guest

SUPRISE VECTOR ILLUSTRATION # 3

ASSALAMMUALAIKUM W.B.T.


Alhamdulillah ....Siap juga akhirnya suprise vector illustration ke-3 mama ni..:)


Mama takmo cakap banyak2 la ko tengok je la sendiri muka sapa terpapar ni ye, lagi pun nama dah ada terukir kat situ tu hah...tehehe.


SUPRISE UNTUK DEAR SWEETY..







 Iras ke  tak? ngeeeee..






Actually kan mama nak bongkar sedikit rahsia ni,mama ada juga godek2 blog ko tu,facebook pun ada,tapi sapa punya blog dan facebook,itu adalah rahsia..ngeee~



Ko nak tahu sebab apa? sebab mama cari gambar ko yang jelas,terang ,nyata dan bermaya aisey bermaya kunun..tehehe.untuk mama klon kan,buat suprise untuk ko la !.ihik



So,apa tunggu lagi letak sebijik gambar ko yang cun melecun,hensem mengencem  tu kat sidebar ko..manalah tahu lepas ni turn ko pulak yang dapat suprise kan?tehehehe.kalau ko rasa ko follower setia mama selama ni,besar kemungkinan ko ada peluang lettew..nge~nge~nge~



Dan sebenarnya juga dari minggu lalu mama tengah godek2 blog seorang follower bertuah mama ni,mama nak cari gambar dia yang jelas,tapi setakat ni tak jumpa2 lagi..huhuhu.comna nak lukis kalau takdo muka eh..



Ko pun nak ke?hah..pandai2 ko la ambik hati mama okey..muehehehe.

take care :)







-Sekian Terima Kasih-

BANNER KHAS UNTUK ...

ASSALAMMUALAIKUM.


Alhamdulillah,akhirnya siap juga banner ni.

Tapi..tapi..tapi..ini bukan suprise tau :) Sebab si DIA dah tahu mengenai banner ni,dan ayat serta gambar2 ni adalah dari SI DIA.apa yang mama buat cuma buat ianya bergerak  je :) ngeeee~


Nah dik banner ikhlas untuk kamu :) harap kamu suka..





 KALAU NAK COPY ,COPY CODE DIBAWAH NI.

 <a href="http://destinicinta.blogspot.com/" target="_blank"><img
style="width: 150px; height: 150px;"
src="http://i.imgur.com/EvpGx.giff" border=0 /></a><br /><br /><textarea cols="10" rows="2"><a href="http://destinicinta.blogspot.com/" target="_blank"><img src="http://i.imgur.com/EvpGx.gif"  border=0 /></a><br /></textarea>

oh ya,kalau nak ubah saiz banner,ubah code tanda biru  ok :)

Siapa DIA?
Camna dia boleh dapat banner F.O.C dari mama?hah! bab tu ko pandai2 la tanya,kalau DIA bermurah hati,nanti dia gitau la tu..ngeee~

Kalau nak kenal dia jom terbang ke blog DIA








-Sekian Terima Kasih-

MEMANG TIADA PELUANG UNTUK HIDUP :'(

ASSALAMMUALAIKUM..

ALHAMDULILLAH..


 Engkau perokok tegar?sebelum merokok baik perhatikan sekeliling dahulu sebelum merokok,kalau jumpa signboard ni baik jangan cuba2...ko tidak percaya ko tengok sendiri
signboard yang meremangkan bulu hidung ni..kekekeke.












 


Hahahahaha..


Amacam? Ko rasa ada peluang untuk hidup lagi tak kalau macam ni?

 memang tipis la kan? hehehe.

so baik berhenti merokok sekarang sebelum ko di timbak berkali-kali !!! tehehehe.










-Sekian Terima Kasih-

Erkkkkkk???MAKAN MAGGI BOLEH MATI?

ASSALAMMUALAIKUM...

ALHAMDULILLAH..


Ko suka makan maggi tak? meh sini meh..baca kisah mengegar urat saraf ni..

silakan..




awekekekeke..


lepas ni comna?ko nak makan maggi lagi tak?hahahaha
mama tetap makan punya..ngeeeee~


-Sekian Terima Kasih-

HOREYYYYYY!!!!

ASSALAMMUALAIKUM...

ALHAMDULILLAH... 

Suka..suka..suka..huuuuuuhhh! fuuuuuh!
Ko tahu tak kenapa mama kesukaan bagai rak nak roboh ni?

Sebabnya..

Dari semalam mama bercengkang mata nak habiskan kunjungan balas follower2 kesayangan mama yang meninggalkan komen di entri2 mama tu.akhirnya langsai juga hutang...ALHAMDULILLAH.

gigih kan mama kan?haha.

Cuba ko bayang mama blogwalking dan baca entry seramai 365 blog.tidak ko semput.pergh!! selama ni hati tak tenteram je bila tengok komen belambak2 belum publish,start dari cuti raya tu la.kalau ko perasan tu yang mama jarang update tu,sebab makin banyak entri makin banyak komen mama terkumpul..tehehehe.

so lepas ni takmo kumpul2 lagi la..ngeee.

Lepas ni boleh main tepuk amai2 dah..hahaha.

Tengkiu untuk semua follower setia mama specially FAMILY GSF tersayang :)

 
take care :)



-Sekian Terima Kasih-

APA KO RASA?KO TAK HANGIN KE?

ASSALAMMUALAIKUM..

ALHAMDULILLAH..

Ko dah jumpa tak pic ni? aku jumpa pic ni di FB baru je,aku nak cakap hangin pun tak jadi,cuba pulak ko baca pelan2,dan yang paling penting baca dialog beruk sebelah kiri dulu tau baru ada jalan cerita :)

silakan..

 

ekekekekekeke..

 
So amacam? komen skit? nak tengok juga ko hangin sampai mana kan?mama taknak kena sorang2,mama nak ko pun terpalit getah sama kan?....muahahahaha...


-Sekian Terima Kasih-

SUPRISE VECTOR ILLUSTRATION # 2

ASSALAMMUALAIKUM 

ALHAMDULILLAH,siap juga suprise vector mama yang kedua .. 


cuba Ko tengok vector ni, ada iras2 tak :) ngeeeee.. 


SUPRISE UNTUK CIK ROSE CUTE!


Iras2 tak? boleh la kan sikit2,almaklum budak baru nak belajar,camni la jadinya.ihik.
maaf ye dear cik rose andai ada yang tercacat :)











 Ko dapat agak tak camna cara pemilihan suprise mama?ko rasa camna?kalau ko pun teringin nak di suprisekan,cuba ko fikir mama pilih melalui apa?follower setia tu ofkos la kan?pas tu apa? so ko fikir la sendiri.pas tu ko buat la kunun pembaharuan.. tehehehe.

mana tahu pas ni ko pulak yang dapat suprise kunun kan?hahaha. Siapa yang dapat kejutan lepas ni? kita tunggu usaha anda..

selalu buat mama pending buat entri baru (klu) 

 good luck :)
 take care.


-Sekian Terima Kasih-

SUPRISE VECTOR ILLUSTRATION :CUBA TEKA :)


ASSALAMMUALAIKUM..

ALHAMDULILLAH..

Lama mama tidak buat suprise untuk follower BHM kan? ko perasan tak? so hari ini mama teringin pulak nak cuba2 lukis vector,entahlah menjadi ka tidak,seiras ka tidak.cuba ko tengok vector ni.




Ko kenal tak?ngeeee.kalau ko kenal makanya mama ada bakat la sikit2 kan, lukis vector.ngeeee.

lepas tu boleh la mama buat suprise vector pulak lepas ni kepada follower kesayangan mama kan?..ahaks

Amacam? kenal tak? hah! cepat2 p komen..mana tau lepas ni giliran ko pulak dapat suprise kan?hakhak.


Kepada pemilik vector ni,ambik la dear :) suprise dan ikhlas untuk kamu :) hope kamu suka sangat2..suprise tak???tehehe..


-Sekian Terima Kasih-

ORION GIVEAWAY BY ASYQIN AZAHAR


ASSALAMMUALAIKUM..

ALHAMDULILLAH..Hari ini dengan lafaz bismilahirahmanirahim.. mama nak join satu contest yang sangat2 menarik sebab hadiahnya sangat2 awesome :)



contest ni dianjurkan oleh adik ASYQIN AZAHAR.

DIK SYQIN..KAK DAH FOLLOW BLOG KAMU :)

ini bukti :)


FAN PAGE BLOG kamu pun akak dah FOLLOW sayang :)

ini bukti :)



Ok syarat dah lengkap kan? so akak pilih cara penyampaian sebegini untuk menarik perhatian kamu :) hope kamu suka..

SAYA NAK MENANG....................SEBAB.................



Untuk mengakhiri entri ni,terima lah  pantun2 comel ini untuk kamu :) tehehehe..

Budak2 main bunga api,
kalau saya menang sayalah orang yang paling happy :)

Jalan2 ke putrajaya,
hai dear,doakan mama berjaya .

Trafik light di jalan Damai,
jom kita join ramai2..


pergi ke kedai membeli tilam
Sekian wassalam :)








-Sekian Terima Kasih-

ALAHAI ANAK MAMA :)

ASSALAMMUALAIKUM ..

ALHAMDULILLAH,Puteri tunggal mama,nur afeya alesya dah genap 1 tahun 7 bulan dan 8 hari ni,makin aktif,makin pintar dan makin comel..ngeee.


Tapi ko tak tahu dia suka korek lubang hidung mama dan papa bila kami tidur awal dari dia kan? hahaha.kalau ko yang jaga dia,ko jangan cuba2 nak tidur dulu dari dia,kalau tak siap sedia lah terbersin2.tehehe.



Tu satu hal,lagi satu hal, dia suka menari,pantang dengar muzik,dia akan berdiri tegak kemudian buat pergerakan macam ulat beluncas tu,ko tahu kan?tak pun paling senang terkial2..ko dapat bayang tak?dapat tak..kalau ko nampak garenti ko senyum je meleret..lucu ko tahu tak?hihi lahai anak mama,besar nanti jangan ko cuba2 jadi penari ye sayang..:)penari untuk suami boleh la..tehehehe.


Takut nak berus gigi,ni lagi satu hal,asal mandi je terlalulah payah mama nak memujuknya,macam2 dah mama buat supaya tak nangis,tapi nangis juga,mama tak pasti lah dia takut mandi ke takut nak diberus giginya.tapi sekarang dia pandai,awal2 masuk bilik mandi tu kan,ko tahu dia ambil apa dulu?dia ambil berus gigi dan ubat gigi,lepas tu pegang kuat2,taknak terlepas ke tangan mama ok.pintar tak pintar tu...mama pun pintar gak,sediakan dua berus gigi,sekarang siapa yang lebih pintar?hihi.


Sejak balik kampung hari tu,dia suka sangat dengan patung mainan kucing dan ayam yang ada kat rumah ni,kalau sebelum jumpa ayam dan kucing secara life aritu,mana mahunya layan dua mainan tu,ayam tu siap di kopek sayap dan dipatahkan leher lagi,sengsara jugalah mama tengok ayam tu...ngeee.tapi sekarang itulah jadi mainan utamanya,nak kemana2 mesti dua mainan tu ada dalam gengaman..satu kali tu kucing dia hilang,merata dia ngiau2 cari..alahai anak mama,dia ingatkan bernyawa kot kucing tu ye..tehehehe.

ko nak tengok rupa ayam dan kucing tu?meh sini..

Balik kampung hari tu tangan dan kaki dah luka2 ,mula2 nyamuk gigit je,lepas tu dia garu sampai luka2..eee..payah nak halang.




Ko dah nampak kan?hihihi.ko kesian tak tengok ayam tu,dah hampir2 nazak dah,tapi itu juga yang dia suka..hihihi.

ko perasan tak berapa bulan sudah2 ni, mama publish entri tidak bergambar,baru kali ini kan?sebab mama seorang yang pemalas nak bergambar dan upload gambar..hhahahaha.

gambar raya pun ciput je,dah tu malas pulak nak upload..tehehehe.


sekian :) take care :)




-Sekian Terima Kasih-

BERWAJAH BARU :)

ASSALAMMUALAIKUM..

ALHAMDULILLAH...akhirnya siap juga mama ketung ketang sorang2 buat renovation blog usang mama ni,semangat kunuk saya mau buat,manatau semangat berblog kembali menyinar.tehehe..

sejak cuti ni,nak tengok blog pun rasa nak beranak ferarri je,ngeee..,tambahan lagi blog mama sejak cuti raya ni terbiar.so mama dengan rajin dan jayanya telah menukar baju lama kepada baju baru.

ko suka tak?mana satu ko suka yang sebelum ni ka?yang sekarang ni?kalau ko cakap yang lama,awas!!! hahaha..
nanti ko bagitau mama ye..ahaksss..

sekian dulu update ringkas dari mama :)
salam sayang sahabat buat kamu ..muah! tehehe..







-Sekian Terima Kasih-

CIK SWEETY DAH KEMBALI.:)


Assalammualaikum..

Alhamdulillah..


Kalau ko kenal cik sweety,mesti ko rindu dengan telatah dia yang nakal tu kan?hihi.
mama pun rindu gak dengan dia,dah sebesar bola bowling dah rindu dengan budak tu,lepas ni nak lontar bola tu dengan dia,biar dia benjol,sapa suruh tetiba je hilang tanpa jejak kan?dia biarkan kita dalam persoalan.dah terkontang kanting ko gantung kami tau sweety.kegusaran membanjiri kami ketika ko mendiam kan diri macam tu je.huh!senak ko tahu?hahaha.


Semalam dia dah datang lapor diri,berbelon2 hati dan perasaan mama tengok komen dia.nak tahu apa dia komen?ni hah

"oh ya boss.. boleh tak tlg buat entry pasal link aku...
telah ditukar kepada

www.sweetlikesugarcandy.blogspot.com

Ko kan boss.. mesti ahli gsf singgah blog ko kan boss sayang.. aku mau terjah satu2 pun payah ne boss.. so minta tlg sama boss bole kah?? huhu..

Sorry menyusahkan boss pula..(^___^)

tengok dia gelar mama bos pulak tu,jentik hidung karang hah!

ko perasan tak link yang dia tukar tu,tak hilang juga sugar2 candy2 dia tu kan?mama rasa dia ni peminat no satu sugarcandy ni.hihi.

Alamak terlebih dos pulak entri mama ni,ko jangan ambik hati ye dear ku sweety.ko cool je baca.ngeee.

I'M SORRY & SELAMAT BERBLOGGING SEMULA DEAR :)


Mama tahu mesti ko dah tak sabar nak ke blog dia kan?

KLIK SINI :)









-Sekian Terima Kasih-

TU LA TAK HAFAL!!!

ASSALAMMUALAIKUM..

ALHAMDULILLAH..


Sebelum tu mama nak tanya ko ni,ko hafal tak no telipon mak ngan abah ko?alamat rumah hafal tak?flat number keta abah?hafal?

hah sebelum apa2 baik hafal!!

Jangan jadi cam kes mama pulak
ni cerita waktu pulang kampung baru2 ni la

pada suatu malam tu,mama,papa,budak tecik alesya dengan mak mentua pergilah supermarket.MILIMEWA nama supermaket tu,tau tak?kalau blogger sabah tak tahu milimewa,baik duduk UGANDA la.haha.

Tu pun supermarket tu dah nak tutup dah dalam masa 10 minit lagi,jadi beli barang pun main kutip je,perasaan memang haru la.tekanan pulak dengan pekikan budak di corong speaker tu kejap2 umum kami nak tutup dah,haih..rasa nak tanduk je budak tu.ngeee..

Sampai kaunter lutut dah gegar2 dah jantung dah dag dig dug dah,rasa macam dalam master chef pulak,cari barang kena tentu masa kan?kekke.

Dah bayar apa semua,kelibat alesya ngan papa tak nampak pulak,mungkin mereka dah tunggu dalam kereta,saya dan mak mentua pun terkedek2 la nak ke kereta.kedek punya kedek sampai la kami berhampiran sebuah viva hitam.tengok dari cermin belakang radio on,ok papa dah ada dalam kereta lega sikit.mentua buka pintu belakang,mama buka pintu depan,tetiba orang yang duduk dalam kereta tu dah nak bersilat dah.punggung dah terangkat dah.buang tebiat ke papa ni!

Mama pandang betul2,kepala dia botak,pakai kain sarung.YA ALLAH,salah kereta la mak!!!
mak mentua dah masuk dah kaki sebelah dalam kereta tu,haih....pucat kelabu2 kucing muka mama tahan malu ko tahu?perggggghhhh!!! ini experience yang tak boleh dilupakan..hahaha.

Rupanya papa dah alihkan kereta,dah cari paking lain,huh!! yang uniknya viva yang sama sebijik parking tempat kami parking tadi tu,cuma plat number je lain,tapi mama tak tengok pulak plat mula2 sampai tu,tapi kalau tengok pun,bukanya mama hafal..kekeke camna tak silap kan?..eeee.papa ni bukan buat pengunguman.cuba masuk supermaket tadi buat pengunguman kat sana kan?haha.

bila cerita kat papa,kesukaan la dia..huh!

actually kami balik kampung kali ni main sewa kereta je,viva hitam tu la kereta sewanya.kereta disabah dah jual tahun lepas,kereta yang lain semua angkut kat johor..hukhuk..

sedih tak cerita mama?ko sedih tak?mesti ko kelakar kan??ngeeeee..
takpe la,ko ketawa la,mama izinkan..ahaks..

sekian :)
take care tau :)








-Sekian Terima Kasih-

BETUL2 RASA JANGGAL LA!

ASSALAMMUALAIKUM

ALHAMDULILLAH...


Hari ini 4 september 2012,ahamdulillah mama sekeluarga dah sampai johor dah.betul2 rasa janggal,rasa sedih rasa bosan,rasa kehilangan,macam2 rasa lagi lah.rasa nak terkucil pun ada juga.ekekek.ngada mama kan?haha.

ko tahu tak?memula mama sampai kat airport kan,mama tak rasa pijak lantai ko tahu,rasa macam melayang,kebarangkalian macam tu la kan perasaan hantu jerangkung.ekekeke,ko kenal tak jerangkung,saya pun tak kenal lagi sebenarnya.hahaha.tu baru sampai airport,sampai rumah lagilah,perasaan kosong betul2 mengisi benak jiwaku.aisey.ekekeke.kalau kosong, hantu apa yang sesuai?hantu tengkorak?sesuai?kekeke.terus i nyanyi lagu NAZWA LATIF kosong tu.pastu lari keliling rumah.hahaha.ko pecaya tak?hahaha.


Alesya mama pun macam tu juga,terkebil2 beliau pandang rumah yang kosong,dah takde sepupu sepapat,ayam,kambing,kucing.tang sesupu tu,orang ok! bukan sepupu ngan ayam kambing.haha.kalau baca sila ada "koma".hahaha.semuanya dah lesap,yang ada cuma dinding mutiara dan lantai kristal je.kekeke.kaya tak mama?hahaha.malam tu pun dia tidur awal.hihi,bebudak pun ada juga perasaan pulak kan?hahaha


Pas tu kan,ada satu lagi kejanggalan yang mama rasa,janggal bila on laptop.ko tahu mama boleh pulak buat touch scrin laptop tu,skrol2 tak bejalan,touch2 tak bejalan juga,very the venggong,rupanya guna mouse.hahaha.itulah akibatnya bila menggunakan semua gadjet touch2 ni kan?kalau sudah menjadi kebiasaan semua benda nak touch je manjang,kalau nak cebok camna?boleh ko bayang?ekekeke.

InsyaALLAH lepas ni mama nak balas blogwalking kamu pulak,dah beratus ratus ratus ratus dah komen korang mama tak publish lagi ni,pas ni,memang muntah kereta ferari la mama nak balas kunjungan korang tu.ngeeee.

oh ya,dikesempatan ini mama nak mohon maaf banyak2 kepada PUAN AIMA dan GSF SABAH yang nak jumpa mama di KK hari tu.tak sempat la dear..hukhuk.masa banyak terluang di ranau,turun kk hari tu pun waktu memula sampai dengan balik 2 hb tu je..huhu.insyaallah kalau ada jodoh kita bertemu juga tu nanti..ngeeee..jangan kecik hati tau :)

ok sekian dulu berita pagi ini ..ngeeeee..

take care tau :)
miszz u all :p





-Sekian Terima Kasih-

COPYRIGHT,DOODLE, AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY ARINA SHAMSUL wink