,kali ni nak tema beach pulak..so camna?apa komen?dapat feeling beach juga ke?ahaksss..


Jom main pasir jom..kita lawan bina istana pasir nak?mahu tidak?pas tu kita main kubur kuburan..haha.so bagaimana?ada berani?ahaks..




-Sekian Terima Kasih-

PERUT MERAGAM KE?RAJIN KE TANDAS KE?INILAH PENYELESAIANNYA..ahaks,cam iklan lak..haha.

Hai kamu...senyum skit,sihat?sudah lunch?*lunch apanya da petang ni kan?* ihik,baik pulak saya hari ini kan?siap tanya2 khabar kamu lagi..wah baiknya saya..mbahahaha.orang baik takdenya ngaku baik ok,orang jahat pun takkan ngaku jahat..betul dak?so..saya jahat!saya jahat! so saya dalam kategori apa ? boleh tolong fikir2kan ? hahaha.

Heyy kamu,camna pelaburan hari ini lancar dak?pelaburan means,pelaburan di bilik kecik,faham dak?tak faham juga?pelaburan di tandas la!! kekeke.Tu la dalam fikiran kamu bisnes manjang,tu pasal sebut je pelaburan otak nyimpang ke saham..saham! saham! tapi ni saham juga..saham tarak guna..haha.


Saya nak bagi suggestion ni,sapa2 yang pelaburan lancar susah nak berhenti tu,ada satu penyelesaian yang mudah bagi mereka.takyah susah2 nak fikir nak melabur dimana bila dalam perjalanan.faham ke tidak saya cakap ni?

Aarghhh!!! susah2 camni,katakanlah kalau kamu salah makan kan?perut pulak sensitif,pas tu ceret beret,nak bejalan gi mana2 kan terpaksa berfikir dua tiga kali,yalah mana tau tak jumpa tandas,tak ke kang tercirit dalam seluar..muahahaha..eeeee...kecian si lalat penat mengekori kamu..hahaha..muntah! muntah!..biar kurang sikit isi perut ko tu,ini dinamakan diet tidak disengajakan..haha.


Cirit kan susah nak tahan kan?hahaha.kencing ok lagi,tapi ada juga sesetengah mereka2 ni yang rajin sangat gi tandas,so saya recomenkan tandas dua dalam satu ni..tengok ni.tak rugi memiliki bendalah ni..









Nilah tandasnya nya..





Amacam,tertarik hati dak nak memiliki?takyah susah2 nak berbaris di tandas awam..kahkahkah..lol.*haisshh bersembur aku ketawa.*kurang sopan ke aku?ahakss..

lalala...

PS:Masuk tandas jangan lupa baca doa,nanti syaitan lompat2 atas kepala.

ihik...byye..take care.


-Sekian Terima Kasih-

BEN ASHAARI AJAK BACA BLOG AKU

Ninong..ninong..ninong..eh?BEN ASHAARI???


Tengok..ambulan pun tersetop sekejap kalau tengok muka Abang ben kan?boleh pulak gitewww..ahakss.


Ini first time join segmen Ben Ashaari ni tau,tengok, saya menaip nama ben Ashaari pun dua tiga kali backspace..kejap double S,kejap singgle A,haha.bukan kerana tidak pernah masuk blog dia ni,pernah!!kadang2 tu skodeng dari atas pokok je blog dia tu..haha..tipu lah kalau ada blogger yang tidak kenal si BEN ni,bloger otai yang FAMOUS AMOS ni tak kenal?baik pejam mata je kalau buka blog,kalau cam tu memang sah lah tak pernah jumpa.ye dak?eh?emo ke saya?hahaha..

So,hari ni dalam sejarah,saya nak join segmen ni.sebelum ni,bukan tak sudi join apa2 segmen dari ben,tapi rasa segan lak banyak.ahakss. Tapi hari ni saya dah telan ubat gegat so segan tu dah kurang....haha.

Tajuk segmen?yang kat atas tu lah..yang ni,yang ni"BEN ASHAARI AJAK BACA BLOG AKU"

So,Antara satu sebab ringkas kenapa mereka patut baca blog ini,sebab kalau saya buat entri saya selitkan unsur2 lawak untuk memastikan pembaca tidak bosan.lawak ke?entahlah pulak.tapi yang pasti bila mereka meninggalkan komen,selalu ada "HEHEHEHE"dan "HAHAHAHAHA"lawak la tu kan?ahakss..

Takpe,try baca entri saya yang ni"TEKNIK TANGKAP GAMBAR SENDIRIAN TANPA BANTUAN SESIAPA..cubalah,ihik.." So apa komen?bosan ke?

Jom kita join reramai jom,lagi ramai lagi syok kan?nak join klik INI


-Sekian Terima Kasih-

SAYE PERLUKAN AIR,ANGIN,DAN AIS UNTUK MENYIBAH API AMARAH INI..isk..hulk..sob2..

YA ALLAH,berikan aku kekuatan untuk menahan amarah ini..

YA allah,rasa sesak jiwa rasa sebak dada bila kita cuba untuk bertempur melawan kemarahan kan?nak2 kemarahan tu dah mendaki sampai ke otak..lepas tu pulak beku takat 0 darjah celcius di situ..haih rasa panas,sejuk dan gegar satu badan kan?pernah tidak rasa begitu?saya sekarang ni rasa begitu la..hihi.

Tapi saya sedang bertungkus lumus untuk menyelimuti kemarahan itu dengan memahat senyuman di bibir ketika ini.kamu mengukir kan?saya memahat..boleh?ahakss.biarpun selimut itu sangat nipis dan rapuh,bila2 sahaja boleh terkoyak dan terbakar dek kerana api kemarahan yang sudah menyemarak di dalam jiwa.

Saya perlukan air..bomba!!bomba!! kamu bomba?bukan?ok ketepi..ketepi saya nak cari bomba..uwaaaa..*suara halussss..lebih baik cari al-quran dari bomba kan?bukan ada kaitan pun dengan bomba kes ni*ahaks..


Apa??
Duduk? tengah duduk la ni?
Baring? baru je lepas.
Berwuduk?ok2 kejap lagi.lepas siap entry ni la ye.hanya wuduk yang berani menyimbah api amarah api itu.padam muka ko amarah!!huh!

:-p bluekkkk!! untuk amarah..


jom kita happy2 jom..la~la~la~la~..
Alaaaaaaa........tak boleh la,takde mood nak berjimba jimba.sob2


-Sekian Terima Kasih-

CONTEST HEADER PALING COMEL DAN SMART


Ihik..ihik saya join contest lagi..yepppi..yeppi..rajin pulak saya join contest sekarang ni kan?almaklum hadiah lumayan tu,daripada tidak mencuba baik cuba kan?manatau rezeki..amin~ alhamdulillah..ngeee..

Entahlah,antara confident dan tidak je ni,kalau nak cakap header atas tu comel dan smart tidak juga.ada ramai lagi yang comel dan smart kan?entahlah..belasah je lah kan?mana tahu ada rezeki.kalau menang bermakna penganjur nampak comel la header mama tu,kalau kalah bermakna buruk la tu..ahaks..


jom kita join ramai2..jom..

untuk keterangan lanjut tekan SINI



-Sekian Terima Kasih-

AKHIRNYA KAU KU TAWAN..puas hati aku..hohoho.

Alhamdulillah..setelah beberapa purnama memendam perasaan terhadap engkau.hanya berbekalkan tahap keimanan yang tipis kerana imanku telah diselaputi oleh nafsu yang bermaharajalela dihati.hoho..apatahlagi ke-jeles-an yang menyewa didalam jiwa yang tidak pernah bayar sewa seposen pun, yang memang degil nak halau.ihik..akhirnya kini engkau berada dalam gengaman dan pelukan ku selalu...hahaha..puas hati aku.kau ingat kau boleh lari?ahakss..

Eh?mama cakap apa ni?

Takde,saya cakap dengan benda ni hah!engko duduk diam2 je dulu ye honey bee..ahaks.teruskan je membaca.hihi.saya settle dulu dengan dia ni.saya geram gila dengan dia ni sebelum ni.sombong yang amat.pandang saya pun tak nak.apatah lagi nak senyum.haits..

Semalam 12-02-12.akhirnya dia rebah ke pangkuan ku.sapa suruh bogel2 depan aku kan?hahaha.mengoda je keja kalau aku lalu depan dia.kita yang tidak berliur pun jadik terliur leleh sampai bahu tengok dia.dengan body yang putih gebu dan begitu montok..sesiapa pun aku jamin akan bergegar jiwa kau tahu honey bee..haha.

Apa ni mama?cepatlah beritahu..lama betul la,bosan la nak baca panjang2 gerutu si honey bee..kan?betul kan?ahaks..

ok lah.oklah mama pampangkanlah muka dia ni yang telah mengoda mama seberapa lama ni, hah.ni dia..!!!!
















Rasa2 nak buat apa?nak ikat? nak pukul?nak rogol?eh?bawah umur ke..alamak takleh buat semua tu tau! kes juvana tu.hahaha.


Cik lavender nasib baik colour pink kan?kalau hijau?bibir camna tu?hahaha.
jangan marah CL ye..ihik.



i pad 2 yang dah ada baju,sekarang dah tutup aurat,tak bogel lagi..hahaha.

Lama dah ngidam ni,tapi berfikir nak beli sebab sudah ada samsung galaxi tab sebenarnya.tapi dia ni kuat mengoda.akhirnya saya mengalah..huhu.Dengan alasan galaxi tab tu tak berapa syok nak blogwalking .kecil.lagi satu tak dapat nak scrol kat update entri kengkawan kat dashboard tu..huhu.kan situ ada kotak kecil kan?kena scroll kan?so kalau tab 7.0 tu susah skit..huhu.


Hah! lepas ni enjoy skit saya nak blogwalking .hihi.siaplah sapa2 yang berada dalam senarai BLOGER BEST saya tu.saya geledah rumah korang bila2.haha.lauk pauk yang tak habis dinner tu,baik simpan elok2,kalau tidak..saya ngap..hahaha.p tengok cepat nama sapa ada kat dalam tu..ahaks..


pssstttt!!ada satu rahsia nak gitau ni,kalau nak masuk dalam senarai tu kena rajin2 datang dan tingal komen kat sini.pas tu bila si mama tu dah bekenan,bolehlah masuk situ.apa kelebihan? si mama rajin la juga jengah dan komen entri korang.sama la..adil kan?ihik..tu je,jangan gitau tuan belog ni tau.saya bocor rahsia..haha.sapa yang cakap ni?ni hah budak sebelah kiri ni.ahakss..




cerita habis da..ahaks..
bye take care.semoga ALLAH merahmati kamu. amin~






-Sekian Terima Kasih-

HAISHH..NI TERLALU OBSES DENGAN SAFETY LA NI...hahaha..hampir pitam aku gelak.

Semalam saya dengan family pegi kempas.Nak buat paspot untuk Alesya,ibu dan dua orang lagi adik.plan hari ahad ni nak ajak dorang pegi singapura.aits, orang sekarang sebut singapore kan?takpe aku kekalkan sebutan melayu singapura.sapa pernah tengok cerita melayu singapura dilanggar todak?sapa?kamu?ok! diam2 je.takyah cerita.haha..


Sampai KDN,"bapak ai..",ramainya manusia.
???kenapa bapak?sebab..kamu selalu sebut'mak ai..'kan?so saya sebut bapak ai lak.napa orang selalu sebut mak je?bapak taknak bagi can?so saya bagi can.hahaha.

pusing punya pusing cari parking,huh!berpeloh2 tau!dah 3 kali pusing,alhamdulillah akhirnya jumpa sorang pacik yang sudi mengeluarkan diri dari petak parking.kami pun dengan gelojohnya mengisi kekosongan tersebut.haha

Tung tang..tung tang..ok siap berurusan.tapi papa je yang dapat renew paspot.alesya kena tunggu seminggu.yang lain tak dapat nak nolong..sebab sapa suruh tak bawa surat beranak.yang lelaki pun dorang minta surat beranak juga.pelik!lelaki mana beranak!cuba minta sijil lahir..kan?haha..

kita tak tahu,kalau buat paspot bukan di negeri kelahiran,kena ada bawa sijil lahir sekali.sebab mama buat paspot di sabah dulu tak minta sijil lahir pun.tu yang tak bawa tu..huhuhu.akhirnya kami memulangkan diri dengan kekecewaan.sob..sob..ingat tu,kamu kalau nak buat paspot bukan negeri sendiri,jangan lupa sijil lahir.ok.aiseyman..macam ketua imigresen lak saya...ahaks.

ok tamat cerita disana.ni cerita waktu pulang lak,bapak ai,jem gilak!huh!bersabar...
tapi yang tak sabarnya,ngiongggggggg..kejap2 ngionggggggggg..apa tu?bunyi motor lalu kat tengah2 tu..heh!rasa2 nak je hulur kaki keluar tingkap tu waktu dorang nak lalu.Alesya terkejut tau!*aisey cam lah kaki saya tu kaki HULK kan?ahaks*

Dah la celok sana sini,bawa lak laju2..eee..dorang ni,betul2 tak fikif keselamatan diri sendiri dan orang lain.kan?nah!ambik ko mak membebel tak tentu pasal.hahaha.cuba jadik macam macik ni,biarpun tak berkemampuan memiliki helmet,tetapi ada alternatif lain nak jaga keselamatan kan?








Ni kalau JPJ jumpa ni,boleh sampai tahap keras dan kaku ketawa ni.pas tu terus kaku disitu,tak jadik nak saman..haha.




Steady ko macik,fikir keselamatan sendiri je,takyah tengok2 orang lain..hahaha.stedy rock betul macik ni kan?muahaha.tahniah macik!nge..nge..





Ps: Sentiasa berhati2 di jalan raya.ingat lah orang tersayang.kalau tidak hiraukan keselamatan diri sendiri pun,cubalah fikir orang lain.Cuba jangan hanya pentingkan diri sendiri.ye dak?ngee..
peace..mat rempit!






-Sekian Terima Kasih-

TEKNIK TANGKAP GAMBAR SENDIRIAN TANPA BANTUAN SESIAPA..cubalah,ihik..

Korang pernah mengalami situasi ini dak?
MAHU TANGKAP GAMBAR,TAPI SEGAN MAHU MINTA TOLONG ORANG LAIN.

pernah?pernah kan?baik ngaku.sebelum saya suruh korang telan lidah korang baik korang ngaku.haha.ngaku cepat!!! eh?emo lak saya..sorryyyyyyy..muahaha.almaklum tadi nak terkentut tapi tak terkeluar.sebab apa?sebab terkemut.muahaha..eh!eh!stop! stop! itu bukan mama punya tebiat buruk ok..orang saaaaaana tu!ahaks.


Ok ni saya nak bagi tips ni,kalau korang jenjalan kan?nak tangkap gambar,al maklum kita kan blogger,kalau dah nama pun blogger mesti rajin tangkap gambar kan?ya lah bila buat entri lagi best kalau dibuktikan dengan gambar kan?ye dak?setuju ke?kalau setuju angkat tangan cepat!! tapi silakan cover sikit,sejuk woooo!!




Eh?cerita mama dah menyimpang la,sampai mana tadi?oh, tips kalau nak tangkap gambar sengsorang kan?ok..tengok macik ni




















Taradaaaa....

Mudah kan?hahahaha.





Hanya perlukan keyakinan yang tinggi,kayu dan tali pengikat je pun..haha..salute skit kat macik ni,kerana menyumbangkan idea yang bernas.ok la kan?daripada kita buat selalu,nak snap diri sendiri,tapi besar tangan dari muka.ihik..keke.

Cuba ye,cuba..lau dah sucsess nanti inform mama tau..ahakss..



-Sekian Terima Kasih-

SAYA ADA DUIT RM 6 SEKEPING..rasanya korang belum ada kan?ahaks..

Hari ni hari khamis kan?eh?oh ya betul lah.hari ini saya bangun pagi kerana dikejutkan oleh semangat kerajinan yang berkobar2.bukan berkibar2 ya! itu bendera! ini berkobar2!.ahaks.

Saya pun dengan muka penuh keanggunan mula bangun dengan 100% keyakinan.haraf maklum, muka baru bangun dengan rambut tak bersisir dengan tahi mata yang menengek di tepi mata itu adalah anggun tahap bulan bagi saya.hahaha.sapa2 nak kelihatan anggun dimata saya silakan lakukan sedemikian rupa.muahaha.eh! jangan!jangan! tu tebiat buruk tahap kerak bumi tu!..ahaks.

Setelah siap menyempurnakan apa yang patut, saya memulakan aktiviti pagi dengan mengemas rumah.bilik tidur adalah ruang utama.buka laci, sorong laci,akhirnya saya jumpa duit rm1 separuh.."em,ni sapa punya kerja lah ni,ni mesti kes tak jumpa tisu ni,tu sebab duit ni jadi mangsa terpaksa jadi tisu.kalau kaya sangat takpe juga"ahaks.*sila jangan percaya duit itu saya jadika tisu.padahal, jumpa tepi jalan.pungutt...dengan harapan jumpa lagi separuh*hahaha.

Ok,ruang seterusnya di living room.Buka laci,sorong laci juga,"aik?ada duit rm5 separuh pulak?sapa punya kerja la ni,suka koyak2 duit.haih..dasar kaya raya!

Akhirnya saya yang penjimat ini,ahaks.. dapat satu adea....apa kata saya.....















Cantumkan duit2 ini..menjadi ini








tadaaaaaa....



So,inilah hasilnya..hahahaha.



Rasanya duit ni boleh beli i pad tak?muahaha.


Pssssttttt!! jangan lapor dengan bank negara malaysia ok..ahakss.


pantun untuk kamu:

Bini wak porjo orang uganda,
tarikh paspot sudah hampir tamat,
jangan sia2 kan duit anda,
jangan boros,amalkan berjimat cermat.

hihihi bye..bye..take care.


-Sekian Terima Kasih-

WORDLESS WEDNESDAY # UWaaaa..Saya mahu masuk rumah ni..di mana?di SABAH.



Apa yang ada di fikiran kamu?

real! bukan edit tau!


-Sekian Terima Kasih-

MAHU MAKAN MINTA IZIN! LAPAR BERITAHU!!! tidaklah jadi begini!!haish,

Eherm..saya nak tanya kamu ni,bila tengok muka saya,rasa2nya muka saya kategori mana?muka baik ke muka nakal?haha.dua jawapan ni je yang ada,yang lain tiada dalam piawaian.haha.

Ooo..saya tahu..saya tahu!! muka saya muka baik kan?kan?muahahaha.ala muka je pun,tu pun kamu tak puas hati ke?ok fine! saya muka jahat!saya muka jahat! ok?puas hati?ahakss.

Tidakkah terdetik di dalam hati sanubari kamu,kenapa lak mama ni buang tebiat ke hapa tanya2 camni?ahaks..ok2 cerita sebenarnya begini,tadi saya tengok tv, cerita tentang budak2 sekolah.ada budak perempuan tu,dia nakal tapi dia baik.macam saya juga.muahaha.ko tak puji kan?so saya puji.jangan mual pulak.salahkah?tidak kan?polis tak tangkap kan?haha.joke ok joke.tak boleh ke?ok fine! ^______^

So tetiba juga saya teringat zaman persekolahan yang diwarnai dengan memori manis bak hempedu.eh?salah pulak bak madu.haha.

Salah satunya.naik bumbung hostel semata2 nak makan mangga.kesian pulak, kalau ingat sedih tau!..tengok! tengok ! air mata dah mula bergenang ni hah..tidak apa,akan ku teruskan jua..ihik.ini kisah waktu saya form 3.saya tinggal hostel.almaklum budak hostel selalu kebulur kan?haha.ala budak hostel mesti tahu lah.so satu malam jam 12.30am.lepas study ,kami mark satu pokok mangga sebelah ruang menyidai pakaian.situ port baik punya.lengang..haha.

ok,saya yang panjat dulu,kemudian kawan sorang lagi,dibawah pun ada dua orang kawan lagi tukang punggut mangga yang kami lempar ke bawah.tengah seronok memetik tetiba...
HOI!!! TURUN! TURUN!! tau sapa?warden la!! haha.habislah kali ni..memang habis.sudahnya saya salah sorang pengawas asrama waktu tu.haitss..

saya suka melukis,tetapi inilah hasilnya..hahaha..

Saya turun. muka pucat.darah pun tak berani ngadap muka warden waktu tu.kecut perut.kencing?nasib baik kencing pun tak lalu.manakan tidak semua kecut.terkemut kemut hahaha.lol.eh!tidak!tidak! saya steady lah..ahakss..

Saya pandang muka warden."Kenapa kamu panjat mangga!!tengah malam pulak tu!!!kan cikgu cakap tunggu masak mangga tu!!makan sama2!!kenapa kamu degil??!!.Huh..jiwa bergetar,kaki bergegar menahan leteran cikgu..haih! kalau diingat kembali sakit hati tau!!kenapalah saya tidak menjawab"kami lapar cikgu"..haishhh..benggap betul!! hah! marah ni..marah..aisey....hahaha.lol.

Semua mulut terkunci,almaklum semua rasa bersalahkan..diam je lah.menjawab kang menangis pulak cikgu tu.menyesal tak sudah..haha.haits..boleh pulak gitu??ihik.

Malam itu kami didenda,tahu apa denda?kami diarahkan baring di rumput depan bilik warden tu,lepas tu renung bulan sampai jam 2am..hahaha..bestt wa cakap lu...sapa pernah rasa??best kan?best kan?hahaha...


Nanti warden tu,kalau saya jumpa lagi, saya cakap dengan dia kenapa..biar leleh2 air mata dan hingus dia dengar cerita sebenarnya..hahahaha.

Pesanan:kalau lapar terus terang.jangan malu2,jangan segan2..kang sendiri yang kebulur..ahakss..

bye..take care.:face64:


-Sekian Terima Kasih-

COPYRIGHT,DOODLE, AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY ARINA SHAMSUL wink