guest

AKHIRNYA SUDAH MENCECAH 1002.00!!!!

ASSALAMMUALAIKUM..

ALHAMDULILLAH..


Jap..jap.nak gelak jap..hahahahaha.ok dah!"finish..no more" kata buah hati mama si alesya.

Tetiba lak tergelak tengok tajuk entri mama tu.mesti ko tak faham napa mama gelak kan? tapi ko takyah rasa pelik semacam la,sebab mama pun tak faham kenapa tetiba je gelak sakan ni.kemungkinan urat gelak dah bersambung dengan urat kentut kot.tu yang aktif semacam je gelak ni.benda2 yang tak sepatutnya mendapat gelak-an pun mama tergelak.besa la kan,kalau orang happy selaloooo~
hahaha.


Ko hengat ko je ke nak buat entri bila follower dah jejak 1000? mama pun nak join gak wei,bila korang buat entri hari tu,mama tahan2 je air liur kristal ni dari mengalir tengok follower ko tujuhbelasratuspuluhjuta tu.Now see..follower mama tak dapat lawan2 juga follower ko kan..hahaha.

Takpela,follower tak puluhtujuhpuluhtujuhratus pun yang penting mereka ikhlas mem-follow-kan?betul tak?hehehe.bagi mama la kan,biar kuantiti sedikit tapi kualiti banyak.betul tak?


Tapi kan,bila follower ramai ni,otomatik kita pun semangat nak berblog,bila semangat berblog dah berkobar,kita pun rajin meng-update,bila dah rajin meng-update,ramaila yang datang membaca,bila dah ramai membaca,kita pun gembira,bila dah gembira,kita pun hari2 bersyukur kepada ALLAH,bila dah hari2 bersyukur,otomatik ko banyak buat baik,bila dah baik,Allah pun suka,bila ALLAH dah suka kita pun masuk syurga!! see,, betapa panjangnya huraian mama,huh! fuuuu~

Eh! ko faham tak ni? Ko tak nak masuk syurga ke?masyaallah syurga yang ALLAH gambarkan dengan penuh keseronokan tu pun ko tak nak masuk?ni orang ka unta ni!!! hahaha.eh emo lak...sorry..kekekeke.


Ok endingnya,terima kasih kepada semua follower BUNGA HATI MAMA :)

sayang korang ketat2,rapat2,sendat2 dan yang sewaktu dengannya..hahaha.

Jelas tak? sebenarnya entri ni nak ucap TERIMA KASIH je pun dengan ko..tapi dah 
terbebel lak..almaklum emak2.heee.sorry ye.kalau ko tahu mesti ko baca ending je kan?hahaha.atotototo..jangan la marah...

la~la~la~la~..




-Sekian Terima Kasih-

BIBIR DIA KENA JAHIT KE?

ASSALAMMUALAIKUM.

ALHAMDULILLAH..

Walaupun kita tidak secantik zulaikha,dan kamu pun tidaklah sehensem nabi yusuf,namun syukur alhamdulillah kerana ALLAH telah meminjamkan kita sepasang mata satu mulut,sebentuk bibir,satu lidah , dan barisan gigi putih yang banyak.Biarpun  pada hakikatnya ada juga giginya  yang telah mengalami tranformasi dari gigi putih kepada kehitaman seterusnya berlakulah hakisan2 yang tidak diingini kemudian terjadilah kejadian yang kurang disenangi pulak iaitu rongak!!...kekeke


Mesti ko senyum sekarang kan?biarpun bukan senyuman  manis yang ko berikan waktu baca entri mama ni, paling tidak pun adalah secalit senyuman terukir dibibir.tak pun cuba ko baca semula perengan pertama tu,mesti ko senyum biarpun cuma 1cm .kalau tak senyum2 juga ko baca je berulang2,biar bibir engko tu berbuih cam mulut ketam.hahaha.tapikan mulut ketam belah mana eh?tak tahu lak mama.kekeke..nah~kan senyum juga akhirnya...hewhew~


Kenapa ada sesetengah orang susah sangat nak senyum?berat sangat ke bibir tu nak melintang?kalau senyum mesti bibir melintang kan?kalau mama cakap menegak itu bukan senyum namanya.landak pun senyum melintang apatah lagi manusia.tapi ko pernah tak nampak landak senyum?sebenarnya mama pun tak pernah.hahaha.


Actually mama tak puas hati ni hah,tadi mama gi buat facial,staf yang buat facial mama tu langsung tak nak senyum,.sudah berbagai pesen senyuman mama gayakan,namun senyuman dia tak sampai pun 1 cm.last2 mama pun buat muka ayam mengeram,ko pernah perhati ayam mengeram tak?tapi ko perati pun sama gak muka ayam tu.senyum tak senyum muka still juga cam ayam.takkan senyum nyer~..hahaha.


Takde salahnya pun kalau ko senyum.tak bayar apa2 pun kan? apatah lagi bersalah,apatah lagi polis nak tangkap.apatah lagi salah disisi undang2,apatah lagi haram disisi islam..eh! banyak pulak apatahnya..hahaha..

Ok2 ini endingnya,senyumlah selagi ada bibir.bukan susah pun kan?dapat pahala lagi.Tak ke untung tu,untung kan? kalau bibir tu berjahit lain cerita la kan?kan?hehe.











-Sekian Terima Kasih-

GARA2 SIMBOL NI JE KE?????

ASSALAMMUALAIKUM..

ALHAMDULILLAH..


Sebelum tu mama nak tanya dulu, ko selalu tak guna simbol :) ini? mesti selalu kan?ko mesti kenal simbol tu kan,mesti punya la..kalau ko cakap tak tahu itu simbol apa,hah!tu lah,makan lagi  maggi 2 bungkus sekali ..eh?ada ke kaitan?hahaha.


Ok itu simbol senyum,saya tahu ko pun dah sedia maklum,ko rajin tak guna simbol tu?
mama sekarang ni kan,macam dah jadi habit tau guna simbol tu bila mengomen.dieja lagi sekali,MENGOMEN bukan meromen.ambek mu, siap  caplock lagi megomen tu,kang mama guna ayat penyata meng-komen kang ko gelak2 pulak kan.jadi untuk mengelakkan rembesan air liur ko terpercik terkeluar lalu menghakis segala gadjet2 di depan tu baik mencegah dulu dari mengubati..hahaha,aku pulak yang tergelak lebey...ops sorry..


Ok kita ulang  cerita tadi,bila dah namanya ulang ofkos kena ulang semula ayat yang sama kan?mama sekarang ni kan,macam dah jadi habit tau guna simbol tu bila mengomen,setiap kali  nak guna simbol tu, mama otomatik akan senyum sekali.hadoiyai..yai..yai..,sebelum ni tak perasan,petang ni baru perasan sendiri.malu gak dengan diri sendiri..nak gak lari sembunyi muka belakang pintu,tapi badan ini tetap juga mengejar ..susah nak elak la..ada tips tak?kekeke.

Eh,ko faham tak apa mama nak sampaikan ni?


Actually mama nak gitau kalau mama tulis simbol tu,otomatik mama pun senyum.tu je...hahaha.
Mesti ko bengang sekarang kan? kan baik kalau cakap je terus,takyah buat ayat panjang bergulung.

Ala,saja je ngetes tahap ketekunan ko membaca...hikhikhik..
Keputusannya cuma ALLAH dan ko je yang tahu...
camna? ko baca habis juga ke?hehehe



nak menulis tapi takde idea,ada idea tapi taknak menulis...inilah jadinya..kekeke.




-Sekian Terima Kasih-

ANAK MAMA KAKI KERONYOK

ASSALAMMUALAIKUM...

ALHAMDULILLAH..


Keronyok ko tahu tak keronyok?,ni bahasa  pasar la kalau tak silap mama,.Entah betul juga ke ayat tu,hahaha,yang mama faham,sudah tulis cantik2 di sekeping kertas,tetiba salah,then  ko pun keronyok2 la kertas tu ,pas tu ko baling belakang,then tetiba pulak terbaling bos kan? hah! bab tu ko jawab la sendiri..hahaha.



eh? ko faham tak ni?ngeee~



Ok,bab keronyok ni mama nak cerita anak mama alesya .
Puteri Rembulan tunggal mama ni suka sangatlah bab2 keronyok2 ni.semua benda dia nak keronyok,pas tu lap2 kat hidung,dagu,pipi kesimpulannya kesemua area wajah dia tu. ko tahu tak kenapa?



Sebab dia ingat semua benda yang dikeronyok tu boleh berfungsi macam tisu.hehehe.
Sekarang ni dia suka sangat dengan tisu,pantang nampak tisu,sekotak ada depan dia sekotak tu juga dia keluarkan,pas tu keronyok..then dia buatlah aktiviti dia tu.facial katanya..haha.mesti ko cakap tiru mamanya kan?haha.betul kot..tehehe.




Semalam,papa terlupa bawa pouch handphonenya.Ok selaku seorang mama yang baik dan berhati lembut(haktuiii..lembut katanya..haha.) mama dah nampak dah dia main pouch tu,mama biarkan jela kan,mama sambung buat kerja,tengah asyik2 buat kerja tu,dia lalu depan mama,ditangan ada benda berwarna warni. Sungguh menarik hati mama nak tahu apakah benda tu.





Rupanya..







 Duit pulak kali ni..



Duit papa dah jadi mangsa..hahaha.
adoyaiii nak..nasib baik ko tak blow hinggus mutiara ko kat sana,takpun untuk lap air liur kristal ko tu.
 kalau tidak beruntunglah orang yang dapat selepas itu..haha.jangan2 ko la orang bertuah itew..hehe.






  Duit mama dah ambil,ganti la dengan tisu kat tangan tu,nasib baik boleh runding,hehehe.




Ko ingat yuna je ada turban stail? alesya pun ada afrikana stail tau..hahaha

Tetiba pulak mama rindu zaman ko 7 bulan ni sayang..muah!







-Sekian Terima Kasih-

BLOGLIST TIDAK DIPERLUKAN DI BLOG INI !

ASSALAMMUALAIKUM..

ALHAMDULILLAH..


Aiseyyy!! ko gerun tak tengok tajuk poyo mama tu?gerun tak?gerun tak..tak..tak ketum tak? haha..kiawahae babuji?? mare beti polis tesen sea bombay polistrin hay....muehehe..please~ abaikan ayat hindus-tan2 mama tu.ko bukan faham pun kan?apatah lagi mama..tehehehe~..


OK okey kita straight to the point. "BLOGLIST TIDAK DIPERLUKAN DI BLOG INI !!" 
INI...Ini..ini....ni..ni...ni...trip macam dalam gua kunuk.kekeke.

S.E.B.A.B



memandangkan blog mama ni sudah makin berat dan selow~
makanya,

BLOGLIST BUNGA HATI MAMA SUDAH ADA RUMAH BARU...weeeeee~
Jom kesana jom~



A'a yang konco2 G.S.F tu jangan ko fikir mama takde bloglist G.S.F. pulak kan..ngeeee
try kunuk ko gi klik katun comel la sangat di atas tu..ahaks..

 Kita jumpa di sana ya ..
weeee~







-Sekian Terima Kasih-

KETIKA INI JANGAN KO NANTI...

ASSALAMMUALAIKUM.

ALHAMDULILLAH..


Ketika ini jangan ko nantikan entri terbaru mama.Ko nampak tak gambar diatas bulatan pink tu?
 Banyak kan hutang mama dengan kamu..huhuhu.soriii..

Selagi tak berbalas kunjungan itu ,selagi itulah tidak akan ku publish komen2 kamu.


Nak habiskan dulu balas kunjungan,baru lega hati ini..
Time tu merayau-rayau ..weee~



Take care kamu :)





-Sekian Terima Kasih-

UPDATE GSF# BLOGLIST 11 OKTOBER 2012

ASSALAMMUALAIKUM..

ALHAMDULILLAH..

Sebelum tu maaf banyak2 sebab lewat buat bloglist baru ni.almaklum bukan ko tak tahu kalau emak2 ni berblogging,sambil ngadap blog sambil gendong anak.tengah syok2 membaca,tetiba pandangan jadi gelap..kelip2 sampai 30 kali sama juga.gelap beralun2...time tu ko dah panik.gelabah semacam,
"terpekik terlolong konon mata dah buta"padahal yang menutup pandangan ,kepala anak sendiri je .hahaha.very the venggong kan?




Ok ni bloglist baru GSF,mama tak ubah banyak cuma mama kurangkan ahli yang kurang aktif buat masa ni,mungkin kerana tuntutan harian,dan mungkin kerana ada yang perlukan kerehatan :) takpe kalian take ur time.take care tau :) korang jangan kecik hati lak ye.nanti dh ok,dah aktif semula roger je,kita update lagi bloglist baru :).



1.http://wwwmarina-arina.blogspot.com/
2.http://mymatatajam.blogspot.com
3. http://winkwinkwinky.blogspot.com/
4.http://miaduniaku.blogspot.com/
5.http://karukordjagaus.blogspot.com/
6.http://coratcoretkuini.blogspot.com/
7.http://miszpinkies.blogspot.com/
8.http://cahayahatiku-lyafrina.blogspot.com/
9.http://mulan-sahbanu.blogspot.com/
10.http://norumara.blogspot.com/
11.http://mung2.blogspot.com/
12.http://cahayacita2.blogspot.com/
13.http://hezrina83.blogspot.com/
14.http://cintaitumisteri.blogspot.com/
15.http://thecoklatblog.blogspot.com/
16.http://ladygreen3011-ayuni.blogspot.com/
17.http://yayabunga.blogspot.com/
18.http://solehahshamsuddin.blogspot.com/
19.http://cutemama-lelamaisara.blogspot.com/
20.http://thesecretsofleonerz.blogspot.com/
21.http://myfamilyismyhappines.blogspot.com/
22.http://noruazuran.blogspot.com/
23.http://wardahilmu.blogspot.com/
24.http://farizafairuz.blogspot.com/
25.http://ezawarna-warnakehidupan-etuza.blogspot.com/
26.http://bubukuning.blogspot.com/
27.http://nyueyien.blogspot.com/
28.http://saranghaesolehah.blogspot.com/
29.http://sweetlikesugarcandy.blogspot.com/
30.http://busyratakiyudin.blogspot.com/
31.http://msvelentine.blogspot.com
32. http://hairuliza-anakku.blogspot.com/
33.http://masrinasidek.blogspot.com/
34.http://mylovely-fieda.blogspot.com/
35.http://mamaqhayra.blogspot.com/
36.http://kinarakinatara-beebeey.blogspot.com/



 Senarai diatas bloglist baru kita bermula hari ini.mana2 yang tak tersenarai mohon maaf banyak2.sebab yang saya senaraikan ini pun saya tengok paling lama tak update blog pun dalam seminggu.kalau dah lebih seminggu tu saya tak senaraikan.



Tapi bukan bermaksud kamu tidak tersenarai dalam bloglist ni kamu disingkirkan dari GSF.ahli tetap ahli.cuma nak bagi kamu cuti..ngeee~dan  kalau dah segar semula,semangat blogging dah kembali menyinar.inform je ok :)



jangan tecik-tecik hati tau :)



Adakah ahli yang segar tetapi tidak tersenarai??? gitau mama okey :)



-Sekian Terima Kasih-

29???? ALHAMDULILLAH

ASSALAMMUALAIKUM..

ALHAMDULILLAH..





Kini genap sudah  29 tahun ku menumpang di bumimu YA ALLAH.Alhamdulillah
Terima kasih atas semua  yang ENGKAU pinjamankan padaku,
 syukran YA ALLAH..


Buat sahabat
Doakan yang baik2 buatku dan family ya sayang2 mama :)
Terima kasih :)

Buat 
Terima kasih entri khas yang sangat Menyentuh hatiku ini dear :)
terima kasih yang tak terhingga :)



love u all ;)

Tengah menanti hadiah dari papa alesya..
apakah yang suprise untuk tahun ini??
tehehehe.








-Sekian Terima Kasih-

KACANG PERISA JARI MANUSIA....

ASSALAMMUALAIKUM..

ALHAMDULILLAH..





Ko tahu tak???
Semalam kan,Mama nampak sebungkus kekacang,tengah lapar ni, mama pun buka bungkusan dengan berhati2.kalau tegolek sebiji?camna? bazir kan? padahal~..


Bila dah buka,mama suap ke mulut..mmmmm..??????
Apasal rasa jari manusia kacang ni??dah ada perisa baru ke kacang pagoda sekarang?betul2 rasa jari sendiri.
Ko pernah tak rasa jari? ko hisap jari telunjuk ko sekarang!!! hah! camtu la yang mama rasa waktu mula2 kacang tu sampai ke mulut.Pelik kan??



Mama gigit,tak hancur,gigit lagi..aduhhhh sakittttt!!!!!!!!!!!!
Mama buka mata,ibu jari dan telunjuk dalam mulut...
OH YA ROBBI..Aku mimpi makan jari rupanya..patutlah!!!!..hahahahaha.cis!!very the venggong..!!!


Mama senyum kelat.apadahhhhh...nasib baik mimpi waktu semua orang tidur.kalau mimpi disiang hari comna tu?Tapi ALLAH dan malaikat nampak kan?ala maluuuuuuuuuuuuu~~~teheeee~


Tapi itu ok lagi,ada orang yang mimpi sambut duit tu?tup2 terjaga ...lagii sadis kan?
tak pun mimpi yang lagi menawan, mimpi  sakit kencing,dah jumpa tandas..AHHaaaaaaaaaa..lega,!!!!


padahal kencing di tilam!! pas tu tak bangun pulak,terus sambung mimpi gi berenang pulak...Cuba ko bayang..KAHKAHKAH..

Ko pernah tak?hehehe.



-Sekian Terima Kasih-

UPDATE # AHLI GSF BARU 08 OKTOBER 2012

ASSALAMMUALAIKUM..

ALHAMDULILLAH..


Sebelum tu mama nak minta maaf sangat2 kalau update untuk senarai ahli baru ni tertangguh.Mama tak buka blog hujung minggu tu,mood ditelan tikus.ngeeee~


Ok untuk pengetahuan umum,lima orang ahli baru yang tersenarai ini adalah dicadangkan sendiri oleh ahli2 GSF yang lain.Pengundian telah di buat di GSF FACEBOOK PAGE,so mana2 ahli GSF lain yang takde facebook besar kemungkinan tidak tahu tentang pemilihan dan pencalonan ini..Jadi Ini penting untuk makluman bersama. :)

AHLI BARU








Ok 5 penama diatas adalah Ahli2 baru GSF.


Kepada Ahli2 GSF yang senior sila update Bloglist  anda .Masukan penama2 diatas didalam bloglist kamu .Boleh kan?

Dan kepada 5 yang terpilih SELAMAT DATANG KE GSF  :).Selamat berkenalan  dengan Semua ahli2 yang lain.Jangan risau mereka semua baik2 belaka..eherm..


 Segan pulak mama dah jadi macam puan  pengetua la pulak.nak arah itu ini kan?


Tapi..tapi..tapi mama takde niat nak arah sana sini ye cayang2 semua.mama just menjalankan tugas je.selaku tukang buat pengunguman.ngeeee~ takde niat nak jadi BIS BOSS..wokey..




Insyaallah,Lepas ni mama nak buat update bloglist pulak.Nak buat Penguguran bloglist mana2 ahli yang kurang segar setakat ni.Tapi bukan bermaksud digugurkan dari ahli GSF tau,just gugur dari Bloglist je.ada faham tak??

Sebab kalau tengok dah ada yang berbulan tak update kan?hilang tanpa dikesan.Daripada duk mengeram dalam Bloglist tu,ngeee~.kita asingkan je dulu buat sementara waktu.Tunggu la mereka aktif semula baru kita update lagi.Kenapa? sebab kalau banyak sangat senarai bloglist blog jadi berat kan?.huhuhu.

Oh ya  kalau nak tahu lebih lanjut tentang GSF sila rujuk menu tab mama belah kiri tu,then klik GSF INFO  ok :) selamat mengodek2.








-Sekian Terima Kasih-

TERPAKSA RELAKAN KAU PERGI...

ASSALAMMUALAIKUM..

ALHAMDULILLAH...


 Petang ini 5 OKTOBER 2012. petang yang suram bagiku,sayu hati melihat pemergian DIA yang paling ku sayang selama ini.Air mata tidak dapat dibendung lagi,mengalir dan terus mengalir.apatah lagi bila menjenguk keluar rumah dan rasa begitu janggal disebabkan DIA sudah tiada disitu.



Puas ku pujuk hati supaya merelakan pemergianya,namun minda tetap berdegil mahu mengimbas kenangan manis yang pernah dicatat bersama DIA .Aku kesat air mata,namun ianya tetap berdegil untuk mengalir.Senyuman sudah hilang di wajah tika ini.suram mendung,berarak awan kelabu...la~la~la~UWAaaaaaaa!!!!!Boleh ke nyanyi tengah sedih ni?..tsikk..:'(


Tiga tahun kita bersama,tidak pernah berlekang di depan mata,kilauan dan sinaranmu yang selalu menyilaukan mataku,kini sudah tiada lagi.



 OK stop berbicara puitis segala bagai itew.titik.titik.titik.!!!
Uwaaaaa!!!Mama sedih ko tau tak??? sebab petang ini mama terpaksa merelakan pemindahan SUZUKI SWIFT COMEL mama ke tangan orang lain.

 Lepas ni kalau nak lepas rindu tengok gambar je la kan :(


Cis kata sedih tapi ada senyuman poyo ..hok!hok!hok! jarang tau ko dapat tengok..la~la~la~


Sebenarnya kalau ikutkan hati mama memang taknak jual kereta tu.sebab itu adalah hadiah dari suami tercinta sempena mama megandungkan NUR AFEYA ALESYA.Tapi disebabkan tahun depan suami berpindah ke kuching atau ke korea.terpaksalah korbankan kereta mama tu.uwaaaa..~ nangis lagi!




Nak hantar kekampung pun payah,sebab ada dua bijik lagi kereta disini yang sedang menunggu masuk kontena.kalau nak sewa satu kontena je dah 16 ribu kao!!!! berbinar bijik mata dibuatnya.juling air,juling itik,juling unta!!! pilihlah yang mana suka.tapi kami tak nak sewa sebijik kontena sebab taknak juling.




Oleh sebab itu,aku dengan hati yang sedih dan pilu merelakan pemergianya.Dengan harapan orang baru itu jaga Dia sebaik-baiknya. uwaaaa..sambil taip ni pun sambil tarik hingus tau.kroih..kroih..tsin..!
ko familiar dengan bunyi tu kan?takyah tipu..






Macammana ku nak pujuk hati ini?patah hati patah semangat dah ni,
mungkin selepas ku luahkan disini.ringan sikit kesedihan...:"(
then yang paling penting mama mau makan banyak2 lepas ni!!!!!!!
makan!makan!makan!


-Sekian Terima Kasih-

KAWAI LA SANGAT!!!!

ASSALAMMUALAIKUM..

ALHAMDULILLAH...Akhirnya selesai juga mama jahit baju baru untuk blog daif mama ni,taraaaaa..dah siap pun..alhamdulillah setelah seharian ngadap laptop kemarin melukis doodle yang nak tempek kat sinun..ngeeee~

Kawai ka tidak? baik ko cakap kawai sebelum mama korek lubang hidung ni.hahaha.kawai la sangat kan?tehehehe.Entahlah kenapa sejak dua tiga menjak ni mama suka sangat pulak tengok doodle kawai2 tu,so mama pun terai la kunun berkawai2..dan inilah hasilnya..


So,Macammana?mata ko terkawai tak tengok?

Dan soalan yang paling antik dari hati yang suci ini,ahaks.. ofkos mama nak tanya ko satu soalan kan?

Ko suka tak?ngeeee~









-Sekian Terima Kasih-

SUPRISE VECTOR ILLUSTRATION # 4

ASSALAMMUALAIKUM..


ALHAMDULILLAH...


Tadi pagi mama buka blog,perkara pertama nak kena tengok ofkos komen2 korang kan?buka2 je ada 62 komen,aik? banyak juga padahal semalam dah publish semua.blogwalking pun dan berbalas..

Sekalinya mama tengok berderet nama WAN NURUL HEZERINA,mama kira2 ada 25 komen semuanya.Maksudnya dia baca entri mama 25 entri semuanya semalam.plus tadi dia dah komen entah berapa,mama tak kira lagi..haha.

Ko tengok je la PENGOMEN SEGAR mama tu,terus melonjak nama dia kan?..ish..ish..rajin betul dia geledah entri mama, syabas lalink :)..terima kasih banyak2 sebab melungkan masa mengodek2 entri basi mama..teehehe.

Oleh kerana keharuan mengamit jiwa mama,.sob..sob..sob..so mama hadiahkan lah VECTOR ILLUSTRATION ni buat kamu.walaupun ianya tidak setanding dengan masa yang kamu luangkan..uhuk..

SUPRISE :)..ngeeee



Tak pastilah iras ke tak..tapi mama tengok tak iras tapi adik pulak cakap iras..
so ko pulak camna? iras ke tak?ngeeee..






Dan tak lupa juga kepada pengunjung2 setia BHM dan pengomen2 tegar entri mama.Sayang korang semua :)


Siapa lepas ni? entah tak pasti lagi..tehehehe.kita tunggu je la..ngeee





-Sekian Terima Kasih-

SAMPAI HATI KO NAK...

ASSALAMMUALAIKUM..

ALHAMDULILLAH..


Ko tahu tak subuh tadi,siapa yang kejutkan mama untuk solat subuh?bukan papa..no..no..no..
tapi ALESYA.Anak mama yang serba canggih tu. Ko tahu tak dia kejutkan mama camna?


Meh sini mama nak bagitau.

Memula tu,mama perasan Alesya dah bangun,tapi mama abaikan je,sebab mama nak sambung tido kan? mama pusingla membelakangi dia.Maybe mama dah terlena juga  kot sekejap, sebab sempat lagi hilang ingatan.tehehe.


Tetiba mama rasa sejuk2,Bibir dan batang hidung seseorang menyentuh pipi gebu mama (gebu??? ptuiiii!! ) tehehe..

Pipi mama disentuh lagi,ok fine!,dengan mata yang kelat mama buka mata,terus nampak muka anak mama yang kiut miut tu tengah sengih2.mama pegang pipi,asal  melekit2 pipi ni...

Sekalinya..adoyaiiiii..ALESYA GI GESELKAN HIDUNG DIA YANG BERHINGGUS di pipi mama..hahaha.alesya..alesya..



 Pintar ko  bangunkan mama nak..syabas betty..ko ulang lagi sekali mama balas juga..nak?taknak jangan buat!





Sekarang,1 tahun 7 bulan 3 minggu dan 5 hari,makin lincah dan semakin pintar :)..
Alhamdulillah..



Kebelakangan ni,Alesya selalu berhingus pagi2,mungkin sebab air con terlalu sejuk.Tapi sebelum ni dia kalau setakat 16 degree,  ok je.tapi sekarang ni sensitif pulak.mungkin sudah tiba masanya untuk kami berkipas tidur..hehehe.




-Sekian Terima Kasih-

COPYRIGHT,DOODLE, AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY ARINA SHAMSUL wink