guest

SEGMEN KENANGAN RAMADHANKU.

ASSALAMUALAIKUM..

ALHAMDULILLAH..


segmen


Sebelum tu,untuk pengetahuan,biar la pun ko tak tanya kan? saya nak cerita juga,nak cerita juga!hahaha saya mula puasa penuh ketika berumur 9 tahun.Yang sebelum2 tu puasa yang2 yok saja.

yang2 yok tu ko tahu kan?ke tak tahu?nanti tanya la ye kalau ko tak tahu .sekarang ni saya anggap ko tahu je la ok?ngeee.

Peristiwa ini berlaku ketika saya  berumur 8 tahun setengah perpuluhan 3.cuba kenon ko tulis dalam angka boleh ke tak? Saya confius,tu yang tak tulis angka tu..hahaha.


Al-kisahnya.

Sebelum subuh mak dah kejutkan,tapi mata kelat2 pisang pulak nak buka .so kalau dah gitu pesennya,tidur semula lagi sedap la kan?jadi saya buat2 tidak dengar saja la mak kejutkan.Tapi dalam hati besok nak puasa sebab nanti kawan2 kutuk pulak sebab tak pose kan?jatuh mencurah2 lah air muka saya mengalir ke ladang gandum.mana saya mahu kan?..haha


30 minit selepas azan subuh rasanya,
saya mengerahkan tenaga untuk bangun juga.selepas azan tu....tak pernah2 di buat orang sahur selepas azan subuh.tapi pada fikiran saya waktu tu,selagi tidak nampak matahari selagi itu boleh makan sahur.almaklum  budak2.jahil pun jahil juga,tapi tidak la jahil sangat kan?haha.

Saya keluar dari kelambu,tetapi cahaya terang  sudah menembusi ruang rumah.Cepat2 saya tutup mata,jalan kedapur teraba2 la,tapi jalan tu dah hafal lah kan?rumah sendiri katakan..ngee..

sampai dapur saya buka sebelah mata,itu pun cukup2 untuk nampak periuk dan piring. saya laju2 senduk nasi dan laju2 juga simbah nasi dengan kuah sayur.laju2 lagi pulak ambik air,kemudian saya pejam mata rapat2 semula.kendian jalan cam orang buta tu menuju dalam kelambu.nak makan dalam kelambu.

ko tahu kenapa saya pejam mata dan makan dalam kelambu?

Supaya konon saya tidak nampak cahaya matahari.kelambu dulu2 kan kain lembut tebal tu,kalau duduk dalam tu,gelap sikit,sebab kalau makan di luar,kang nterserempak pulak cahaya matahari kan?kang tidak sah pulak makan sahur nya,hahaha..sangat2 bertuah punya anak!! chaits!

Alhamdulillah..dah siap sahur pun anak emak bertuah ni.dah boleh berlenggang2 le kedapur cuci piring,dah tak risau2 dah nampak matahari,almaklum dah siap sahur katakan..hahaha.

Jam sudah menunjukkan 3 suku petang.cacing dah main ting-ting dah dalam perut.waktu tu air liur leleh je lebih,haih,risau juga,kawan kata kalau telan air liur banyak2 batal pose.(padahal)haha.
So,macammana ni,dan tiba2 menyelinap satu idea ke ruang tamu fikiranku.

Mesti ko nak tahu kan apa idea tu?
Sabar la,nak cerita la ni,

saya cari satu lubang di lantai rumah,lantai papan mesti ada lubang punya lah.cari punya cari alhamdulillah dah jumpa.saya meniarap tepi lubang tu,kendian saya ngangakan mulut ke lubang tu,ok lepas ni air liur ngalir sendiri dah,takyah menjalankan aktiviti ludah meludah lagi..horeyy!! pintar tak saya?muahahaha..


Last2 tertidur kat situ sampai lah kedengaran suara mak kejutkan.time tu memang rasa pelik juga kenapa mak ketawa terbahak-bahak.buat lawak ke saya?bersalah ke saya?tapi saya sengih2 control comel je la tengok mak ketawa camtu,rasa tak puas hati pun ada juga.hihi.tapi saya sengih je la,saya kan anak baik.cukuplah hati senang melihat senyuman dan gelak tawa mak tersayang kan?.aisey..hahaha.bajet baik kunun..cisss!!!

Tapi kini saya dah tahu kenapa mak ketawa waktu tu..itu semua adalah kerana MEE MAGGI..EH? apa kaitan..hahahaha.

Ko tahu kan kenapa mak ketawa...hihhihi..

Sekian kenangan ramadhan pertamaku :)


nak kongsi kenangan ramadhan kamu juga?jom join segmen KAK DAYANA ni :)






-Sekian Terima Kasih-

FREEBIES DOODLE FRAME LOVE


ASSALAMMUALAIKUM..


ALHAMDULILLAH :)


DOodle frame love konon2 fall in love lettew..ahaks.
Sebenarnya doodle ni menang muslimah miss world,tu yang tangan jadi camtu tu,konon2 la.haha.
tapi,adakah muslimah miss world?
hehehe..
sesuka sesuki hati ko je simpan tajuk kan?
ngeeee..

follower ku sayang kalau suka Ambik la ye :)








ps: jangan mengubah bentuk asal dan mengaku milik doodle ini :)
 thanks :)




-Sekian Terima Kasih-

FREEBIES DOODLE KENYIT2.hehe.


ASSALAMMUALAIKUM..


ALHAMDULILLAH :)


Kenyit2 ok..ada yang terbaca monyet2 ke tadi?haha.

Khas untuk follower blog ini sahaja,yang bukan follower kalau nak, kena follow dulu la ye,adil dan saksama.betul? :)

Nah sayang2 mama ambik le..:) enjoy ..











Sengaja mama bagi kosong signboard tu supaya korang boleh conteng sendiri apa yang korang suka :).


Selamat menconteng-conteng :)


PS: jangan diubah bentuk asal dan jangan  mengaku milik :)







-Sekian Terima Kasih-

CARA NAK KECILKAN SAIZ BANNER GSF

ASSALAMMUALAIKUM :)

ALHAMDULILLAH..


Bila saya terjah blog2 GSF ni,rasa cam serba salah pulak tengok banner2 yang besar gedabak menari2 di blog mereka tu...hihihi..so mama ajar korang camna nak kecilkan banner2 tu ye sayang2.sebenarnya mama pun baru juga berjaya mencipta koding ni.so banner mama tu hah,dah comel momel kan?jadi sebelum ada yang tanya, mama bagitau la ni..hihihi.


ok korang just tambah koding ini style="width: 120px; height: 140x;" ditengah2 <img dengan src=

 Contohnya :

sebelum ditambah

<a href="http://wardahilmu.blogspot.com/" target="_blank"><img src="http://i.imgur.com/GEYCn.gif"  border=0 /></a><br />


selepas ditambah:

 <a href="http://wardahilmu.blogspot.com/" target="_blank"><img style="width: 120px; height: 140x;" 
src="http://i.imgur.com/GEYCn.gif"  border=0 /></a><br />


Ok,dah siap..mana2 banner yang kamu nak copy kalau nak kecil kan atau besarkan saiz banner tu  just buat cara ni je ok ?

tapi yang paling penting kalau kamu nak kecil atau besarkan pastikan banner2 mereka tidak senget dan penyek ,macamna caranya?

begini, kalau saiz banner asal 160(L) x 180( p) dan korang nak kecilkan,so korang kena adil dengan keduanya.maksud, kalau kamu nak tukar lebar 160 tu ke 140,maknanya kamu dah buang 20 kan?so panjang banner pun kamu kena buang 20 ok ?faham tak?ini untuk mengelakkan banner jadi tak penyek atau memanjang :)


faham tak? kalau tak faham,baca dua 3 kali ok..kalau tak faham2 juga tanya la mama :) ngeeee..

GOOD LUCK :)

oh lupa nak bagitau,saiz banner mama sekarang tu,120(L) x140 (P)









-Sekian Terima Kasih-

KISAH BENAR AKU DAN ULAR.

ASSALAMMUALAIKUM..

ALHAMDULILLAH




Al-kisahnya

Ketika ini masih lagi di bangku tadika,umur lima tahun dan masih menyusu botol.ko jangan cuba2 nak gelak,sebab ko gelak sampai terkentut2 pun saya maintain comel dan gebu.hahaha.

Betapa yakin nya diriku dengan botol susu terpacak di mulut yang munggil sambil duduk di beranda rumah pakai baju kembang sepiring,dengan kaki berjuntai2 sambil memerhatikan pokok belimbing dihadapan rumah.cuba ko bayang..pejam2 mata kalau boleh.pas tu terkemut kemut dan tarik nafas kemudian hembus laju2..hahaha.boleh?


Korang tak tahu kan apa yang saya sedang perhatikan...baik la,saya akan bagitau anda,eh,takpe ke saya guna ayat skema ni?almaklum kalau budak baik,pesen ayat camni la.hahaha.

Saya tahu ko cebik bibir kan?bila saya mengaku budak baik tu kan?kan?ala takpe..saya tak marah ...perasan pun kenon saya..hahaha.ptuiiii!!

Ok2 sambung semula,dengan mata yang berkelip-kelip,Separa comel,
saya perhatikan ular yang bermastautin di pokok belimbing tersebut.rasanya baru kawin dan sedang honeymoon kot ular2 tu.sebab saya nampak ada dua biji telur kat situ..eh?
telur ular okey..bukan ular punya telur..ko jangan cuba2 melencong.hahaha.

Tetapi waktu itu saya langsung tidak memikirkan soal mereka sedang honeymoon,sebab ,saya kan  budak lagi,mana boleh fikir honeymoon lagi kan?hikhik


Perlahan2 saya mendekati pokok tersebut,dan berlaku lah perbualan syok sendiri saya dengan ular itu.kenapa syok sendiri?kan ular tak pandai cakap,syok sendiri la kan?ahaks

(VERSI SABAH)

Saya:Ular! ini pokok belimbing kami tau,bapa saya yang tanam pokok ni kau tahu ka?.mana boleh kau suka2 tinggal di sini.

Duduk mencangkung menanti jawapan dari ular,namun ular tidak juga kelihatan.kemudian bersuara lagi

Saya:Ular!ko dengar ka tidak saya cakap ni?Ada kah bapak sama mamak ko di dalam?apa kamu buat?tidur ka?

Berdiri pulak sambil gentel2 puting botol susu.sambil memerhatikan lubang ular tersebut.kemudian bersuara lagi.

Saya: Ular! kamu sudah makan kah?apa lauk kamu?kamu pandai makan belimbing ka?masam kan belimbing ni.tapi saya suka makan tau!kau macammana?suka juga ka?

Semakin banyak persoalan diajukan,namun sang ular tetap sunyi sepi dan tidak mengeluarkan diri pun.betapa sombongnya si ular.Selepas berdiri mencangkung pulak,kesian saya.. begitulah seterusnya sehingga kedengaran suara mak mterpekik terlolong.laju2 saya menoleh.kemudian bersuara


Saya:ok mak kejap lagi saya datang.

Kemudian menoleh ke lubang ular dan berkata

Saya: Ular! emak saya panggil sudah.kenapa ko tidak mahu keluar?ko tidak pakai baju ka?ooo..saya tahu mesti ko tiada seluar kan?hahaha ketawa konon budak kecik tu sendiri selepas cakap camtu dengan ular begitu.tengok nampak sangat SS kan?haha..kecian..

Mata melilau mencari sesuatu lalu ternampak sehelai sampah plastik keropok di bawah pokok betik kemudian saya pun segera mendapatkannya.dan lari lintang pukang semula menuju pokok belimbing.kemudian berkata


Saya: Ular! nanti ko suruh mama ko buat plastik ini seluar ko ah,lepas tu ,boleh sudah ko keluar,tidak sudah ko malu kan?jangan lupa ok! mama saya panggil sudah.

Jari cepat2 memicit puting botol susu,konon nak perah susu tu sedikit,nak bagi si ular.pandai pulak tu pesan"ular! saya bagi ko susu saya ni,nanti ko rasa ok,lemak2 manis tau,cepat ko keluar,nanti kering,cepat2 ko jilat tau.nanti ko tidak dapat rasa,bye2 ular..."


Kemudian lari berpagar saya tinggalkan ular dan pokok belimbing tu.nasib baik tak tersadung..hahaha.


Cuba ko tengok,gigih tak gigih saya nak berkawan dengan ular tu,pastu langsung tak terfikir pun bahaya.almaklum budak2 kan.mana berfikir sangat kan?kang fikir banyak2 kang,kawan2 panggil doktor pulak..takpun saintis..tu yang malas tu..hahaha.chait!


So apa pengajaran yang korang dapat?ada tak?hihihihi.


pesanan:sebenarnya entri kisahku ini,ku persembahkan untuk menyertai  segmen Konspirasi Blogger Kreatif | Selendang Merah dan Ain Dzaya.Aku juga telah ditag dengan kejamnya oleh pacik boni.haha.terima kasih pacik boni kacak :)

So dengan kejamnya juga aku nak tag 

SEMUA family GSF..jom ramai2 kita kasih gempak..hihi.









-Sekian Terima Kasih-

SUPRISE HEADER UNTUK ...SCC

Assalammualaikum..

Alhamdulillah..


SUPRISE HEADER untuk snicker celop-celop..hihi.Nah dear :) ambik la..ikhlas untuk kamu :) haraf kamu sukakannya :) dan haraf2 ianya membantu :)

Actually saya terbaca entri kamu yang ini  hukhuk.. :)

Sayang2 mama yang lain sila jangan cemburu tanpa bayang ok..hahahaha.karang nanti kita buka pose sama2.dengar azan je,terus buka tau..so itu bermakna kita berbuka sama2 la tu..hihihi..


 kalau nak copy klik pada gambar,then tunggu background jadi gelap.itu adalah size sebenar header :)

SEKIAN :)

SALAM RAMADHAN :)

take tau :)



-Sekian Terima Kasih-

GEMBIRA ! GEMBIRA! HAPPY!..ALHAMDULILLAH..

ASSALAMMUALAIKUM..

ALHAMDULILLAH..


Saya nak kongsi kegembiraan ari ni boleh?hihi.ko tak tahu lagi kan saya ni kalau dapat satu2 barang memang excited tahap gorila punya.entahlah dah memang pesen camni dari kecik.hahaha.

Apa yang gembiranya Alhamdulillah..semalam i pad 2 mama terjual sudah.jual murah2 je rm900.tu pun jual dengan kawan,sebab jual ko mesti nak tahu kan?ala tahu dah hati ko mesti tengah berkobar2 nak tahu kan?..>_<.
aisey taknak ngaku lettew..

Ok2 saya gitau okey,kalau nak tahu teruskan baca,taknak tahu gi makan cekelat sana.eh! pose ke?soriii..ngee

Sebabnya..Saya dah dapat hadiah NEW ipad dari suami tercinta..alhamdulillah. keluaran baru tu yang ada HD,kalau yang sebelum ni takde HD kan.Tu je pun bezanya dengan ipad 2,lebih sikit je new ni,So korang jangan memandai  nak ugut bapa atau suami2 korang supaya beli new ipad tu ok.Kang ko siap bawa hanjing gilak pulak suh gigit montot dorang tu kan..takmo..takmo okey! hahaha.terbayang pulak..umph..T___T

 Lagi pun i pad 2 mama sebelum tu,wifi je,
tak dapat nak 3G,so kali ni dah punya keduanya.Sebab tu juga kot suami belikan baru ni,sebab selalunya kalau kemana2 asyik kidnap hp dia je nak online free..haha.
Dengan adanya 3G ni,alhamdulillah.dah boleh ajak kemana2,dan yang paling penting online setiap masa.alhamdulillah..

Terima kasih tak terhingga untuk suami..uhuk.lap hingus boleh?ke biar je leleh..hahaaha..eeeeeeeeee..

Ok la,takmo cerita panjang2 lagi la,kang makin terasuk pulak ko nanti kan.hahahaha..

ko jangan ingat itu tangan mama pulak..haha.


PESANAN:
Bukan menunjuk tapi sekadar nak kongsi kegembiraan.kang gembira sendiri habis atap bumbung jiran2 ni ranap saya kerjakan..hahaha.boleh ke camtu nak tunjuk kegembiraan?muahahaha.
kan pesen gorila kan?camtu la sesuai kan?hahaha.


SEKIAN..take care tau :)


-Sekian Terima Kasih-

Segmen Ayu : Saya Blogger Dari .......


Assalammualaikum

ALHAMDULILLAH..


Hari ni baru berkesempatan nak join segmen si AYU ni .maaf ye yu lambat..almaklum ko tau la kan PM memang macam ni..haha.









Saya blogger dari Sabah.itu negeri kalau daerahnya di tuaran :). 45 minit je dari kota kinabalu.tapi kini saya pemastautin di Seri Alam pasir gudang johor baharu :).Dah 4 tahun bemastautin kat johor ni.hukhuk.

Saya tag semua pembaca entri ini :) ngeeee..
nak join klik banner ye dear :) tak pun klik je nama ayu nun kat atas tu :)









-Sekian Terima Kasih-

APA? KO HENGAT KO HEBAT??

ASSALAMMUALAIKUM...


ALHAMDULILLAH..


Ini kisah waktu mama budak2..tapi tak pasti umur waktu tu berapa,yang pasti hingus masih meleleh lagi dan ofkos lah dah pandai lap guna tangan kiri dan kanan.masa tu tisu memang tak pandang.almaklum budak kampung.tisu pun guna area leher baju tu je..hahaha.

Bila namanya lap guna tangan,Sudah tentu hingus akan merebakkan diri ke pipi yang gebu kemudian bila dilapisi oleh segerombolan debu2 yang berterbangan akan meninggalkan kesan blusher yang kelabu di pipi.hahahaha..ko jangan berani cakap "eeeee" mama acu juga senapang ke lobang hidung ko tu kang.dulu engko pun buat juga kan?hahaha..joke ^_____^


Duduk di bawah pokok kayu jati yang rimbun sambil tangan memegang ranting dan menguis2 tanah.sesekali menge-mop hingus yang bertebaran dipipi.ofkos guna baju la kan?tapi bukan bersih ok,bertambah comot adalah,kan sambil pegang tanah..

Tu sebab kawan kata" (versi sabah.) hihi



KAWAN:Ina ko tinguk hingus ko hitam2 sudah..eeeee..

MAMA: Alahh..ko pandai cakap jak..padahal ko pun sama juga.ko jilat lagi hingus ko tu kan?..eeeee..

KAWAN:Sedap bah! masin2 siiiiikit..sikit jak la..kenapa hingus ko manis ka?


MAMA: EH! KO NI! Mana ada saya jilat hingus saya ko jak tu yang begitu.PENGOTOR!(padahal sama je pun..hahaha)

kawan tetiba menangis..mama selamba je,dalam hati"siapa suruh,ko tu yang mula dulu".aktiviti menguis tetap diteruskan.haha.

Kawan bersuara lagi

KAWAN:Saya bagitau bapa saya.bapa saya ada parang panjang tau..

MAMA:  Bapa saya pun ada juga bah..

KAWAN: Bapa saya ada senapang boleh bengkok tu,bapa ko ada?

MAMA: Tiada! tapi saya suruh bapa saya panggil polis bah!

KAWAN: AH!! nanti saya suruh bapa saya panggil askar..neyyyy..mana boleh polis lawan askar..dorang kuat,ada senapang banyak sama kereta kebol..

MAMA: Ko bawa askar? mati jak dorang tu semua oleh OLLOH neyyyyyy!! dapat ko lawan?dapat ko lawan? semua pun orang OLLOH boleh kasih mati tau.kau pun OLLOH buleh kasih mati..neyyyyy mati kau!.
(OLLOH merujuk kepada ALLAH ok..)


Kawan pun nangis lagi teriak2 pulak kali ni..mama apa lagi lari lintang pukang la,kang tak pasal2 mak dia datang,camna nak jawab tu..hahaha.

haih kawan mama tu memang cenggeng punya orang.sikit2 nangis.cara dia kalahkan lawan nangis je la..hahaha..


Mama tak jahat kan? tak jahat kan?hahaha..




Pesanan:Ingatlah ALLAH dalam apa jua keadaan,dan didik la anak2,Adik2 serta saudara2 kamu yang lain betapa agung dan berkuasanya ALLAH.Tiada kekuatan melainkan kekuatan dari ALLAH :)


SALAM JUMAAT SEMUA :)

sekian.






-Sekian Terima Kasih-

KORANG TAK TAHU KAN?SEBENARNYA ADA LAGI...JENG..JENG..JENG..

ASSALAMMUALAIKUM..

ALHAMDULILLAH..


Suka citanya saya nak sambung tajuk entri diatas "korang tak tahu kan sebenarnya ada lagi......." banner yang saya tak publish"..jeng..jeng..jeng..milik siapakah? hehe.


Saja nak publish sikit2,supaya korang datang lagi sini jenguk mama sambil bawa apple kan?ada bawa tak?hahaha.

Almaklum emak2 selalu betebiat camtu,nak je perhatian dari anak2 kan?ibarat aku ni la mak,engko tu anak..boleh pun?hahaha.ok,mak nak sebijik kereta ferrari dan sebijik lagi bungalow 4 tingkat ye nak.mak nak malam ni ok? colour pink jangan lupa...hahaha.Ada ke mak yang betebiat cengitu?hahaha..


Kebetulan mak gi pasar tadi,ada pulak orang jual banner ni,mak rembat la empat biji,konon nak bagi 4 orang yang bertuah ni..tak tahu lah mereka suka ke tak..kita tunggu je la...awekekeke.


http://i.imgur.com/xScQv.gif


http://i.imgur.com/S3TVY.gif


http://i.imgur.com/eHYCb.gif




OK la..mak nak cau dulu nak goreng ikan,bapa engko pun tak mandi lagi tu...nak mandikan kejap..hahaha.

Babai..jangan lupa tau pesan mak,malam ni ferrari sebijik dan bunggalow sebijik.ala dua bijik je punn..eh? hahaha.

PESANAN:ini mak tau bukan mama,awekekeke..













-Sekian Terima Kasih-

AKU SUDAH JADI SUSU CAIR..SUPRISE!!!

ASSALAMMUALAIKUM..


ALHAMDULILLAH..


Cair melimpah-limpah hatiku ,pabila melihat kesungguhan mereka berdua ini.Biarpun hari tu mama tak buatkan mereka banner namun mereka tetap juga menampakkan kesungguhan yang ada demi menyokong aktiviti GSF.

mama tak buatkan mereka banner hari tu,sebab mama tak terima email dari mereka.rupanya mereka sibuk dengan hal masing sehingga terlepas entri mama tu.tu pasal mereka tak hantar email.betul ka? ngeee.

Komen inilah yang menambahkan lagi kecairan hati mama sehingga menjilat jari..huwaaaa..mama memang tak boleh la..hukhuk.

Saya berminat dan setuju dgn syarat2..,tp sy tkde banner..huhuhu bina badan jelah.
Tp sy akan bg sokongan padu dan jitu untuk meletakkan semua banner kawan2 d blog saya...semua okey... Jap2 jap2 kena pikir ni cmne nk susun.
Aine Ainun said... 
 Mama...
AA xde banner la...
Nama AA da termasuk tu






Jadi sempena hati mama mencair ni,mama nak bagi suprise la kat korang berdua ye..

tadaaaaaa....



http://i.imgur.com/huEF4.gif


http://i.imgur.com/XuF0z.gif

sapa punya banner ni ambik cepat! sebelum hati mama beku semula..haha.


Harap kamu suka banner simple ini..hukhuk..


sekian.






-Sekian Terima Kasih-

SENARAI PENGILIRAN BANNER.

ASSALAMMUALAIKUM..

ALHAMDULILLAH...


Seperti yang saya janjikan hari ini saya akan umumkan senarai pengiliran banner mengikut turutan komen di ENTRI INI"

So,ini adalah senarainya.

3.Wanieys 
10.cendol
13. etuza

Cuma ada 27 ahli yang datang komen.yang lain? bz kot..atau kurang berminat..:)
ok pengiliran ini akan bermula petang ini.

Caranya -caranya

Copy kod banner 3 ahli yang terawal dan letak di blog kamu.simpan la mana2 tapi jangan la main sorok2 lak ye..ngee.selepas 3 hari tukar lagi dengan 3 ahli yang lain pulak,begitulah seterusnya pengiliran berlaku.

Masa minimum adalah 3 hari,namun itu terpulang dengan pemilik blog,mana tahu dia nak 1 bulan publish banner kamu tu kan? beruntung la ..hehehe.

Contoh

Hari ini saya letak banner Arina Shamsul,Misya Mialen danWanieys .Selepas 3 hari saya gantikan banner mereka dengan banner Cik Penguin_Solehah,Rohani Hashim dan Si Matatajam 
begitulah seterusnya.bila sudah sampai yang last..ulang lagi..:)

ada faham disitu?ngeee..

Tapi tiada paksaan ok..kalau korang dah bosan tempek2 banner ni,dan nak tarik diri,maklumkan dengan mama ok :) nanti mama buat penyelengaraan semula :)

sekian..

 



-Sekian Terima Kasih-

FREEBIES DOODLE CONTENG SENDIRI.

ASSALAMMUALAIKUM..


ALHAMDULILLAH..


DOODLE INI KHUSUS UNTUK FOLLOWER BUNGA HATI MAMA SAHAJA.Yang bukan follower kalau nak,FOLLOW la dulu baru leh ambil..senang dan adil kan? :) ngeeee..


Nah freebies doodle Conteng sendiri,nampak tak si bunga pegang banner kosong tu?hah! korang isilah apa2 ayat yang korang nak tempek kat situ.seperti"JANGAN BERTINDAK BUAS DISINI ke,"INI BLOG AKU SILA JANGAN MENANGIS DISINI ke, alah pandai2 korang la ye..jangan tulis yang berunsur negatif sudah!Kang mama pulak kena tempias,tak pasal2 mama telan ko melintang..hahaha.


Yang ni je mama conteng ikut suka hati suka badan..ngeee






 kalau dah copy tinggal pesan ye :)thanks ...
Kalau nak saiz sebenar klik pada gambar erlebih dahulu tunggu sehingga background menjadi gelap ::


PESANAN:Jangan sesekali mengubah bentuk asal dan mengaku milik doodle ini tanpa izin.

take care :)






-Sekian Terima Kasih-

KU BUKA SUDAH HATIKU..

Assalammualaikum..


Alhamdulillah..


Ku buka sudah hati ku.Ko tahu apa aku buat waktu ni?tangan terkepit2, kaki bersilang2 mata berpinar2 dan tangan berpintal2,maju setapak,mundur setapak.dapat ko bayang?dapat kan? kan?ke ko jenis yang tak reti nak membayang?...hahahaha.


Ku buka sudah hatiku dengan twitter ni,Lama dah sebenarnya nak buka akaun twitter ni tapi,bila memikirkan facebook pun tak terlayan sangat ni kan pulak twitter kan?tapi fikir punya fikir akhirnya hari ini coklat hati ku cair akhirnya.lalu mencurah2 ke ladang gandum tahniah untuk diriku.tahniah sekali lagi..sekian terima kasih .hahaha.


korang tahu? saya nak eja twitter pun ayik backspace je,almaklum benda baru nak berkecimpung..awekeke.


Korang ada twitter?nanti add saya DI SINI  ye.kalau sudi la,tak sudi takpe..hihi.


La~la~la~la~..












-Sekian Terima Kasih-

FREEBIES DOODLE PEGANG SIGN BOARD..

ASSALAMMUALAIKUM..

Alhamdulillah..

Siap lagi satu doodle bergaya dari mama..hihi.kali ini si bunga tampil dengan gaya mengada2 sikit.semangat konon dia pegang signboard tu..eh,lupa lak nak gitau korang,nama doodle mama yang pakai baju kembang2 ni SI BUNGA..boleh pun?aweekeke.ko memang kan?main suka hati je..kahkah..


FREEBIES INI KHAS UNTUK FOLLOWER BLOG INI SAHAJA. 
Kalau kamu nak juga,sila FOLLOW TERLEBIH DULU.adil kan?hihi.


Sila lah jamu mata ya tuan puan..hihihi.

sila..sila...
kalau suka ambik dan tinggal komen :)










Kalau nak saiz sebenar klik pada gambar dulu..tunggu sehingga background gelap..ok :)

PESANAN PENTING: Jangan sesekali mengubahsuai bentuk asal dan mengaku milik doodle ini tanpa izin dari Bunga hati mama.


-Sekian Terima Kasih-

FREEBIES DOODLE SAMBUT TETAMU..hahaha.

Assalammualaikum..


Alahamdulillah..


Lama mama tidak buat freebies doodle kan?hehe..so kali ni mama buat freebies doodle posing ala2 sambut tetamu.haha.suka hati ko je kan simpan tajuk..awekeke.

freebies doodle ni khas untuk follower2 BLOG BUNGA HATI MAMA je ok,Yang bukan follower mama tak izin ambik,kalau nak juga kena jadi follower mama dulu.Adil kan?hihihi..

Nah sayang2 ku..pilihlah mana saja yang kamu mahu..tapi ..adakah yang mahu?hahaha.fine,kalau taknak..tengok je T___T









Lepas copy tinggal kan mama komen ye...ngeee..tengkiu..

Kalau nak saiz sebenar klik pada doodle dulu .tunggu sehingga background jadi gelap..itulah saiz sebenar..hehe.

Pesanan:Jangan sesekali mengubahsuai bentuk doodle dan mengaku milik doodle ini .tapi kalau setakat nak tukar colour..boleh je :)



-Sekian Terima Kasih-

COPYRIGHT,DOODLE, AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY ARINA SHAMSUL wink