guest

TAU TAK MAMA NAMPAK APA HARI NI..meh nak kongsi...

Assalammualaikum :)

Alhamdulillah :)

Hari ni,hari khamis kan? Jadi mama nak khabar bahawasanya cuti mama ada 3hari lagi..senin ni dah setat harian seperti bos2 semula dah..eee tak sabar pulak rasanya nak berpoya2 di rumah sendiri.kat rumah mentua ni segan la nak berpoya poya.sebab kalau menantu yang baik ,pesen macam mama ni ler..hihihi. PTUIIII!!!!!!! Baik la sangat kan?.hahaha.

Straight to the point la ye.

Perkara pertama;
Mama,nampak kambing mengigil kesejukan,kesian...mengeletar satu badan kambing tu,macam ada vibrate gitew.rasa2 kalau duduk atas belakang kambing tu kan,boleh berlaku pembakaran kalori tak?hahaha.bukan kena hujan pun,cuma ditiup angin yang sepoi2 je pun.tapi angin di kampung husband ni memang sejuk,di kawasan gunung kinabalu kan,air paip,toksah katalah..kalau mula2 nak cebok tu,perghhh mengembang mengucup jadinya..hahaha.apa yang ko imigin?ooooo...hahha,takpe2 kita 2 je yang tahu..hahaha.


Eh,takpe ke mama banyak hahahaha ni?ko tak kesah ke?almaklum kalau kesukaan begitulah hahaha.


Perkara kedua.
Sebelum tu nak tanya dulu,ko umur berapa sekarang? Sebab perkara kedua ni,18xl Keatas punya kejadian,kalau umur 18 tahun kebawah baik  panggil ibu bapa,sebab cerita kedua mama ni memerlukan nasihat dan bimbingan orang tua tau.hihihi. Mama mulakan la ye..

Tadi petang kan,tengah syok2 mama main jirus2 air dengan alesya di halaman rumah,tetiba berlaku satu tragedi yang begitu tragis,berlaku satu adengan kejar mengejar antara ayam jantan dengan ayam betina.mama terkejut la,mana taknya,ayam betina dah terpekik terlolong dah dikejar ayam jantan tu.mama dengan alesya pun menyaksikan saja la tanpa niat.tetiba pulak ayam jantan tu rogol ayam betina tu tanpa kerelaan, depan mata kami pulak tu,tak pasal2 kami jadi saksi kejadian,fikir2 nak wat report polis,boleh kew??Hahaha.Astagfirullahhalazim..memang ayam jantan tu dasar ayam!hahaha.

Moralnya..jangan ikut perangai ayam..hahaha.boleh ke moral camtu?

Cerita punya cerita akhirnya sampai waktu isyak..mama solat dulu la ye..ngeee.
Jom solat..:)

Take care tau :)

Miszzz u.








-Sekian Terima Kasih-

UPDATE SIKIT PUN JADI LAH..

Assalammualaikum..


Alhamdulillah,

Lama mama tak update kan?ada ko hitung2 tak?berapa ye jumlahnya..ngeee.

Ko apa khabar wak?sihat?amacam raya?sonok? Mesti ko dah setat keja semalam kan?kami masih di Kampung ni,masih dalam mood raya sakan lagi.tapi sila..sila..sila jangan semburu ..hakhak...bestnya dapat jealouskan ko kan? Ko jealous tak?haha..larikkkkk!!!!!


Ok dah habis! Kata update sikit je,jadi cukup la kan? Hahahaha..


Bye take care :)
Miszzz u :p


-Sekian Terima Kasih-

AMPUN MAAF KU PINTA...


Assalammualaikum...

Alhamdulillah..


Hari ni dah raya ke-3 kan?baru mama dapat update blog,ko pun perasan kan?ko tak rindu dengan mama ke?hikhik..mama rindu ko tau..pecaya tak?kalau ko pecaya memang ko la orang paling lurus di kampung ko.hakhak..Gurau2 di petang raya,jangan marah tau! Bulan syawal takleh marah2 ..hihihi.

Sebelum meneruskan perjalanan entri mama ni mama nak susun 20 jari,kenapa 20,sebab mama susun dengan jari2 kaki sekali,boleh?heee..mama nak mohon ampun maaf dengan ko Kiranya selama mama menulis ini dan selama perkenalan kita ini ada kata2 mahupun salah laku yang bisa mengguris perasaan ko.mama minta maaf ok ? Haraf2 ko maafkan mama ye..sob..sob..

Dan dikesempatan ini juga mama nak mohon maaf banyak2 kepada follower2 setia BHM yang senentiasa berkunjungn ke blog mama ni walaupun kunjungan tak berbalas buat masa ini,specially Family GSF tersayang.Terima kasih banyak2.

UNtuk makluman,internet dikampung mertua ni,tersangatlah lembap,ko ingat siput sedut tu ke yang lembab?internet kat kampung ni lagi lembap binti selow..kadang2 tu tiada langsung line..huh! Sebal ko tau tak?Macam nak telan melintang je line ni.

So kiranya mama tak berupdate sampai berhari2 minta ko jangan hairan la ye,harus ko fahami masalah mama sekarang ni..kusut bin masai..ngeee..

Lama lagi mama cuti ni,2september 2012!Baru mama balik johor,nanti bila semua suda clear,mama balas semula kunjungan kamu ye sayang2 mama,jangan kewcik hati tau mama tak jenguk..
Ok:)


Oh ya mana2 yang ada kirim kad raya dengan mama tu,mama belum baca lagi kad raya korang sebab semua alamat johor,nanti mama pulang,mama baca ye :).maaf sangat2 kad raya tak terbalas dengan kad raya..nanti mama balas dengan sesuatu la ye :) tunggu :)....



Terima kasih..take care tau :)

Selamat menyambut hari raya aidilfitri :)
Maaf zahir dan batin :)







-Sekian Terima Kasih-

KHABAR DARI BAYU SABAH..

Assalammualaikum...

Alhamdulillah..

Kejap2 mama fikir dulu apa nak tulis ni.almaklum dah beberapa hari tidak menulis ni otak jadi bangang pulak,eh? Bengang..

Ko apa khabar?sihat ?adakah engko mengingati diriku?eh,takpe ke saya guna ayat "mengingati" ni?kang terasa janggal pulak dirimu kan?hihi 
Malas la nak tulis rindu, sebab ko tu bukan rindu mama pun kan? Tahu dah..T__T


Tapi mama rindu sangat dengan blog ni,separuh jiwaku pergi sudah,aisey..segan pulak setelah melahirkan  kata2 tu..hahaha.sekarang ni mama bercuti di kampung jadi kesempatan untuk bermesra mesraan dengan blog ni amat tipis sekali.baru nak bermesra2an tetiba ayam melintas pijak skrin ipad ko.siap berak strawberry lagi,,boleh mengelupar dibuatnya.mengelupar bukan kerana apa,tetapi dek kerasa terlalu gembira.almaklum dapat strawberry free kan?boleh buat juadah buka pose...hahahaha..

Mama kat kampung ni pun aktiviti memang full.kalau tak full bukan  aktiviti mama la tu.hakhak.ko mesti nak tahu apa aktiviti mama di kampung ni kan?meh nak bagi tau.lepas ni diam2 sudah.jangan khabar satu malaysia pulak..kekeke

Aktiviti yang wajib,kena jadi tukang masak yang tak bertauliah la kan?sedap tak sedap janji masak,tapi kalau mama masak mesti sedap punya la..hakhak..ko pun boleh fikir kan,kalau di rumah mentua ni,ko mesti menunjukkan semangat kerajinan ko tu kan.kalau boleh ko nak sapu halaman rumah  jiran sebelah sekali kan?hihi.baru boleh jadi menantu yang baik kan?tak gitew?..ihik..

Aktiviti kedua,mama kena jadi tukang kejar aleSya  kehulu kehilir,ko pun tahu kan?kalau kampung ni macammana,halaman luas,kalau dah namanya luas,apalagi alesya bertukar jadi jakun dibuatnya.nampak kucing kejar kucing,nampak ayam kejar ayam,yang tak tahan tu kucing meniarap atas tanah dia pun tiarap sama,haiii la alesya..betuah betul ko nak dapat mama yang berpesen baik ni...hahahaha.ko rasa mual2 tak?awekekeke..

Aktiviti ketiga jadi...


Adoyai..nanti la mama sambung lagi entri ni ye,mama sebenarnya tak berapa minat menulis entri guna ipad ni..banyak yang terbatas..hukhuk,tetapi memandangkan laptop mama tak bawa balik sama,terpaksa la menggunakan jasa baik i pad ni untuk menghasilkan entri..jadi sekian dulu la untuk tatapan kali ini ye :)

Esok2 kita sambung lagi..InsyaAllah...

Take care tau :)


-Sekian Terima Kasih-

KAU TIDAK TAHU KAN?meh nak bagitau..

Assalammualaikum...


Ko tidak tahu kan?baca entri ni sampai habis baru ko tahu cerita sebenar..


Tadi pagi dengan semangat yang kencang la kan,mama siap dah karang2 apa entri yang nak ditaip pagi ni.Dengan sukarela hatinya mama pun taip la intro untuk entri RAGAM.

Dengan tidak disengajakan cik alesya mama pun membangunkan dirinya.ko tahu la bila cik alesya mama ni dah bangun,tugas mama semua terpaksa ditangguhkan.kena urus dia dulu,nak bagi makan,lepas tu pulak nak mandikan.nak susukan,then barulah mama boleh sambung kerja semula.apatah lagi nak blogging.

jadi mama kena tinggalkan dulu la entri tu kan?anak tu lebih utama kan?bukan ko tak tahu kalau ibu2 mithali memang macam ni la pesennya,muahahaha..ko nyampah tak?awekekeke.

Ok2 mama joke,takkan ko nak tangkap serius pulak..ok la,ok la..saya ibu me tali rafia la,bukan mithali.puas hati ? U___U

ok kita sambung semula la ye,banyak pulak turun laut cerita mama kan?lepas ni janji dah tak kelaut lagi..pomis..ngeee.

Makan sudah,mandi sudah,pakai baju sudah,nyusu sudah so time mama nak sambung entri la pulak kan?tapi sebelum tu mama nak berfoya-foya dulu la depan tv.nak relax2 konon.waktu tu alesya dah menghilang kemana mama dah tak sedar dah.dah namanya berfoya2 kan?hahaha.


Tetiba je mama perasan cik alesya dah ghaib dari sisi mama,so kena cari la kan?kata ibu mithali..eh?..ngeee..

cari di dapur,takde,cari bilik stor takde,cari dalam tandas takde,kalau semua tempat2 ni dia takde,mama dah tahu mesti dia dalam bilik mama,

So,keputusan memang tidak dapat disangkal lagi,sah dia ada dalam bilik tu,ko tak tahu apa dia buat kan?

meh nak bagitau..


Dia tengah belasah laptop mama lerrr! dia kalau jumpa laptop mama ni,macam nampak kereta rosak je pesen nya.habis direpairnya laptop mama ni..memang bertuah ko nak!..


Tetiba mama ingat entri yang tengah taip tadi,lahaiiii..dia dah publish rupanya..ko nak tengok entri tu KLIK SINI.Nak delete?tak sampai hati pulak,tengok dia sengih2.macam engko bila nak tawar rega baju tu la,sengih je manjang kan?sama la dengan cik alesya..hahaha.



biar la ia menjadi entri pertama cik alesya ..hihihi..tahniah sayang ku,mama betul2 tak terfikir camna dia boleh terpublish entri tu.banyak2 benda warna warni kat skrin ni,PUBLISH POST tu juga yang dia tekan...hihihi..


ramai juga yang komen entri tu dan tanya "ragam apa mama?"
Nah sekarang ko dah tahu ceritanya kan?hihihihi.



href="http://www.mylivesignature.com" target="_blank">


-Sekian Terima Kasih-

R.A.G.A.M = RAGAM.

Aisey,ko perasan tak tajuk entri saya ni,siap tempek simbol(=) lagi kan?macam jawapan matematik pulak..awekeke..

RAGAM,me /l fl bfgbfgs[pgbhhhh



-Sekian Terima Kasih-

MAAF

ASSALAMMUALAIKUM.....

Kau rindu aku tak?malas nak tanya la,mesti ko rindu aku kan?rindu tahap mana tu?ada tak sampai tahap tarik2 rambut?haha

kalau engko rindu aku sampai tahap macamtu,memang mati akal aku,takde lain la caranya aku nak balas jasa rindu ko tu,melainkan aku pun kena tarik2 rambut sama..haha..haraf2 takde la yang tahap tu ye,sebab tu tahap kritikal dah tu.rindu tahap sembelit boleh la..minum air insyaallah lawas..haha

Actually aku pun rindu gilak dengan blog ni,tapi tak gilak lagi la.keke..apatah lagi dengan follower2 kesayangan ,expecially GSF tu,minta maaf la banyak2 sebab rasanya dah seminggu blog ni tak terusik..huhu.sebab bulan ini adalah bulan yang paling sibuk buat ibu2 seperti saya ni.ko tahu tak sibuk kenapa?

Hah mesti dalam pala hotak ko tengah berkeliaran perkataan

pertama:shopping
kedua:buat kuih raya
ketiga:persiapan raya.

kan?kan?betul kan?jangan tak ngaku..tetttttttt!!! semua salah.hihi

kite bizi buat amal ibadah ler.hakhak..tak caye letteww..saya pun tak percaya sebenarnya..haha.ye la mana ada orang baik ngaku baik kan?ada tak orang jahat ngaku jahat?pernah jumpa tak?ada pun yang ngaku bila senapang berada tepat di lubang hidung kan?hahaha.ko tak ngaku juga,bersepai la bulu2 hidung ko.haha.


jadi saya adalah orang jahat..jahat..jahat!!(haraf ko faham2 la ye..muahahahahaha)
ko nyampah tak setakat ni?bibir ada tak terjuih sedepa kedepan?panjang betul bibir ko,kamceng dengan zirafah ke kak?hihihi..harap2 bibir ko masih pada paksi yang betul la yer..kekeke

MAAF!..MAAF!..MAAF! aku minta maaf ni ko maafkan tak?aku tahu hati ko bagai kerak nasi nyer.keras2 simbah air basah juga..hihihi.mesti ko maaf kan aku kan?terima kasihhhh :'(


eh?lupa pulak nak explain,aku ni nak minta maaf sebab tak balas kunjungan atau lawatan atau ziarah ko kat blog aku sebelum2 ni..ko faham juga kan?aku bizi..huhu.nak senarai ke jadual waktu aku kat sini?rasanya tak perlu la ye.segan la i...hahaha.

Lagi satu,11 bulan 8 ni aku dan family balik kampung di sabah..insyaallah ..
eh,jemput la datang rumah raya ni :)kalau ko sudi datang karpet hijau saya tadahkan..amacam?ada berani?kekeke.

Doa2kan perjalan kami dipermudahkan dan selamat ye :)

terima kasih :)
take care tau :)
jangan nakal2..
jangan main hujan..
jangan tak pose pulak..ngeee..


-Sekian Terima Kasih-

SAYA PERNAH TERFIKIR BEGINI..ADOYAIII..

ASSALAMMUALAIKUM..

ALHAMDULILLAH..


Pada suatu ketika dahulu.ketika ilmu pada paras buku lali,saya adalah seorang yang kaki fikir,memang kaki fikir,semua benda kalau boleh saya nak fikir,macam mana boleh terhasilnya bunyi kentut yang berlainan pun saya fikir..hahaha.tapi jawapan tak dapat la sampai sekarang..ada jawapan tak?awekekeke..


Tetapi rupanya banyak benda yang saya fikir suatu ketika dahulu itu tersasar dari landasan haiii..la.kalau diingat2 kembali bisa membuatkan saya lari bersembunyi disebalik pintu dan senyum sendiri2 mengadap engsel pintu.namum saya tidak sampai hati melihat diri saya berbuat begitu.macam kurang normal pulak..haha.hadoiii..tidak sanggup aniayai diri yang baik ni..hahaha
haktui! baik la sangat..kekeke


ketika umur 7 tahun,Sorang kawan pernah tanya saya,kenapa binatang ada ekor?tahu apa yang saya jawab?
"sebab untuk tutup aurat "haha.menjawab tanpa senyum tu.ko ingat senyum?takde maknanya .sebab confident dengan jawapan kenon..haha..kawan tanya lagi," sebab apa pulak?"saya jawab "yela kalau takde ekor nanti eherm2 mereka terdedah dengan panas matahari la,lepas tu ko pun nampak kan?jadi kalau ada ekor automatik aurat mereka tertutup la...ambik ko,fakta salah jawapan pun salah..kawan saya yang sama jahil ni juga "OOOO" saja memanjang.dah namanya ilmu takat buku lali kan?begitu la jadinya..hahaha,kesian betul..


Lepas tu kan,pandai pulak tu memandai2 explain dengan adik camni"adik kita makan rambutan ni jangan tertelan biji tau! nanti kalau tertelan biji,nanti tumbuh pokok rambutan dalam perut adik,lepas tu nanti daun2 keluar dari mulut,telinga, dan mata adik tau!.cakap dengan Serius tu ko ingat memain? kemudian tu adik pulak tanya lagi"jadi kak,kalau dah tumbuh nanti ada buah ke kak?" saya saya pun angguk je,tak boleh cakap dah,mulut dah berbuih makan rambutan kan?.hihihi.lepas tu adik boleh pulak jawab"ok la,lepas tu adik boleh makan rambutan puas2...haih! memang sesuai sangat jawapan ko dik..haha.


Dah tu kan,saya fikir pulak camna nak buat duit banyak2.kemudian adalah sorang kawan cakap kalau kubur duit syiling nanti pandai beranak duit syiling tu.So saya selaku kakak yang baik,ngeee.. memandai2 pulak cakap dengan adik camni" adik kalau bapa bagi adik duit 50 sen,adik cek dulu duit tu tau,kalau adik nampak ada macam belah2 sikit tepi duit tu,bagitau akak tau" adik tanya "kenapa kak?" saya jawab" sebab kalau ada belah2 tu,tu tanda duit tu nak bersalin dah,jadi kita kena kubur cepat2.lepas tu besoknya kita tengok,mesti beranak sudah tu"hahaha..sampai camtu saya terfikir..konon2 bajet genius la tu kan?padahal...haha


Banyak lagi sebenarnya,tapi sekali ku perasan entri ni dah panjang macam surat khabar dah,jadi sebelum bulu hidung ko gugur baca entri mama ni,baik mama cepat2 mengundur diri kan?tak pasal2 ada pulak yang gondol nanti..muahahahaha..jangan marah :p


sekian dulu kali ini ..wassalam..
take care tau :)













-Sekian Terima Kasih-

COPYRIGHT,DOODLE, AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY ARINA SHAMSUL wink