guest

RUPANYA BUKAN MEE.laaaa~




Tajuk tu yang tarik ko kesini kan? hahaha..itu permainan dia~ selamat datang la~la~la~la~
 jemput hirup doodle dalam cawan kat atas tu,jemput..jemput..hahaha.

ini bukan lah kisah mee maggi ke..mee kari ke,mee laksa ke,mahupun mee tuuuuut!
tapi kisah bunga hati mama si Alesya.

ini kisah jumaat minggu lepas,berapa haribulan ea? lupa pulak.haha.
mama tengah berpoya-poya depan TV sambil makan makan keropok,konon2 nak feel dalam panggung lettew.macam biasa alesya pun menghampiri.kebiasaannya dia bukan jenis yang meminta,cuma pandang je,kalau kita suapkan,dia akan renung dulu makanan tu,dia pernah makan ke tak,kalau pernah,dia akan buka mulut,tapi kalau tak pernah dia akan geleng kepala.

Tapi waktu tu,mama kunyah 4kali dia kunyah sekali,mama kunyah 2 kali dia kunyah sekali,main sekali2 je dia.hahaha.hairan gak la kan,alesya makan menda apa ni?mama tak suap pun lagi,mama pun buat muka deqla,cik ai,cik nur,semua muka ahli GSF mama tiru,aicemen..,hahaha
camtu la memek muka mama,ofkos dia ketawa kan? hahaha.
mama nampak la apa dia kunyah2 dari tadi,cepat2 mama masukkan jari dalam mulut dia dan keluarkan,

MASYAALLAH..rupanya menda ni dia kunyah.hahaha






Ni,mesti dia ingatkan mee ni,sebab dia ni bukan jenis makan sembarang kalau dia tak kenal,
ada rupa mee tak? hahaha.nasib baik tak telan lagi..kalau tidak mama telan botol kicap tu juga..hahaha

bertuah  tak anak mama?
ko pun tak berani buat kan? cuba try buat ,mama  nak tengok,
dengan syarat kunyah  depan mak atau ayah,tak kiralah mertua ke,yang penting mak ayah.hahaha.
ada berani?kekeke.


psttttt..
mama main game candy crush tu kan,baru level 30 tu pun dah masuk dua hari main,tak lepas2 lagi..hahaha.geram ! asyik over je..nak tunggu ko sent life pun lama sangat.
sent la sekarang...hahahah.









-Sekian Terima Kasih-

SERIUS AKU KETAGIH



Pada awalnya niat sekadar ingin mencuba,tapi lama kelamaan  sudah mencapai tahap ketagih,serius sudah ketagih..bila sudah ketagih ni,ko pun faham2 la kan,mahu saja bersama benda tu setiap masa..aduiii,parah2..

lagi2 bila tengok pil2 tu sangat2 mengiurkan,seksi dan bunyinya yang sangat mempesonakan,memang tak dapat dibendung lagi,mama pun terus menerus melayan.
.masyaAllah..jangan sampai aku terlalai,


Eskius me,tolong jangan salah sangka boleh tak? ko ingat pil dadah? eh hello! dadah2 kita tak makan ye,kecuali dada ayam.kita makan la,sebab tak minum.hahaha.

Ni citer bukan citer pil khayal ok,dan untuk pengetahuan engko,sesungguhnya,mama adalah salah seorang penembak tepat lubang hidung manusia.jadi kalau ko buat laporan polis,bermakna lubang hidung engko akan jadi empat.hahahah.
  

sebenarnya mama ketagih pil ni hah...







amacam seksi tak pilnya..seksi kan?hahaha.
mama garenti ada diantara korang yang layan juga game ni kan,ada kan? baik ngaku,haha..sebab game ni mencabar mata dan minda kan? kan? hahaha.
dan....
mama yakin juga,yang tak pernah main,akan cuba ,try,test game ni..hahahaha.
kalau nak install cari kat application store ye...hahaha
 CANDY CRUSH nama beliau.
dah main tu,roger2 la mama,leh kita sent2 life.hahaha.

lepas ni ko gi cari lettew kan? 
la~la~la~la~


-Sekian Terima Kasih-

JANGAN LUPA CHARGE :)








Sama2 kita renung2 kan :)


-Sekian Terima Kasih-

TERUSKAN :)




peringatan untuk aku dan kamu :)





Bila kali terahir engkau berdoa? jangan cuba2 sombong dengan Allah.Sebab segala apa yang engkau miliki adalah milik Allah,bila2 masa Allah boleh tarik balik..berdoa dan bersyukurla seadanya :)

renung-renungkan :)


-Sekian Terima Kasih-

INI SEMUA GARA2 KAU!



Kau punya pasal la ni? so sekarang siapa yang salah? aku kah? kau?

Ofos kau! kau salah sebab aku yang suruh kau buat salah! hish..nak tonyoh belah mana ni! tapi aku sayang kau! kau jangan merajuk ok! kiss sikit!

Kata2 dalam perenggan diatas telah disalin dari perbicaraan hati mama semalam.hihihi


See,mama dah nampak bintang2 berkelipan berhampiran kepala ko saat ini.wow! ada meteor la.hajat! hajat! hahaha.ko pening kan? tak faham,betul tak? hehe relax..lets me explain first,ahaks! 

Begini,semalam mama lepak2 kucing santai2 dugong atas tilam sambil blogwalking,mini I pad kat atas dada,aisey..hahaha.mama pegang macam pegang buku tu,tetiba..DUSH! BUK! TErlepas pulak~Adoiiii!!!! dia hempap bibir angelina jolie i? cuba ko bayang sakit tak sakit,mengerang la wei....uwaaaa.tapi walaupun mama cenggeng,tapi mama tak nangis waktu tu.

Mama pun mengensot-ensot  menuju balik pintu dan teresak-esak kat situ.alesya pun datang bagi mama cumi-cumi.nampak! nampak! mama dah stat membonggak dalam perenggan ni.tapi dalam perenggan ni je la,perenggan lain semua betul.hahaha.


kendian,bibir mama pun berlaku la pendarahan berdarah eh? pendarahan beku.cantik sangat,cun-cun tengah2 bibir bawah ni hah.Lazat berkerim putar potato hot and spicy rasanya..adeyyy.

Dulu emak i pad tu pulak belasah dagu i ni hah,nasib baik tak meninggalkan parut,tu yg terbelah dagu mama sampai sekarang ni.konon! .hahaha.(siapa percaya dia poyo)haha. 


Tapi serius,ini kejadian kedua i pad mencederakan mama,uwaaaaa...

tapi jangan risau mama dah tempeleng i pad tu semalam juga.fuh! puas hati i!ko ada nengok tukang gaji indon lipat2 budak 4 bulan tu? hah! macam tu la mama lipat2 ganyang ipad tu. hahahaha.ko percaya tak? kekeke

ko pulak? pernah tak alami kejadian yang sama? paling simple muka dihempap buku.hahahaha.apa ko rasa? strawbery ke oren? hahaha.

maaf gambar kemalangan tidak dapat disiarkan,bahaya bagi perahu2 kecil.hahahaha. 


-Sekian Terima Kasih-

KAMU LAYAN JUGA KA?

 
 
 
MY GIRL-philipino drama.( Betul ke juga mama eja?haha)

Ko tahu kenapa mama suka giler layan drama ni? sebab pelakon wanitanya sangat cute..subhanallah.
watak yang di pegang pun gila2..hahaha.
suwettttt2 gitew.Sesuai sangat dengan heronya kan? ngeee~
 
Amaran keras! 
kaum wanita, sila jangan renung dua lelaki dalam gambar ni.takut kang ada yang pitam! hahaha.
 
 
 
Siapa yang layan cerita ni? angkat tangan!
ok2 turun tangan..( adui pening kepala tak dapat nak hitung (=_=') 
hahaha.
 
Best giler kan cerita ni,cerita romantik komedi.Percintaan tiga segi.Nasib baik mama muda2 dulu cinta bulat je.haha.Nampak tak,mama dah start Ngegada kat situ? hahaaha.
 
Mama kalau tengok cerita ni,
aduiiiiii..
Kalau dorang nangis, mama pun nangis..hahaha.
Cenggeng tak cenggeng! caits!

 Siapa yang layan cerita ni dari awal,memang tahu la ceritanya.Best kan?
 
Cerita ni main kat TV3. jam 10 pagi.selasa -khamis.
Beginilah nasib kami yang takde astro ni,TV1,TV2,dan TV3 aje la channel yang ada.
Tapi ok la, yang penting takde la cerita yang berulang2..hihihi
 









-Sekian Terima Kasih-

BOY? GIRL? adakah patut...hahahaha.





 Haahahahaha..Tak bleh tahan betul la..
adeeyy..


Yang pasti mama takde chicken boys ok...
hahahaha..


pssttt! : nak tanya skit,boleh? mana lagi awak suka template sebelum ni ke, yang sekarang ni?
template ni nampak semak tak?ngee~


-Sekian Terima Kasih-

HAPPY BIRTHDAY DEQ and CENDOL :)

 
 
 
 
 
 Hari ni mama taknak pantun,mama nak wish biasa2 je boleh? Almaklum kalau senentiasa berpantun ni kang, makin TER-asah pulak bakat berpantun mama kan? hahaha.mual tak? mual tak? nak tembak tak?nak tak?hahaha.
its ok,takpe2, BANG!! BANG! -  dah tembak diri sendiri dah.hahaha.


EH? Camna birthday korang boleh sama ni? 
nampak tak soalan mama?vengong tak venggong.hahaha.ko takyah jawab,biar birthday girl tu yang jawab.kekekek.perasan tak ketawa mama dah ada perkatan KEK kat sana,( baru nak gi tengok semula  lettew.. hahah) 


so korang takyah kek la ye.guna kek tu je boleh? hahaha.
Baideway,mama taknak cakap banyak,sebab makin banyak mama cakap makin merapu jadinya so,di kesempatan ini mama nak wish 

SEMOGA ALLAH PANJANGKAN UMUR KAMU,
MURAHKAN REZEKI KAMU,
PERMUDAHKAN SETIAP URUSAN KAMU,
BERI KAMU KESELAMATAN DUNIA AKHIRAT,
DAN 
SEMOGA ALLAH BERIKAN KAMU KEBAHAGIAAN DAN KESENANGAN DUNIA AKHIRAT..amin~
Nak hug satu satu
 
-hug- untuk DEQ
-Hug- untuk CENDOL
Hehehe
miss korang sesangat ,take care :)
 
KEK UNTUK CENDOL. :)
 
 
KEK UNTUK DEQ :)
 

Gambar kek pun jadik la ye sayang-sayang ku..hahaha.


-Sekian Terima Kasih-

Mrs.Erry 1st Giveaway,

 
 
 
Adui..adui..baru mama perasan hari ni 16-3-2013 bermakna ada dua hari lagi nak expired ,
 
 Mrs.Erry 1st Giveaway, 
 ( kalau dah expired,lepas ni tak boleh makan dah~ haha )
 
serius, ingatkan hujung bulan ni..
fuh,alhamdulillah nasib baik sempat..ngee~
Sorry dear lambat sangat join GA ni,hope kamu faham..uhuk.

So dengan rasminya mama nak join GA ini :)
 
 
 
 


Jom join ramai2 :)
Nak join tak? meh sini meh, kita terbang ke tuan punya blog..hehehe
KLIK
 
 


-Sekian Terima Kasih-

HAPPY BELATED BIRTHDAY LYAFRINA :)

 
 
 
 
 Dia seorang ibu tabah penuh kekuatan.
hari-hari yang dilalui penuh keyakinan,
membesarkan seorang anak dengan penuh harapan,
Semoga si ASYA cerah masa hadapan.
 
 
Entrinya banyak berkisarkan kehidupan,
Setiap kali mama membaca penuh debaran,
Kadang-kadang,airmata berbercucuran,
kerana tidak dapat ditahan-tahan.


LYAFRINA nama diberi,
gaya anggun cantik berseri
Senyuman manis ikhlas diberi,
menutup semua kesedihan dihati
 
SELAMAT HARI LAHIR LYAFRINA
SEMOGA ALLAH MEMANJANGKAN USIA,
DIBERI KEKUATAN,KETABAHAN DAN KESIHATAN YANG LEBIH SEMPURNA
OLEH ALLAH YANG MAHA ESA.
 

Tabahkan hati kuatkan semangat,
menempuhi setiap dugaan yang ALLAH berikan padamu ya sahabat..
 
 
-HUG-




 Birthday Scraps




-Sekian Terima Kasih-

HAPPY BIRTHDAY CIK ROSE :)

 
 
 
Minda kreatif tangan berseni,
Hasil tangan disana sini,
CIK ROSE CUTE  gelaran diberi,
berwajah manis senyuman berseri,
 
 
 
Wajah blognya bertukar sebulan dua tiga kali,
inilah akibatnya kalau tangan berseni,
kalau dah bosan tengok yang ini,
senang jer,dia tukar la lagi..
hihihi.
 
 
 
Ungkapan pantun pilihan hati,
untuk mengucapkan SELAMAT HARI LAHIR buat saudari,
hihihihihihihihi,
harap sangat dia suka hati.
 
 
 
HAPPY BIRTHDAY  cik rose cute :)
 
 
semoga Allah panjangkan usiamu,
murahkan rezeki kamu,permudahkan setiap urusan kamu,
dan melindungi kamu dunia akhirat.
amin :)
-hug-


-Sekian Terima Kasih-

HAPPY BELATED BIRTHDAY DEQLA MANJEW :)

 
 
 
 
DEQLA MANJEW nama diberi,
Berwajah putih gebu berseri,
bila tersenyum memikat hati,
untungla si suami memiliki,
hihihihi..
 
 
Suka buat lawak tidak kira masa,
bila mama buat enti dia pun datang la,
tinggalkan komen yang serba membina,
tidak kurang juga berlawak jenaka.
 hahahaha. 
 
 
SELAMAT HARI LAHIR sabahatku deqla,
 doaku semoga ALLAH memanjangkan usia,
di beri keberkatan sepanjang masa,
Dimurahkan rezeki OLEH YANG MAHA ESA.
 
 
 
Maafkan mama,kerana lambat buat entri,
Bukan sebab lupa tetapi kerana masa sangat mencemburui,
Berkejar dengan masa situasi ku kini
sebab itulah,mama jarang memunculkan diri.
Harap kamu memahami..
huhihuhi..
 
 
 
 
 HAPPY BELATED BIRTHDAY DEAR :)
 
 


-Sekian Terima Kasih-

HAPPY BELATED BIRTHDAY PAK JAGAU :)

 
 
 
Memula kenal dia ni dulu,ingatkan dia seorang remaja berumur 15 tahun,dengan gambar profile nya budak remaja kurus duduk atas batu,maka siapa menyangka dia adalah lebih berumur dari saya,

 
 
Rasanya ada kot komen saya dengan mengelarnya "DIK" hahaha,cuba ko semak semula komen2 ko jagau,kalau larat la..hahaha.

 
 
Namun setelah ada seorang AHLI GSF yang bertemu dengannya dan telah men-snap gambar beliau baru la kami tahu bahawa dia sebenarnya adalah seorang bapa budak..hehe.

 
 
Waktu tu memang saya agak terkejut juga la dengan apa yang dilihat depan mata.menyesal pun ada juga sebab banyak kot komen2 yang agak tidak sesuai dengan usia beliau,ngeee~ maaffin gue jagau.haha,tu la sapa suruh buat entri vengong-venggong.hahaha.
 
 
tapi entri vengong-vengong tu juga la yang saya suka baca.haha.

 
Jadi di kesempatan ini saya nak ucap
 
 SELAMAT HARI LAHIR JAGAU :)
 Semoga ALLAH PANJANGKAN UMUR KAMU
MURAHKAN REZEKI KAMU,
PERMUDAHKAN SETIAP URUSAN KAMU
DAN
BERIKAN KAMU KESELAMATAN DUNIA AKHIRAT
AMIN~
 
 
maaf banyak2 geng sebab lambat wish.huhuhu.


Setelah difikir-fikir takde benda yang saya terfikir nak bagi dengan ko jagau cuma iringan doa dan kek ini saja.
 
 
 Hahaha..


-Sekian Terima Kasih-

BUAT PERANGAI LAGI !

ASSALAMMUALAIKUM 

Kejadian hari ahad lalu,
Lokasi : BOULEVARD SUPERMALL KUCHING SARAWAK.
PERASAAN : RISAU YANG TERAMAT SANGAT.




Hari tu dia bual hal kan? 1 march tu,ada baca tak entri tu? kalau rajin baca KATSINI

 hah! hari ahad lalu tu pun dia buat hal lagi.dah la supermall dah nak tutup .tapi nasib baik  kami keluar awal 30 minit sebelum supermarket tutup.So sempatlah minta bantuan.hehehe.





Kancil tu milik securiti kat sana.ALHAMDULILLAH  dia sudi nak bantu kami connect battery kereta dia dengan si hitam. tapi malangnya..tak dapat sebab kuasa kereta tak mengizinkan.huhuhu.

Bertambah2 risau ni..,muka mama time tu,toksah cakapla,kesian....

bibir cebik je kebawah,pipi turun dah kedagu..hahaha.cuba ko bayang,kesian kan? dah macam muka  cicak hilang anak dah.haha.

Dalam keadaan wajah mama yang menyedihkan tu,tetiba lalu sebuah kereta berkuasa tinggi,mama terus lompat ke bonet kereta tersebut dan membuka langkah silat kuali.aisey..hahahaha.eh takde2! hahaha.






 Ni la keretanya..besar dan perkasa kan..hihihihi. Dia pun menawarkan diri nak membantu,lagipun,konco2nya ramai..alhamdulillah..baik2 orang kuching kan?tapi malang,wayar untuk connect tu pulak tak mengizinkan,mereka kata terlalu halus..mama angguk je la..hahaha.nama wayar tu pun tak tahu,so lebih baik duduk diam senyum2..hahaha.




 Suasana malam itu...lengang kan?semua kereta dah balik.
Memula sampai parking pun payah. tambah2 la mama takut.huhu.





Hah..ni la wajah2 orang yang baik hati membantu kami malam tu :)terima kasih korang :)


 Last2, ko tahu tak camna enjin si hitam boleh hidup? Atas jasa si kancil tu la alhamdulilla.dia sudi pinjamkan battery dia dengan si hitam .



Siapa yang memindahkannya? pemilik kereta prado  ni la,hehe.bukan encik suami tak boleh buat,boleh! tapi segan nak cakap je dengan pacik pemilik kancil tu.hehe.memandangkan pemandu prado dah bersuara,so kerja2 pun jadi mudah..alhamdulillah..
Sekarang batery dah tukar.harap2 takde masalah batery lagi..hehehe.
alhamdulillah..


-Sekian Terima Kasih-

KALAU TAK PERNAH ,AGAK MUSTAHIL LA!

 
 
 
Hahahaha..best tak tajuk entri mama kali ni? agak menimbulkan tanda tanya tak kat pemikiran korang?.otak geliga korang pun tak dapat merungkaikan isi kandungan tajuk tu kan? 
 
 
 
oleh yang sedemikian,engko pun datang singgah sini untuk merungkai persoalan kan? hahaha.
bagus! nampak tak disitu korang dah memiliki sifat -sifat conan? hahaha.layak dah tu.
Tengok gambar ni
 
 
 
 
 
Dah tengok? dah baca? gambar tu boleh mengimbau nostalgia lama ko tak?zaman kanak2,atau sampai sekarang ni masih buat lagi kerja2 tu? hahaha.
 
 
 
so share la dengan mama ,mana satu yang korang pernah buat...hehehe.


-Sekian Terima Kasih-

Alhamdulillah...Baiknya...

 
 
 
Ceritanya begini,

Pagi ni,bila suami start kereta nak pegi kerja,tengok2 kereta tak nak bangun,haish.. cek-cek batery dah kong king kong.Sebab kereta tu baru pakai semalam,selama ni duk tercegat je kat garaj rumah.mana tak naik lemak kereta tu kan.petang semalam dia dikerahkan berkerja.



Tengok tu...tengok! dah nak buat perangai dah..adeyy.perlu nak cium dulu ke stereng tu baru nak bangun? "tak kuasa mama nak touch2 punggung ko pepagi ni ok,bangun la kereta,tak larat nak sorong badan ko yang berat tu" ayat bold itulah yang asyik terlintas di kepala mama pagi ni.hahaha.


Ada juga jeling2 rumah jiran, tapi pintu rumah jiran masih tutup.kereta pun takde,huhu.Dalam kerisauan,tetiba muncul kereta jiran sebelah kiri rumah mama.Mama pun terus berlari-lari anak,pas tu acuh pisau kat depan kereta mereka.Jeng..jeng..jeng..


Eh? takde2..Ko ingat aku dah hilang akal?.hahahaha
perasan tak seolah-olah cerita filem tamil dah mama reka cerita..hahaha.tapi part yang acuh pisau tu je la,yang lain semua cerita malaysia.hahaha.


Hah!Dia la yang tolong settlekan problem tu.Dia cabut batery keta dia,pas tu dia  connect kan dengan batery kereta kami,pas tu ON la,Adoiii...! Asal poyo sangat nak explain menda ni? hahaha.


Alhamdulillah..settle masalah.
Terima kasih jiran.
macam la jiran,baca entri mama ni kan? hahaha. saja nak khabar jiran aku baik..hahahaha.


Jiran memang baik hati,


Tapi yang tak tahan tu,,kucing dia pulak yang selalu cari gaduh dengan mama. kucing jiran  ni hah,selalu buat perangai,setiap hari se-suka hati dia je nak melepaskan hajat kat koridor rumah sewa mama ni.adoiiiii.bukan seketul dua tau, dah berbaris2 dah ketul nya. hadoiiii...bikin panas!



Sampai bilakah ini berakhir? adakah dua bulan juga? uwaaaaaaa..
dah macam misteri pulak..hahaha.


-Sekian Terima Kasih-

COPYRIGHT,DOODLE, AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY ARINA SHAMSUL wink