guest

TAHAN-TAHAN SAJA.


Bagi sesiapa yang sering mengikuti perkembangan blog ini,pastinya sudah maklum bahawa mama pindah lagi,kali ini ke KUCHING SARAWAK,itu pun cuma dua bulan,sehubungan dengan itu,sepanjang dua bulan keberadaan di sini,haruslah mengawal nafsu membeli belah.
eh silap ,kena WAJIB BAGI MAMA! hehehe.

Memang agak sukar kan nak kawal nafsu membeli belah ni.Apatah lagi bila melalui kawasan2 yang banyak item2 yang menarik.Mama rasa kan,bila lalu je kawasan tu,item2 tersebut seolah2 melambai-lambai ,memanggil-manggil,menyeru-nyeru dan merayu-rayu kepada mama nak minta beli.hahaha.dasyat tak dasyat tu.haieh...

Tak boleh!tak boleh! barang2 ko nun kat johor tu dah sebuah rumah penuh! adey..nasib baik la ayat bold tu boleh tundukkan nafsu ,berbelanja mama tu.fuh..nasib baik..

Semalam bila round-round shoping kompleks,kecur je liur tengok beg2 cantik dan baju2 cantik kat sana tu.Bila start pegang je,terus ayat bold tu melintas kat otak.hahaha.selamat...







ingat lagi tak? ..semua ini masih tinggal di johor.barang2 ni semua masih menunggu status kewarganegaraan..hahaha.





-Sekian Terima Kasih-

Erkkkk ! 510.00?



Ecece.dia ingat nuffnang lettew..hahaha.bukan la macik pacik..



NI hah,komen mama tak publish lagi ni hah,dah cecah 510 dah.
nak garu kepala ke nak garu biji mata ni kalau camni..cirit birit la nak balas kunjungan ni lepas ni..hahaha.

Bukan niat nak tayang,tapi nak bagitau keterharuan terhadap sokongan korang dengan blog daif mama ni..walau mama tak segar sejak dua menjak ni,namun korang tak pernah jemu membaca coretan2 mama...

uwaaaaa..sob..sob...
tengkiu a...bili2 mas...whoaaaa...




-Sekian Terima Kasih-

LUAHAN TAK PUAS HATI!


Sekarang ni macam2 jenis penderaan yang dilakukan oleh manusia2 yang otak pakai kat lulut ni lakukan terhadap kanak2 atau bayi.

Bila tonton berita semalam,ternampak pulak seorang pembantu kepala batu sapi ni melambung2 seorang bayi berumur 4 bulan. haieh...rasa nak masuk je dalam tv tu nak ganyang2 kepala pembantu tu.Pecayala,selagi tak gondol,selagi tu mama kerjakan.mencik tau! geram!huh!

Mama,tak boleh la dengar kes penderaan kanak2 ni,apatah lagi nak tengok.memang kalau boleh nak elak terus dari tengok.tapi semalam tu dah tertengok,tengok je la.haha.

Ni kesilapan siapa ni,cuba bagitau mama? ops! macam pegawai polis ke?haha
Rasanya  macam2 dah tindakan yang dibuat,tetapi kes penderaan bayi ni tetap juga berleluasa,apa lagi yang kita harus buat? haruskah kita kelip2 mata,ngangakan telinga je? eh? telinga boleh nganga ke? hahah.apa2 je la ikut suka ko la.

Tapi kes sebegini tidak harus dibiarkan begitu sahaja.wajib kena ambil tindakan! wajib!
atau kita tukar je otak manusia2 yang tidak berperikemanusiaan ni dengan otak belalang? hah!pastu hilang akal terus orang dah tak kisah la kan?hahaha.

TOLONG HENTIKAN PENDERAAN!

hah! tengok ni,mama tengok senyuman baby je dah cair,..heheh.


-Sekian Terima Kasih-

SELAMAT DATANG SAYANG..SELAMAT TINGGAL CINTA..






SELAMAT DATANG SAYANG












SELAMAT TINGGAL CINTA









HIJAU AKAN KU GENGGAM MERAH HARi INI (17.2.2013) TELAH KU LEPASKAN.
tu merah,bukan pink,lighting je lebih tu..


hehehe.


-Sekian Terima Kasih-

NEW ZEALAND TAPI SABAH.

 
 
 
NEW ZEALAND TAPI SABAH,eh?? SABAH TAPI NEW ZEALAND.eh apa yang pelik ? ko pelik tak?dari tajuk sampai sekarang ni? pelik tak? sangsi tak?nampak tak permainan diaaaaaa...! hahahahaha.
 
Mama nak tunjuk ko ni mama gi new zealand tapi di sabah,eh?? hahaha.
ok2  kita tengok apa yang mama maksudkan..hehehe.
seee..lembu2  new zealand ada kat belakang tu..macam kat susu kotak tu kan? hahaha



tempat ni sejuukkkkk tengok kabus kat belakang tu.nyamannnn sangat? hehehe
sebab tempat ni area kaki gunung kinabalu.nak tengok gunung,hah depan mata.tapi waktu ni gunung kinabalu diselimuti kabus la..uhuk.

tengok! seekor lembu nak masuk mulut alesya..hahaha.

 auwww..one family la..hahaha.
Alesya terpandang tahe lembu la (perkataan bold tu,harus di eja camni,nampak sopan sikit,sopan tak? ).....hahahah..
A...tempat ni di sabah sebenarnya bukan di new zealand pun..heheh,tempat ni di mesilau kundasang dalam daerah ,ranau sabah.
geng2 blogger semenanjung dan sarawak,dan sabah yang mana2 belum jejak kaki ke sini..jemput datang ke sini..pasti nyaman...
ngeeeee..


-Sekian Terima Kasih-

KINI SUDAH TIBA MASANYA.

 
 
 
CEtengok tajuk,macam lagu raya tak? haha.ok,kini sudah tiba masanya mama nak bersara dari berblog..boleh?Aiseyy.. hahaha.

Buat pengetahuan ko,aktiviti harian mama sekarang ni terlalu sibuk dengan kerja2 harian,mana nak kejar puteri mama tu turun tangga naik tangga, mana nak layan karenah dia lagi yang  manja ,
 
waktu terluang mama sekarang ni pun waktu dia tidur je,tu pun waktu ni la nak siapkan kerja2 rumah..So masa untuk mengadap blog agak terhad.huhuhu.
 
Jadi memandangkan mama adalah pengerusi kepada
 GROUP SEGAR FOLLOWER,tapi agak bizi dan kurang segar saat ini,MAMA NAK PILIH NAIB PENGERUSI DAN AJK2 UNTUK GROUP SEGAR FOLLOWER (GSF)
 
Kewujudan mereka2 ini nanti adalah bakal orang2 kuat untuk meneruskan dan membangunkan GSF.boleh tak kawan2? hahaha.bukan mama nak bersara terus,dari GSF,tapi mama nak on off on off je dalam masa yang singkat.hehehe. BOLEH?

aha,itu point dia..
Hehehehe.

Ok untuk mengelakkan keharubiruan suasana mama senaraikan calon2nya disini. cuma apa tugas korang(ahli2 atau bukan ahli pun boleh pilih) ialah mengundi siapakah diantara penama2 dibawah ini yang layak korang jadikan 
 
NAIB PENGERUSI.
SETIAUSAHA 
DAN
 BENDAHARI.

SENARAI  CALONNYA

1.NUR AMANI (AKU,CINTA DAN CITA2)
2.CIK AINI ( CIK LAVENDER)
3.YANIE (SI MATA TAJAM)
4.DEQLA MANJEW ( MISS ERRY BERCERITA)
5.NYUE(CORETAN SANA SINI )
6.LELAMAISARA( CUTE MAMA)
7.AYU ( INI CERITA AYU)
8.DIEYNA ( DISINI RUANGKU BERKONGSI )
9.MS VELENTINE ( ALL ABOUT LOVE)
10. CHIC NA ( THE COKLAT BLOG)


Inilah senarai calon2nya.kenapa mama pilih mereka? sebab mama yakin dengan cara mereka dan kesegaran mereka insyaallah GROUP SEGAR FOLLOWER tetap akan segar di persada blogger.hahaha.betul tak korang?hehehe.

Jadi,mama nak minta jasa baik korang tolong pilih siapakah yang layak menyandang 3 JAWATAN DIATAS.
 
Penama2 yang tersenarai pun boleh mengundi okey,nak undi diri sendiri pun boleh aje..hahaha.

Tolong ye korang.hehehe.
tengkiu.

Kalau mama undi,mama pilih
 CIK NUR (pengerusi)
DEQLA MANJEW ( SETIAUSAHA )
CIK AINI ( BENDAHARI )
 
yang selebihnya  AJK..
ihikkkkkk..

KORANG PULAK? PILIH SIAPA?


-Sekian Terima Kasih-

WANITA?? JAUH2 PLEASE..

 
 
 
 PERKARA-PERKARA YANG PERLU DIJAUHI OLEH WANITA

1. Menyambung rambut palsu
2. Bertatu, mencabut bulu wajah dan mengikir gigi
3. Keluar rumah dengan memakai wangian sehingga terhidu lelaki bukan mahram
4. Memperlihatkan perhiasan (bersolek) di depan lelaki lain
5. Menolak panggilan suami untuk tidur bersama
6. Membuka rahsia hubungan suami isteri
7. Berpuasa sunat tanpa izin suami
8. Membelanjakan harta suami, tanpa izin suami
9. Derhaka kepada suami
10. Meminta cerai tanpa sebab yang jelas
11. Mengingkari kebaikan suami
12. Bersama lelaki lain yang bukan mahram
13. Memandang lelaki yang bukan mahramnya dengan pandangan yang mengoda.
14. Bersalaman dengan lelaki bukan mahram
15. Menyerupai lelaki
16. Membuka rahsia wanita lain kepada suami
17. Memandang aurat wanita lain
18. Keluar rumah tanpa ada keperluan
19. Mencakar-cakar tubuh ketika dapat musibah
20. Meratapi kematian
21. Berhias atas meninggalnya seseorang
22. Mempercayai dukun dan peramal
23. Menyumpah anak-anak sendiri
24. Tidak bertegur sapa dengan sesama Muslim
25. Menganiaya pembantu
26. Mengganggu jiran
27. Minta cerai kerana suami sakit
28. Minta cerai kerana suami bernikah lagi 

SUMBER FB.

Sama2 kita perbaiki diri dan kelemahan masing2 :) moga kita tergolong dikalangan wanita2 yang solehah dan disayangi ALLAH :)
Saya wanita,kamu wanita..eh? wanita ke? hahaha.kalau laki yang baca ni..suh adik pompuan atau wife baca..lekas2 jangan malas.hahahaha.


-Sekian Terima Kasih-

MAJLIS SIMPLE KAMI

Gambar ni terhasil pada 5 hb februari 2013 hari tu.Sempena ulang tahun kelahiran bunga hati mama yang ke dua tahun.ALHAMDULILLAH..
 
Tiada majlis kenduri kesyukuran kali ini sayang,memandangkan kita baru bermastautin di kuching ni baru 5 hari.jiran2 pun belum berziarah.setakat senyum simpul malu2 gajah tu adalah..hehehe.
 
 
kalau buat kenduri pun tak tahu siapa nak jemput.FAMILY GSF? nak datang ke korang?hehe.
So mama ngan papa beli kek ni saja buat kamu..
 
 
Terima kasih ALLAH sebab memanjangkan umur NUR AFEYA ALESYA  hingga ke saat ini..
sayang kamu sangat2 Honey..muah!!.
 
 
 










SELAMAT ULANG TAHUN YANG KE- 2 TAHUN SAYANG ..
MUAH!


-Sekian Terima Kasih-

Macammana nak cakap ni

 
 
 
Emmm..susah nak cakap,tak tahu nak mula dari mana,mahu tak mahu kena cakap juga la kan?kang keluar api lak hidung ko kan?susah2 singgah sini last2 takde benda pun nak ko baca.awas!!! bulu2 hidung jangan sampai togel !hahaha.

okey perkara pertama mama nak cakap,nak bagitau ko pasal internet mama dah stabil sekarang.Alhamdulillah..horeyy! tehehehe.

Mama guna DIGI INTERNET PREPAID tu.tau kan? yang nak kena reload tu.kalau takde reload takdela dapat online..ngeee .tapi ok juga la takde komitmen kan? ada duit reload la,takde duit, nganga la,telan lalat..hahaha.

Tapi sekarang ni,keadaan agak kalut sedikit la,sebabnya sekarang ni hanya kami berdua je kat rumah sewa besar gedabak ni kalau siang.mama..alesya..alesya mama..berapa orang dah? dua ke empat? haha.

Agak susah juga mama nak buat kerja rumah sekali jadi pengawal puteri alesya yang agak lasak tu,.takut dia nyorok2, turun naik tangga.huhuhu.ye la sebelum ni,mama ada orang yang bantu kan,tapi kini kat sarawak ni,takde yang bantu.lagipun kami kat kuching ni dua bulan je.

Yang last mama nak cakap,terima kasih banyak2 pada family gsf dan kawan2 yang tak putus2 singgah dan memberi sokongan pada blog serba kekurangan mama ni.walaupun mama tak dapat balas kunjungan korang beberapa minggu sebelum ni,tapi korang tetap setia..sayang korang ketat2 sendat2,mampat2..
uwaaaa..sob! sob! 

hah! kan hinggus dah leleh dah..uwaaaaaaa.
mama nak cari tisu jap..la...
 
Eh jap..ni gambar rumah sewa mama kat kuching..
Rumah ni kami sewa fully furnish RM _ _ _ _._00 sebulan..hehehehe.






HAH! Amacam..semak tak rumah mama kat kuching ni? sapa cakap semak, awas! mama pos segerombolan semut gi peti surat rumah dia..hahahahaha.



-Sekian Terima Kasih-

BUNGA HATI MAMA GENAP DUA TAHUN.

 
 
Hari ni 5 hb februari 2013 kan?hah..hari ni birthday my sayang mucuk2..hehee
 
Pejam celik,pejam celik dah genap dua tahun dah puteri tunggal mama ni.Alhamdulillah. 
 
Dah dua tahun kamu hidup di pangkuan mama sayang.Dah dua tahun kita berkongsi suka dan duka.
 
Alhamdulillah,mama berpeluang membesarkan dan mendidik kamu.Kamu anak yang baik cergas dan kuat .
 
Mama doakan moga kamu membesar dengan sihat,jadi anak yang solehah, berjaya dunia dan akhirat.amin~
 
Selamat hari lahir yang ke -2 tahun sayang..muah!
 
 
 
Alesya and the lembu2 di belakang..hahaha,


-Sekian Terima Kasih-

KAMEK MESTI MADAH!

 
 
 
"ARI MAREK,KAMEK,PAPA,DENGAN MIAK KECIK ALESYA,JALAN2 SITOK BANDAR KUCHING,KAMEK GELIK SALAH MADAH DENGAN ORANG SITOK.TAKUT JUGA KENA PALU" hehehe.
 
SUDAH! SUDAH! Berbelit2 sudah otak mama dengan tempurung kepala.hahaha.entah betul entah tidak mama tulis huruf besar tu.maaf ye orang sarawak..hehehe.
 
kitak pening kamek madah?ngeeee
Haieee..kamek lagi pening.Sudah 5 hari mama duduk kuching,bagi mama susah betul nak tangkap bahasa sarawak yang unik ni.terdiam sekejap kalau nya madah.hehehe.
Takpe,takpe, dua bulan lagi madah sarawak dalam tangan.aiseyman panjat kelapa..hahaha.
 
Siapa yang rindu nak tatap wajah manis pahit mama tu?aisey! haha.Gambar kat kuching ni takde lagi ye.insyaallah nanti2 la mama upload.setakat ni mama belum tangkap gambar lagi kat sini.hehehe.
 
Nah sekeping gambar waktu balik sabah baru2 ni..
 
peace..


-Sekian Terima Kasih-

Alhamdulillah....

Hari ni 1 haribulan kan?hah! Semalam,mama sampai kuching sarawak.hihi.alhamdulillah..
Ko apa khabar yang?( "yang" hanya kepada pembaca pompuan,"yang @ mo-yang kepada pembaca lelaki ) hahaha.

Rindu tak dengan mama?ahakssss...
Mama rindu wei dengan engko..ko tahu tak berapa keluasan padang pasir?ko tak tahu kan? Hah! Macam tu la tahap rindu mama dengan engko.hahaha..macam tipu je kan? Teheheh

Lama mama tak update kan?blogwalking pun tak pernah.ini internet punya pasal la! Dia tu yang tak nak ada line kat kampung mama tu.sekarang ko salahkan internet! Ko jangan salahkan mama pulak ! Boleh gitew? hahaha.


Buat masa ni,mama ngan family duduk hotel je,so boleh la tumpang sekaki payung wifi dorang ni.tu yang mama tunjuk batang hidung ni.hehehe.esok2 dah dapat rumah, dah dapat internet
baru,mama maintain la berblog semula.insyaallah akan mama usahakan sesegar dulu..ngeee.


Kalau mama tak dapat online juga,mama tempeleng muka cicak ngan ayam kat rumah tu nanti.hahaha.

Ok la ,setakat sini dulu pertemuan kita k,mama nak kacau dodol ni.kekekke.


Psttttt...mama nak jual ipad new ( wifi + 3G) mama rm 950. Sapa nak? I pad ni mama beli tahun lepas bulan 9.masih dalam keadaan elok no calar2...no problem.kenapa mama jual? Sebab mama bekenan dengan i pad mini tu la....ihik..sapa nak? Angkat tangan!hahahaha.






-Sekian Terima Kasih-

COPYRIGHT,DOODLE, AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY ARINA SHAMSUL wink